Bermulalah kehidupan sebenar Nadia selepas berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam dan Kewangan (Islamic Banking and Finance) dari Universiti Tun Abdul Razak, UniRazak. hari ini, 9 November 2013.
Nadia, seterusnya, akan memulakan kariernya dalam sektor perbankan mulai 18 November ini.
Sebak sangat Kjee pagi tadi apabila semua graduan masuk ke dalam Dewan Medeka, PWTC dengan iringan muzik
The Final Countdown. Sukar untuk mempercayai, zaman dia berhempas pulas belajar sudah berakhir, buat masa ini.
Selama 16 tahun Kjee bergadai bergolok menyekolahkannya. Sebagai ibu tunggal, bukan senang untuk melihat Nadia melalui transisi dari Tadika, ke sekolah rendah dan menengah, kemudian memperolehi Diploma dalam bidang Pengurusaan Hotel dan akhir sekali, degree pertama. Tak tahulah Kjee samada Nadia akan meneruskan pengajian untuk mengejar degree seterusnya. Kalau ada, Alhamdullilah. Manusia hanya boleh merancang.
Perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Terlalu banyak dugaan yang dilalui Nadia sebelum berjaya mendapat ijazah ini.
Seorang anak yang cukup sempurna di mata Kjee... sanggup berkorban mengenepikan pengajiannya selama setahun, demi ibu yang seringkali sakit. Setelah setahun, dia kembali ke menara gading dan terus pecut. Dan hasilnya dapat diperolehi hari ini.
Sebagai ibu, tiada apa lagi doa yang boleh Kjee pohon untuk Nadia. Kalau nak diikutkan, sudah habis
quota permohonan doa buatnya. Hanya harapan Kjee, selepas ini, dia dapat menyambung kecemerlangan dalam kerjaya yang dipilihnya.
Dan akhir sekali, Kjee juga berharap selain menjadi anak yang Solehah, dia akan jugak menjadi seorang isteri yang taat dan seorang ibu yang mithali, Insya Allah. Aminn Ya Rabbal Alamin.
![]() |
Bilalah nak start ni...asyik ucapan jer.. |
![]() |
Agaknya masa kita nak naik pentas karang, dewan blackout tak?... |
![]() |
Hehehe kelakarnya... |
![]() |
Lama tak ketawa besar di khalayak ramai |
![]() |
forty winks... |
![]() |
Eh hensem lak papa |
![]() |
Tahun ni Nadia grad, yang sebelah kanan tu tahun depan |
![]() |
Sehati sejiwa |
![]() |
My one and only |
![]() |
Legaaaa anak dah habis belajar |
![]() |
My ugly duckling has turned into a swan... |