Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

CAMNER NAK MASAK KARI YANG SEDAP

$
0
0





Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?

Kjee sebenarnya taklah dapat menimba ilmu memasak yang banyak dengan Bonda sebab habis sekolah terus kerja. Dapat kerja tak lama lepas tu terus kahwin. So, masa amat kurang dihabiskan untuk belajar memasak dengan arwah Mak.

Bonda memang terer masak. Masak main campak-campak tapi hasilnya amat memuaskan. Malah, ada juga pernah masuk majalah macam URTV. Abang Ahmad Fauzee lah yang ajak wartawan datang rumah. Dan Bonda mesti masak jamu mereka makan.

Apa lagi, tak lama lepas tu, Bonda pulak muncul dalam majalah dengan masakannya yang meletoppsss. So kira arwah Bonda dulu masuk majalah bersama resipinya sebelum Kjee. Hehehe.

Kjee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kjee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kjee dan UnclePali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.

Kerana mulut Kjee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.





Kjee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kjee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.

Dulu-dulu kalau masak kari, Kjee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kjee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.

"Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.

"Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa."

Sejak itu, Kjee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kjee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kjee tak ada bau rempah mentah.

Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.

Tak percaya korang cubalah. Resipi kari ayam Kjee ada kat SINI.

Terima kasih Uncle tu yang Kjee lupa nak tanya nama.










Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>