Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

NASI AMBENG JAWA KAY ELL

$
0
0








Tiap kali makan Nasi Ambeng di mana-mana kecuali buat sendiri , hati Kjee akan berkata-kata. Isyhhh mahal lah. Satu pinggan atau bungkus, lengkap dengan mi goreng, paling murah RM5. Kalau kat restoran, ada mencecah berbelas ringgit.

Nasi Ambeng consists nasi putih, satu jenis main dish, biasanya lauk ayam masak sambal, masak merah atau masak kicap. Kemudian wajib ada sambal goreng iaitu lauk tempe tahu, serunding kelapa dan jugak ikan kering biasanya ikan bulu ayam atau ikan cekik leher. Juga mesti ada mi ataupun mihun goreng sekali.

Jadi kenapa kalau lauk itu sahaja mesti mahal? Hari ni Kjee dapat jawapannya! Buatnya amat renyah!! Ya Ampun toke-toke Nasi Ambeng sebab Kjee main kutuk sahaja selama ini.

Kjee dan Nadia duduk kat dapur dari pukul 12.30 tengah hari. Pukul 3 baru siap dan makan! Bukan nak tobatlah tapi Nadia kata lain kali beli aje lah Mama. Masak hari ini, just to satisfy your curiosity... walaupun buat sendiri lagi sedap tapi buang banyak masa, tambah UnclePali.








































Hehehe. Tengoklah camner nanti. Tapi habis saja makan, Nadia kata : "Eh Raya tahun depan kita buat Nasi Ambeng nak Mama?" Pulak dah.

Nasi Ambeng ini makanan orang Jawa. Dihidang masa kenduri kahwin ataupun kenduri lain. Diletakkan satu hidang dalam dulang, untuk empat orang. Nasi diletak ditengah-tengah dan lauknya keliling. Jadi, duduklah bersila, bersimpuh seramai empat orang. Biasanya disediakan jugak beg plastik untuk bungkus kalau tak habis sebab portion nya banyak.

Tadi Kjee buat lauk sambal ayam, sambal tempe tahu sama kentang, serunding kelapa, mi goreng dan jugak ikan kering bulu ayam. Makan satu dulang dengan Nadia. Sedap sangat. First time buat, Alhamdullilah sukses.

Kjee tak nak bagi semua resipi makanan diatas sebab nanti berjela-jela entri ini. Resipi Sambal Ayam, korang KLIK SINI. Untuk Sambal Tahu dan Tempe, korang boleh tengok SINIdan pepandailah adjust. Atau korang boleh buat yang macam BEGINI. Mi goreng semua orang tahu buat. Tak kisahlah resipi camner pun, janji ada rasa mi atau mihun goreng. Hehehe.

Okay tinggal bab Serunding Kelapa yang Kjee nak share ngan korang. Ini versi Kjee tau. Kalau tak ada serunding kelapa, tak cukup sifat tau Nasi Ambeng korang.





SERUNDING KELAPA

Bahan-Bahannya:

½ biji kelapa parut, putih sahaja
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar yang kecik
1 inci kunyit hidup (Kjee guna 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 sudu kecik jintan manis
2 sudu udang kering (dicuci dan tumbuk)
1 sudu besar gula Melaka (Kjee guna soft brown sugar)
½ cawan air asam Jawa


Cara:

1. Bawang putih, bawang besar, jintan, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai ditumbuk halus.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk termasuk udang kering. Tumis hingga garing.

3. Masukkan air asam Jawa. Masak 1-2 minit.

4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga bahan tumis sebati dan sekata.

5. Perlahankan api dan biar kelapa dan bahan tumis disangai seketika. Apabila sudah hampir kering, masukkan gula dan gaul lagi sampai rata.

6. Rasa. Kalau tak cukup masin, bubuh sedikit gula. Mesti ada rasa manis sedikit.


Kjee guna separuh jer kelapa parut sebab UnclePali dan Nadia tak suka. Kalau korang nak buat, boleh gandakan bahan-bahan. Sedap jugak makan dengan lontong.



Ni Kjee dan Nadia perabis tadi... hehehe











Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>