Lauk Peria Tumis Telor ni dah lama Kjee buat. Malas nak jadikan entri sebab bukan lauk special pun. Tapi dek kerana tak apa nak tayang kat sini, jadilah walaupun bukan makanan kegemaran ramai.
Kenapa Kjee kata bukan kegemaran ramai? Sebab ianya pahit. Ramai kaum wanita sekarang tak gemar makan sayur pahit. Tak sedap. Malah, ramai tak suka makan sayur sebab tak suka. Walhal sayur-sayuran tru mengandungi banyak vitamin yang elok untuk tubuh.
Itulah pasal kalau mak mak sekarang malas nak masak sayur maka anak-anak membesar tak suka sayur.
Okaylah malas nak bebel panjang-panjang. Cuaca kat luar suram jer. Rasa cam sedap jer nak terlentuk.
Sayur Peria ni jenis yang besar. Yang kecik tu dipanggil peria katak. Sedap jugak kalau masak tumis telor ni. Arwah Bonda kata kalau nak kasi hilang pahit, rendam seketika dalam air garam selepas menghiris. Pastu bilas dengan air dan tos.
Tapi Kjee tak rendam dengan air garam sebab suka rasa pahit. Pahit elok untuk orang pompuan. Boleh jadi ubat. Ubat untuk dalaman wanita.
Kjee tumis biasa jer. Ketuk bawang putih, hiris bawang merah dan cili campur cili padi nak bagi pedas. Pastu rendam sekejap sedikit udang kering. Boleh jugak guna udang segar. Lepas tumis bawang dan cili, masukkan udang kering. Goreng empat lima minit pastu masukkan sayur peria. Goreng sampai hampir lembut. Pastu pecahkan sebiji dua telor dan kaupkan sayur tutup telor tu. Tunggu seketika lepas tu balik2kan. Buhlah garam atau sedikit pak aji kalau guna. Itu jer.
Sedap makan dengan nasi panas atau ratah gitu jer cam kita selalu buat, Hehehe.