Bulan Puasa sinonim dengan kuih muih Melayu tradisional. Di mana-mana sahaja orang jualan, mesti kita nampak pelbagai jenis kuih muih yang mengimbau zaman kita kecik-kecik dulu.
Kjee tak berapa nasib baik kerana tidak belajar dari Bonda kuih muih yang dia pandai sangat buat. Maklumlah arwah Bonda ni, kalau kita sebut nak makan apa, nanti dia akan sediakan senyap-senyap. Balik sekolah atau balik kerja, semua sudah terhidang.
Teringat antara kuihnya yang sendap sangat... kuih kaswi, lopes, badak berendam, kuih bakar Bombay, kuih bakar berlauk... Isyhh tak mau ingatlah. Nanti banjir pulak. Hehehe.
Anyway, Kuih Tepung Pelita yang Kjee nak buat hari ini favorite penghuni rumah Kjee. Bonda tak tahu buat kuih ini dulu. Tak per lah anaknya dah pandai buat. Dan cucu serta menantu dia suka makan.
Tadi Kjee buat acuan contoh untuk kotak Kuih ini. Kena buat contoh dan potong daun pisang ikut kotak contoh. Maklumlah kita bukannya profesyenal.
Kjee ada nampak ukuran contoh pada blog Azlita Masam-Masam Manis. Tapi apabila Kjee tiru sebiji saiznya, Nadia kata terlalu besar. Tak molek. Jadi Kjee kecikkan sikit saiznya. Oklah.
Azlita buat saiz 6 inci x 5inci. Kjee kecikkan keliling ½ inci. Lipatan pulak, Azlita melipat 1½ inci. Tapi Kjee kecikkan ke 1¼ inci sahaja. Comel sikit nampak kotaknya. Hehehe.
Terima kasih Azlita Aziz. Kjee mohon share foto-foto ini supaya dapat dipanjangkan pahala anda. Terima kasih jugak kepada Rina Mohd Dom kerana perkongsian resipi ini.
Kalau cantik jadinya Tepung Pelita Kjee yang guna daun pisang, Kjee update fotonya ya. Kalau senyap jer, korang pepaham lah. Hehehe
Resipi di SINI.
![]() |
Kjee kecikkan 5.5" x 4.5" |
![]() |
Lipatan di no 1 tu Kjee kecikkan ke 1¼ inci |
![]() |
Kjee guna stapler |
![]() |
Kjee buat acuan contoh dari kertas dulu. Kecik sikit. |
![]() |
Ini contoh Tepung Pelita cara malas Kjee. Hehehe |