Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

SELAMAT KEMBALI JUWIE

$
0
0




Dia bukan artis. Tetapi sebahagian hidupnya dihabiskan bersama anak seni. Semua menyayanginya. Seorang wartawan dan penulis lirik tersohor.

Itulah Juwie atau mesra disapa Mama Juwie. Nama sebenarnya Haji Abdul Jalil Haji Salleh.

Kemunculan Juwie di Majlis Aidilfitri anjuran Persatuan Seniman Malaysia, SENIMAN di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu (2/9/13) pasti dapat mengubat rindu ramai anak seni terhadapnya.

Sejak bersara dari menjadi Pengarang Majalah Mangga beberapa tahun lalu, ramai yang tidak menyedari Juwie sebenarnya agak uzur. Kjee pernah menghubungi beliau tahun lepas setelah mendapat berita beliau dimasukkan ke hospital.

"Tak payahlah tulis apa2 Jee. Saya okay. Penyakit biasa jer," pintanya lembut.

Oleh itu, Kjee terkejut apabila ternampak kelibat Juwie di majlis anjuran SENIMAN itu. Nampak cukup bertenaga bertemu rakan2 artis sambil mengambil gambar setiap rakan artis yang ditemuinya. Juwie kini menulis kembali untuk ruangan pojok mengenai artis di akhbar Berita Minggu. Akhbar pertama tempat dia bekerja dulu.

Sebaik sahaja Kjee ternampak Juwie bagai lipas kudung mengambil gambar, Kjee segera signal kat UnclePali mengambil foto Juwie. Ini adalah julung-julung kalinya Kjee nampak Juwie mengambil gambar sendiri. Dapat dua keping jer sebab UnclePali ambil secara candid. Hehehe.

Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati hidup insan mulia ini. Amin.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>