![]() |
Kalau Kjee boleh, Insya Allah korang boleh |
Ramai yang nak tahu rahsia kenapa Kjee tak makan nasi sejak 17 hari lalu. Actually seperti yang Kjee kata minggu lepas lihat sini , Kjee lakukannya demi kesihatan. Tapi Kjee tak cerita secara terperinci kenapa! Cuma Kjee kata elak makan nasi. Tapi kenakan ganti dengan makanan lain sebab kita perlukan karbohidrat (carbo) dalam diet kita.
Karbo gantian Kjee adalah kentang (sebiji jer bukan satu beg), 2 keping roti, mihun, mi dan jugak spaghetti. Bagaimanapun, portion gantian mi/mihun/spag tidak boleh banyak. Hanya satu mangkuk kecik sahaja. Jangan terlebih sebab buang masa jer kita nak 'diet' kan?
Kjee bukan diet sebab nak kurus. Serius ni...jauh panggang dari api. Kjee hanya nak sihat. Kalau dapat ringankan badan, itu satu bonus.
Mengambil carbo yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan. Ia bukan sahaja menyebabkan obesiti tetapi carbo berlebihan akan menambahkan kandungan gula dalam darah. Justru, orang gemuk selalu ada masalah kencing manis.
![]() |
Tak perlu salmon...ikan lain pun boleh dibakar/panggang |
Kjee tiada kencing manis. Selama ini bacaan Kjee hanya 5.7 dan kalau naik pun hingga capai 6.4. Tetapi sejak dua bulan lepas, Kjee telah tersasar. Kjee cukup teruja melihat kengkawan post all kinds of cakes, sweets and desserts kat Facebook dan blog. Kerana Kjee bosan sebab tiada aktiviti nak buat, Kjee tumpukan perhatian kepada baking.
Aktiviti kurang sebab Nadia sibuk belajar untuk final sem dia. So tanpa kawan nak bersembang dan
Jadi, tanpa Kjee sedar, gula dalam darah Kjee, meningkat. Pada 28/12, Kjee ke farmasi. Bacaan Kjee 14.1. Macam nak pengsan Kjee. Ahli Farmasi tu pandang Kjee dan tanya samada Kjee sedang dalam mode berpuasa. Kjee angguk. Dia geleng kepala. Pergilah hospital, dia kata.
Kjee punya lah takut! Tak sanggup nak beritahu Nadia sebab dia sedang belajar untuk final exam. Nak beritahu UnclePali, nanti dia heret Kjee ke Hospital.
![]() |
Banyakkan sayu2an hijau. |
Kjee balik. Tengok muka Nadia, Kjee rasa macam nak meraung. Kjee dah warning Unclepali jangan beritahu Nadia sehingga habis exam. Tapi oleh kerana selama ini antara Kjee dengan Nadia tidak pernah ada rahsia, maka Kjee beritahu dia sambil cuba menahan airmata.
Nadia peluk Kjee sambil senyum. "Come on Mama. Mama hanya kena kencing manis...bukan cancer! I give you two weeks. Insya Allah akan turun cos mama memang pandai pantang!"
So I start working on my own. First thing first. Kjee stop makan nasi dan jauhi apa jua yang manis, baik gula atau buah2an seperti pisang dan durian. Pada 5 hari pertama, Kjee tak makan nasi dan minum air kosong serta bedal 3 biji apple apabila lapar in between meals. Ingatkan cara ini tidaklah lapar sangat. Kononnya An Apple A Day Keeps The Doctor Away. But I bedal 3 biji!
Pada 5/1/2013, Kjee periksa darah. Level gula turun tak sampai 1 point menjadikannya 13.3 dari 14.1!! Staff kat Farmasi kata, level Kjee cukup bahaya. Kalau dalam keadaan berpuasa, my sugar level is 13.3, bayangkan kalau tidak berpuasa! Kjee rasa nak mati masa itu jugak apabila mengetahui result blood test tu 99.9% tepat!
![]() |
Makan mentah tau! |
Ada seorang wanita yang di sebelah Kjee masa Kjee amik blood test tu suruh Kjee terus pergi hospital! Jangan tunggu lagi sebab akan akibatkan buah pinggang Kjee rosak!! Lagilah Kjee stress. Balik rumah, kunci diri dalam toilet dan menangis.
And then Kjee sedar. Tak guna nak ratap kesilapan yang Kjee sengajakan. And Kjee cekal untuk terus diet macam biasa. At least kalau turun 1 point satu minggu pun jadilah. Lama2, akan sampai tahap lama iaitu 6.4 atau yang lebih elok 5.
Then Kjee surf internet. Baru Kjee tahu yang Kjee tersilap makan!! Walaupun tak makan nasi dan makanan manis, Kjee bedal 3 biji apple sehari!! Patutlah sugar level tak turun banyak!!
![]() |
An Apple A Day Keeps The Doctor Away, kononnya!!! |
Okay...apple yang berlambak dalam fridge, Kjee hantar ke rumah jiran. And I continued with my routine. No rice, sugar-free drinks, no apples. Diet Kjee hanya grill fish, salads dan sayur masak air dalam jumlah yang banyak. Minum air kosong sampai kenyang. Jugak minum kopi kosong tiap pagi.
Kjee tahu UnclePali dan Nadia pandang saja apa yang Kjee makan dengan rasa amat sedih. But I couldn't care less. Menu harian Kjee makan tosei sekeping atau 1 keping capati atau 2 keping roti jagung (wholemeal bread) with a little cheese. Kalau rajin makan quaker oats. Minum susu rendah lemak dan jugak susu Anlene bila ada keperluan. Yang lain semua sayur, sayur dan sayur!
Dan of course Kjee makan TF Glucoach (targeted untuk diabetes), Cardio (CV) dan minerals (MV) dan TF Advance. 2 biji tiap satu 3 kali sehari, kata Dr Tamilselvam. Kjee memang berpegang teguh kepada pantang. Kjee switch off minda Kjee apabila tengok rancangan masakan di TV atau tengok orang post food kat FB or blog.
Dan hari ini, 11.15 pagi 12/1/2013, result sugar Kjee ialah 7.6!! Tinggal separuh dari minggu lepas!! Pharmacist terkejut. "Congrats! You buat macam mana?" Hmmm well....hehehe
![]() |
Lagi pahit ulam, lagi elok! |
Panjang lebar kan entry ini! But ada aku kesah! At least sekarang Kjee dah berjaya turunkan sugar level Kjee. Tapi percayalah, Kjee tidak akan berhenti di sini. Kjee akan teruskan usaha Kjee sehingga sugar level Kjee turun kepada 4.5. Korang rasa Kjee boleh ke?
Insya Allah. Nadia and Unclepali tahu Kjee boleh. Dan Kjee pun tahu Kjee boleh, dengan izinNya!
Nanti Kjee cerita macam mana nak cuba elakkan atau kawal makan nasi. Tak susah. Cuma harus ada kekuatan minda. Ingatlah, ubat2an dan supplimen cukup mahal bila kita sakit! Klik sini.
![]() |
Supplimen 4Life yang turut Kjee amalkan. |