Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

REZEKI SEPANJANG MINGGU

$
0
0


Mutiara Sabah



Madu Lebah dan Propolis

Super moist choc cake

Buah dan daun Mahkota Dewa, kering

Sambal Hitam Pahang



Terung Asam Sarawak













Semua ini rezeki, ole-ole dari my Facebook friends. Terima kasih daun keladi... Elani Kadir, Ct Zarith, ChaHaya Shiela, Hasnah Saidin dan Emma Rosemah Masterchef.

Kjee tak dapat nak balas segala pemberian. Hanya doa agar Allah swt beri ganjaran yang setimpal. Amin.




Rantai mutiara tu, ori...Mutiara Laut Sabah. Sesuatu yang sudah lama Kjee teringin untuk memiliki. Hari tu Nadia pergi Sabah. Kjee suruh dia intai-intai harga. Maklumlah, Kjee dah lama tahu Mutiara Sabah agak mahal. Tapi Nadia kata, dia tak sempat nak pergi intai sebab sibuk dengan akitiviti kerja ke sana.

Tak sangka-sangka dapat hadiah...






Madu Lebah dan Propolis ini memang sangat elok untuk kesihatan. Sekarang ini tak senang tau nak dapat madu ori kecuali yang suami kita buat kerja sorok-sorok tu..madu tu madu untuk kuruskan badan...boleh makan hati berulam jantung hidup bermadu!!! hehehe.

Kalau korang nak mencuba madu yang dalam botol tu lah, boleh layari laman web mereka kelulutmalaysia.blogspot.com




Emma's cake

Kalau Kjee sebut jer nama Emma Masterchef, Kjee pasti semua kenal siapa dia. Emma kini aktif menjalankan perniagaan berkaitan masakan. Dia juga banyak membuat kelas untuk menurunkan ilmu yang diperolehinya sepanjang mengikuti rancangan Masterchef.

Kini Emma mula dikenali kerana Chocolate Moist Cakes, yang sudah melepasi pagar Istana dan juga kediaman VVIP. Bayangkan... kalau tak sedap keknya takkan boleh menembusi tempat-tempat tersebut. Korang nak tahu lebih lanjut sila add dia di FB Rosemah Ibrahim Masterchef.



Sambal Hitam Warisan Pahang


Kalau sebut pulak Sambal Hitam pahang, Kjee rasa orang Pahang semua senyum. Sebab makanan ini adalah signature resipi orang Pahang. Dibuat dengan penuh teliti menggunakan bahan asas belimbing buluh. Kalau korang nak dapatkannya, bolehlah add Hasnah Saidin di FB, Dia ini Usahawan Wanita Unggul Selangor. Banyak jalankan kursus-kursus motivasi untuk wanita-wanita yang minat meniaga dan berjaya seperti beliau. Jugak mengajar kuih muih tradisional.

First time Kjee rasa Sambal Hitam ni, tergolek sedap!!!







Bawah ni, Kjee dapat buah dan daun Mahkota Dewa yang telah dikeringkan. Sangat berkhasiat untuk pelbagai penyakit. Di jual merata, khabarnya, sekarang. Nak tahu lebih lanjut, google.







Dan pagi tadi, Kjee dapat kiriman buah Terung Asam dari Kuching, Sarawak kiriman seorang teman FB. Kjee dah lama mengidam nak makan lauk Asam rebus yang guna buah ini. Ini bukan terung biasa. Rasanya masam macam buah mangga.

Kjee last makan masa duk berulang alik ke Kucing tahun 80-an dulu. Bayangkan dah lebih 20 tahun tak makan. Nak dijadikan cerita, Kjee story kat FB pasal keinginan nak makan buah ini, dan tetiba ada friend FB sahut dan poskan kepada Kjee.

Terima kasih banyak-banyak semua friends yang Kjee sebut namanya di atas tadi. Kjee tak dapat nak balas pemberian anda semua.

Hanya doa Kjee, agar Allah swt permudahkan segala urusan hidup dan juga beri rezeki melimpah ruah. Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>