Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

RENDANG KACANG NISMILAN YANG AMAT PEDAS

$
0
0






Semalam pergi pasar Keramat. UnclePali tanya nak beli apa? Kjee kata kalau dah masuk dalam pasar, rembat jer lah apa-apa yang berkenan.

Pusing punya pusing tetiba blur pulak. Tak reti nak masak apa. Tapi apabila lalu kat gerai jual ayam, mata terintai-intai telor ayam gostan (ayam tua). Kalau ada, sedap jugak kan buat Rendang Kacang. Seperti biasa si penjual geleng kepala. Dah kena rembat dengan orang niaga makanan, katanya.

Kemudian nampak pedal, hati ayam dan leher ayam. Hmmm jadi lah. Kena buat jugak Rendang Kacang Nismilan sebab dah lama tak makan. Kat KL ni tak ada orang yang jual lauk tu.

Maka itulah lauk kami semalam. Kjee buat pedas-pedas sampai malam tadi Nadia bising tak berani makan banyak-banyak. UnclePali makan sampai tiga kali tambah nasi masa makan tengah hari dan dua kali tambah masa dinner. Sedap sangat-sangat katanya. Okay lah tu.

Camner UnclePali tak berselera makan... dia beli jugak kerdas (first time usia camni baru Kjee jamah) lawan dengan sambal belacan power dia. Kemudian Kjee goreng ikan terubuk masin. Tak ingat siapa yang beri aritu. Terima kasih. Dalam freezer ada macam-macam jenis ikan kering masin pemberian sahabat-sahabatku.

Nak resipi Rendang Kacang Nismilan, sila INTAI SINI. Resipi ni Kjee belajar dari adik Kjee, Shiela Spice Journey. Dia lagi terer buat. Tapi kalau tak cukup bahan terutama sekali telor ayam gostan, dia sanggup tak buat sampai dapat. Mokcik ni, asal ader jer. Saja buat berkuah sikit atas permintaan UnclePali. Hehehe.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1832

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>