Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

DAH BERJAYA BUAT POORI, THE INDIAN WAY!

$
0
0







Pagi tadi selepas rebus kacang dhal untuk buat Parpu, Kjee kembali ke computer dan berangan-angan. Nak cuba buat poori. Tapi dalam hati berkata-kata... jadi ke tidak ni? Kalau tak jadi, maka akan jadi habuan Cik Tong lah nampaknya. Roti Arab ada sebiji lagi baki hari tu... hehehe.

Kjee pun goggle tengok resipi. Tengok tapi tak cari sebab hari tu dah google search dan ada satu resipi yang Kjee berkenan. Resipi seorang pakar masakan dari India. Sangat mudah resipinya. Budak tadika pun boleh buat, kata hati Kjee. Ewah ya lah tu.

Tapi hati Kjee tak sedap. Betul ke boleh naik gelombong tanpa letak apa-apa bahan penaik? So, untuk puaskan lagi hati Kjee google pulak resipi Poori orang Melayu. Dia orang eja sebagai Puri.

Adoiii mak.. pening kepala. Depa bubuh tepung gandum dan yeast. Kena buat ala-ala buat roti iaitu uli, perap jap, lepas tu bila dah naik bagi tumbuk angin, buat bebola, tunggu lagi bagi naik dan seterusnya gelek leperkan dan goreng.

Isyhhh banyak sangat kerja. Poori oleh pakar India tu mudah sangat. Macam tak percaya. Tapi kerana bahan tak banyak, tak terkilanlah kalau jadi habuan Cik Tong.

Maka Kjee pun ikutlah sebiji macam resipi Chef In You. Versi Kjee seperti dibawah:




Tepung Atta. Boleh guna apa jenama pun




POORI
6 biji
sumber: Chef In You


Bahan-bahan:

1 cawan tepung Atta (Wheat Flour)
½ cawan air
1 sudu minyak panas
secubit garam

Caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Minyak harus banyak sebab nanti Poori kena kasi tenggelam waktu goreng.

2. Sukat 1 cawan tepung Atta (Kjee guna tepung Atta dari India) ke dalam besen. Masukkan secubit garam dan gaul hingga garam rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit bersama 1 sudu minyak yang sedang dipanaskan dalam kuali. Kalau tak tahan panas boleh guna garfu untuk sebatikan tepung kemudian baru uli.

4. Uli sehingga adunan licin (5 minit jer) dan tidak melekat pada tangan ataupun besen. Adunan harus elok-elok lembab. Tidak terlalu basah mahupun kering.

5. Kemudian terus buat bebola. Kjee bahagi dua adunan itu. Kemudian setiap adunan Kjee bahagi tiga. Kemudian Kjee bulatkan, tabur sedikit tepung atta atas meja dan leperkan. Jangan terlalu tipis kerana ia akan menjadi garing. Leperkan macam kita nak buat kulit karipap.

6. Ketika ini api sudah cukup panas. Jangan biarkan sampai minyak berasap. Nak tahu samada suhunya sudah cukup elok, cubitkan sedikit adunan dan campakkan ke dalam kuali. Minyak sudah cukup panas kalau adunan itu timbul.

7. Masukkan sekeping adunan yang telah dileperkan ke dalam minyak panas. Gunakan sudip untuk mandikan Poori dengan minyak. Sebaik sahaja di'mandikan', Poori akan mengelembong. Biarkan seketika dan terbalikkan.

8. Setelah warnanya cantik keemasan, angkat dan letak atas tisu dapur.

9. Makan dengan Parpu dhal ataupun Parpu kentang atau dengan Kari Ayam atau daging ketika masih panas.

Menurut Chef In You, Poori tidak akan menyerap minyak kalau suhu minyak dalam kuali elok panasnya. Kalau minyak tidak panas, Poori akan menyerap minyak. Dan Alhamdullilah, Kjee berjaya membuat Poori yang tidak menyerap minyak hari ini.

Mudahkan? Tak payah nak bubuh yeast, tak payah perap. Adunan tidak perlu diperap. Jika diperap, ia akan menyerap minyak. Penyediaan tidak sampai 15 minit!

Lepas ni nak belajar buat chapatti pulak. Tak lulus lulus dari dulu! Hehehe





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>