Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI YANG NYAMAN

$
0
0







Hari ni cukup panas terik. Hati dah mula bimbang akan kemunculan semula musim panas dan kering. Tup tup sebelah petang sang mentari hilang di celah-celah awan. Pastu dah ada petanda hari nak hujan. Alhamdullilah.

Dalam kereta sepanjang pulang dari mengerjakan beberapa tugasan tadi, Kjee teringat jus Asam Boi dengan Limau Kasturi yang UnclePali janji nak buat kelmarin. Dalam cuaca panas seperti hari ini, terbayang-bayang kedinginan menghirup jus tersebut.

Sampai sahaja rumah selepas mengerjakan yang fardhu, kami ke dapur. Cari punya cari, Kjee mula risau apabila UnclePali kata dia tak tau mana dia letak sepeket asam boi yang dibeli kat Hero market hari tu. Selongkar habis pantry, rupa-rupanya dia simpan dalam fridge!

Tak susah nak buat jus ni. Hanya perlu ada asam boi, limau kasturi, air dan ais. Tak perlu bubuh gula kerana asam boi tu dah sedia manis.







UnclePali campak beberapa biji limau kasturi yang telah dicuci bersih ke dalam blender. Tak perlu belah atau buang biji. Kemudian dicampakkan juga beberapa biji asam boi. Tak payah buang bijinya. Banyak mana jumlahnya asam boi dan limau kasturi terserah kepada citarasa masing-masing.

Bagi Kjee, lagi banyak lagi sedap. Kemudian trrrr sampai halus. Selepas itu, tapis air tersebut dan letak ais banyak-banyak. Hmmm sedapnya!!

Ada tanya samada jus itu pahit. Well, ada sedikit pahit tetapi pahit yang tidak mengganggu. Jus ni UnclePali belajar dari Huraizah Jaja, tauke Jazz Steamboat and Grill beberapa tahun yang lampau.

Oklah Kjee nak ngerjakan jus Limau Kasturi Asam Boi ni sebelum habis. Selamat mencuba.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>