Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIKASARI

$
0
0

Wanita dikasari suami - gambar hiasan 



Kjee tidak ingat bila berlakunya insiden tersebut. Tetapi masa itu Kjee baru sahaja bertugas sebagai wartawan. Seorang wanita ke Balai Polis untuk membuat laporan, dirinya dipukul suami. Tetapi polis tidak boleh menerima laporan tersebut kerana ia masalah rumahtangga.

Kes itu senyap begitu sahaja. Kjee pasti banyak sangat  kes seumpamanya berlaku dan semuanya kembali senyap kerana kononnya bukan dalam bidang kuasa polis untuk memgambil tindakan.

Bagaimanapun, mungkin dalam kes isteri yang dipukul suaminya, seorang penjawat awam, polis mula menyedari bahawa keganasan yang berlaku dalam rumahtangga, sebenarnya, juga seperti keganasan yang berlaku di luar rumahtangga.

Justru, tindakan awal yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa seorang penjawat awam yang dibuktikan bersalah dalam kes keganasan rumahtangga, boleh dikenakan tindakan tatatertib, amat dialu-alukan.

Pengumuman itu, pasti akan melegakan ramai wanita yang menjadi mangsa kepada keganasan suami. Ramai yang tidak sanggup membuat laporan polis atas pelbagai faktor. Antaranya kerana bimbang diceraikan serta demi anak2 yang masih kecil.

Janganlah jadikan diri anda punching bag suami yang baran. Jangan menahan derita seorang diri. Luahkan penderitaan kepada teman2 rapat. Atau boleh mendapat bantuan dan nasihat dari Biro Bantuan Guaman. BBG, dibawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai pejabat di seluruh negara. Anda hanya perlu buat satu panggilan sahaja untuk menyelamatkan diri daripada terus dikasari suami.

Berita dibawah ini Kjee baca sebentar tadi di mStar Online.


SEPANG: Penjawat awam yang dilapor membelasah isterinya dalam lif seperti yang tersebar di laman web sosial akan dikenakan tindakan tatatertib jika terbukti bersalah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Selepas polis membuat siasatan, kami akan ambil tindakan sewajarnya. Jika terbukti bersalah akan melalui hukuman yang dikenakan melalui mahkamah. "Seterusnya tindakan mengikut peraturan yang sedia ada dalam perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Ketua Setiausaha Negara bersama masyarakat Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kampung Orang Asli Sungai Melut di sini, Khamis.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
-  BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>