Kalau sudah jodoh memang tidak kemana. Walaupun terpisah selama 9 tahun, namun kesabaran Hattan untuk memujuk Arianie Abidin menjadi suri hidupnya sekali lagi, nyata berbaloi.
Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49 tahun, bernikah semula dengan Arianie Abidin dalam satu majlis sederhana di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini cukup bererti bagi pasangan ini kerana ia disaksikan anak bujang tunggal mereka, Adam Eiman, 15 tahun.
Selamat Pengantin Baru Datuk Mohd Shukri dan Datin Arianie. Mudah2an ikatan kali ini akan berkekalan hingga ke nafas akhir, Insya Allah. Amin.
Berita penuh sila bacaSINI.