Hari ni Kjee buat Hong Kong Egg Tarts atau tat telor yang sangat rapuh, buat kali kedua. Membuatnya taklah leceh tapi dek kerana ia tersangat rapuh, maka nak keluarkan dari acuan mungkin ada masalah sikit.
Kalu pertama buat dulu, Kjee keluarkan dari acuan ketika masih agak panas. Tapi kali ni, Kjee biarkan dulu sampai betul-betul sejuk baru dikeluarkan. Mudah sikitlah. Tapi kena umpil perlahan-lahan guna pencungkil gigi dan telangkupkan kat telapak tangan.
Mungkin ramai akan kata, ala susah-susah beli saja kat bakeri. Yup memang senang beli. Kalau tak silap Kjee tak sampai RM2 sebiji. Tapi awas. Kena pilih bakeri yang halal. Jangan main hantam saja beli. Ada Chinese friend Kjee kata, biasanya pastri egg tarts yang dijual itu mengandungi lard atau minyak babi. Bukan Kjee tuduh tau!

Kerana itulah Kjee dah tak beli lagi. Memang dulu selalu beli sebab tak tau. Sekarang dah taubat nasuha. Dah pandai buat sendiri, baik jangan cari pasal kan?
Anyway, resipi Hong Kong Egg Tarts ini sangat dekat dengan yang pernah Kjee makan sebelum ini. Syaratnya kena guna butter yang tulen. Rasanya lebih enak. Kjee tak pasti guna butter yang tak tulen boleh dapat kerapuhan yang diingini.
Kali pertama hari tu Kjee buat dapat 18 biji. Pelik pulak hari ni hanya dapat 15 biji. Jadi, adalah terlebih kastad yang UnclePali suruh tuang dalam mangkuk dan bakar macam buat kastad telor. Hmmm cerdik lah suami aku ni. Kalau tidak, Kjee dah tuang dalam sinki. Hehehe.
Resipi asal tats ini menggunakan gula yang banyak untuk kastadnya. Masa Nadia buat kali pertama dulu dia kurangkan dari 150gms ke 110gms. Hari ni Kjee buat guna 95gms sahaja gula kastor. Hasilnya tetap manis. Lain kali mungkin Kjee buat guna 60 atau 70gms sahaja.
Kuning telor untuk pastri jugak memainkan peranan. Masa buat pertama kali dulu Nadia guna telor gred A. Malam tadi UnclePali beli telor kat Giant. Pagi ni Kjee tengok saiznya macam gred B atau C! Kerana itu, pastri Kjee agak kering masa Kjee adun. Tapi nasib baik tidak jejaskan texture pastri. Alhamdullilah. Actually, kena ikut betul-betul resipi yang diberikan kalau nak selamat. Hehehe.
Jangan lupa simpan pastri yang telah dibentuk dalam acuan di dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam. Kalau buat malam, esok baru dituangkan kastad dan dibakar pun ok.
Seperti biasa, korang KLIK SINI untuk tengok resipi. Selamat mencuba.