Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

SUKAR SANGAT KE NAK UCAPKAN TERIMA KASIH?

$
0
0



Terima kasih google



Assalammualaikum. Lama dah Kjee tak update. Sibuk jer memanjang. Pagi asyik melayan order buat Kuih Bakar Daging dan Mini Chicken Pies. Petang pulak bergegas ke Tung Shin Hospital buat Akupuntur. Tak tahu kenapa Prof Dr Zhou, pakar akupuntur dari China tu suruh buat selama dua bulan!

Anyway, pagi ni Kjee nak luahkan sikit isi hati Kjee... bukan luahan yang berat-berat. Ringan sangat-sangat. Ini pasal ucapan Terima Kasih.

Kjee kenal perkataan ini sejak kecil lagi. Itu antara perkataan awal yang diajar arwah Bonda... selain perkataan mak dan bapak.

Kalau diberi sesuatu, mak akan tanya...cakap apa? Dan dengan suara yang pelat, Kjee akan jawab..Macih Mak. Mak akan usap kepala dan kata paaaandaaaai anak mak. Bukan main sukanya kalau mak kata pandai.

Mak pesan bukan sahaja diucapkan ketika menerima barang tapi sekiranya ada yang membantu kita buat apa2, mesti ucap terima kasih.

Kerana dibesarkan dengan ucapan itu, Kjee pun lakukan yang sama walaupun pada anak-anak kecil yang Kjee tak kenal. Kalau Kjee hulurkan gula-gula atau duit seringgit, misalnya, Kjee dah terikut-ikut tanya...cakap apa?

Sekarang ini Kjee tengok ada kanak-kanak yang tidak diasuh oleh ibu-ibu untuk menggunakan perkataan itu. Entahlah...

Semalam, Kjee agak angin dengan seorang wanita ini yang statusnya di FB Kjee dapat tahu seorang guru sekolah di sebuah bandar di Johor. Anim namanya. Dia tidak sedar agaknya setiap apa yang dipost di Facebook, akan muncul dalam News Feed kawan-kawannya.

Kjee tidak menuduh dia mencuri atau menipu... cuma Kjee sedikit terkilan sebab dia buat kuih guna resipi Kjee tapi sedikit pun tidak reti nak tulis resipi asal dari sekian-sekian kawan FB...jauh sekali nak ucap terima kasih!

Kjee tahu dia guna resipi Kjee sebab sejak seminggu dua ini, ramai yang buat Kuih Bakar Daging guna resipi yang Kjee kongsi.

Ada tiga status dia muat naik gambar-gambar Kuih Bakar Berlauk (dia tukar dari Kuih Bakar Daging kepada Kuih Bakar Berlauk). Tak kisahlah. Itu hak dia nak bagi nama resipi sendiri. Tapi sebagai seorang guru, takkan dia tidak reti nak tulis perkataan Terima Kasih!!

Kjee pun komenlah..."sedapnya". Baru dia balas sikit lebih kurang macam ni :"Oh ini resipi akak. Sedap kak. Terima kasih kongsi...akak tak lokek ilmu.."

Yalah Kjee tak lokek ilmu tapi awak nampaknya LOKEK sangat nak ucap terima kasih! Kalau Kjee tak komen dulu, maka dia pun senyap sampai bila-bila. Dia balas dia tak reti nak link gambar itu pada Kjee. Kjee tak perlu nak tengok gambar awak... tapi tak reti ke nak tulis macam yang selalu Kjee tulis kalau amik resipi orang... "Resipi ini saya amik dari sipolan-sipolan. Terima Kasih kongsi sebab sedap sangat!"

Dia siap tulis sesiapa nak order boleh PM dia. Kjee tak kesah kalau ada orang nak meniaga guna resipi Kjee. Malah Kjee bangga resipi Kjee telah membolehkan anda mendapat rezeki. Alhamdullilah. Banyak lagi resipi Kjee selama ini yang orang buat meniaga... antaranya tart nenas, sos tahu bakar, Penang Fried Kwayteow dan lain-lain. Kjee tahu sebab mereka hantar nota kepada Kjee ucap terima kasih sebab resipi yang Kjee kongsi telah buat dia memperolehi rezeki.

Kjee tunggu lagi tengok kalau-kalau Anim nak share resipi Kjee dengan kawan-kawan FB dia. Tiada. So, Kjee copy paste link resipi tu dan tampal kat status dia. Kjee mahu kawan-kawan dia share resipi yang Kjee buat.

Tak sampai dua jam lepas itu, Anim terus block Kjee. Ada aku kesah? Kjee halalkan dia amik resipi Kjee tanpa sebarang dendam. Mudah-mudahan peluang dia mendapat rezeki dari resipi Kjee itu terbuka luas. Alhamdullilah.

Anyway, the moral of my entry... hmmm korang sendiri fikirlah ya.

Oh lupa pulak. Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah blog Kjee walaupun asudah jarang-jarang Kjee update. Maaf ya.

By the way, semua resipi dalam blog Kjee, adalah PERCUMA. Sejak beberapa minggu ini, kecuh ada insan yang copy paste resipi bloggers dan caj!!!  Tak berkat hidup kau Wan Azri!!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>