![]() |
Foto ehsan Blog Roti Kaya. Edited by fauziahsamad.com |
Baru satu kes nak selesai, timbul lagi lagi kes artis putus cinta setelah berkawan bagai nak rak! Kjee terkejut tengok gambar pertunangan aktor kesayangan ramai Fizz Fairuz dengan gadis pilihannya. Kjee percaya ramai terkejut sebab bukan Almy Nadia pilihannya!
Dan yang buat ramai lagi terkejut ialah gambar yang menunjukkan Fizz menyarung sendiri cincin pertunangan di jari manis tunangannya. Ala2 macam sarungkan cincin untuk batalkan air sembahyang selepas bernikah.
Kjee pasti aksi Fizz menyarungkan cincin itu hanya untuk suka2 setelah wakil pihak lelaki menyarungkannya di jari gadis itu sebaik habis acara merisik. Kononnya nak buat kenangan kot.
Walaupun Fizz tidak sepatutnya berbuat demikian sebab tunangannya itu belum sah lagi isterinya, namun yang menimbul banyak tentangan ialah cara Fizz hadir di majlis itu. Dia memakai cap (topi) tertulis MAFIA, sweater dan seluar jeans yang koyak di lutut!
Hmmm. Kjee rasa terbeliak mata orang2 tua yang hadir di majlis itu melihatkan Fizz yang pernah membawakan watak 'Ustaz' dalam drama dalam filem. Kalau di luar filem/drama pun, takkanlah tak reti nak perkenakan kostum yang sesuai.
Harap2 Almy Nadia sabar dengan ujian Allah swt. Kita hanya mampu merancang. Insya Allah ada lelaki yang lebih baik menanti anda.
Nak tahu siapa tunang Fizz, klik sini.
![]() |
Fizz dan Almy Nadia suatu ketika dulu |