Ketika singgah blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu hari tu, Kjee ternampak entry yang beliau buat mengenai Masak Lemak Labu Manis. Kata Che Mat dalam entry tu, ramai orang dah pandai buat tapi beliau pasti ada lagi yang tak reti memasaknya.
Lepas tu Kjee tengoklah cara-cara Che Mat masak lauk tu. Adoiii memanglah mokcik antara yang tak reti nak memasaknya!! Patutlah bila udah siap lauknya, labu tu lembik dan ada jugak yang hancur!
Mokcik buat gini. Alahai malunya nak citer. Mokcik rebus dulu labu yang telah dipotong dadu. Lepas tu mokcik jerang santan dengan hirisan bawang merah, bawang putih dan udang kering. Masukkan terus labu yang dah direbus tu. Masak sambil santan mendidih!
Tak ke haru! Mestilah lembik dan hancur labu tu kan! Itulah kalau masakan ini bukan sesuatu yang pernah Kjee tengok arwah Bonda masak. Or...adakah beliau tidak pernah masak sepanjang hayatnya!
Terima kasih Che Mat beri kesedaran kepada mokcik sebelum terlewat. Hehehe.
Semalam Kjee masak lauk ni. Oleh kerana Kjee masak guna santan kotak, maka Kjee tak guna santan cair cam Mat Gebu. Kjee guna air biasa dan campakkan hirisan bawang merah, bawang putih, hirisan cili merah dan udang kering.
Air tu taklah banyak. Cuma untuk melembutkan sahaja labu yang telah Kjee dadu. Kemudian apabila labu sudah ½ lembut, baru Kjee masukkan santan. Tak perlu banyak-banyak. Pepandailah lah adjust. Kalau banyak sangat sangat nanti makan rasa mual. Kenapa? Mungkin sebab labu tu dah manis.
Kemudian bubuh serbuk lada hitam dan biarkan kuahnya mendidih. Jangan lupa bubuh sehelai daun kunyit yang telah dicarik-cari. Nak bagi naik bau wangi/ Apabila sudah lembut labu, padam api. Itu jer.
Kali ini dapatlah Kjee rasa lauk labu yang sebenarnya. Sukanya aku.
Semalam Kjee gandingkan dengan sambal telor rebus, tongking ayam goreng dan jugak pekasam ikan lampam . Awesome.
Kalau nak resipi dari pakar KLIK SINI.
![]() |
Sambal Telor Rebus. Background tu tongking ayam |