Hari ini Kjee terkejut apabila mengetahui terdapat seramai 76,200 siswazah mengganggur yang tidak mempunyai kemahiran. Ini berdasarkan kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal Jobstreet Malaysia ke atas 1,994 responden. Kajian itu mendapati 77.14 peratus mengaku memerlukan bimbingan bagi mencari pekerjaan.
Apakah angka ini membimbangkan? Kementerian Sumber Manusia menjelaskan bahawa kadar pengangguran di negara ini sekarang ialah 3.1 peratus dan menunjukkan ia terkawal serta masih boleh diuruskan.
Walaupun itu jawapannya, Kjee rasa angka sebanyak 76,200 itu agak besar. Bayangkan kalau tidak ditangani dengan segera maka akan berlaku seperti satu berita yang Kjee baca semalam.
Seorang graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan Tani dari UPM pada tahun 2004, menjadi pemandu bas sejak 10 tahun lalu! Semuanya kerana kesukaran mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan!
Pekerjaan yang dilakukannya tidaklah hina. Malah tersangatlah halal. Tetapi bayangkan kesedihan pada ibu bapanya yang terpaksa tunggu selama tiga tahun (tempoh pembelajaran anaknya) dan akhirnya, anaknya mendapat kerja yang sepatutnya boleh diperolehinya tanya buang masa 3 tahun!
Kemungkinan besar, si ibu dan si ayah terpaksa bergadai golok untuk anak belajar di Universiti. Walaupun ada pinjaman PTPTN, namun harus diingat wang pinjaman itu sebenarnya hanya cukup untuk pelajar itu melunaskan yuran dan beli buku. Selainnya kena mintak duit makan, sewa bilik dan jugak duit pengangkutan dari ibu bapa.
Harap-harap mereka yang baru graduate cuba fikir cabang lain selain daripada makan gaji. Kerajaan telah umumkan pinjaman hingga RM200,000 bagi siswazah yang mahu mulakan perniagaan. Rebutlah peluang itu. Cuma satu saja yang Kjee risau... usahlah sukarkan siswazah itu mendapatkan pinjaman. Pantau dan bimbinglah mereka...