![]() |
Kuih Talam bertaraf 5 Bintang |
Kjee mula-mula kena Sheila menerusi Kek Zebra airtangannya. Jatuh hati dengan kehalusan dan kreativiti dia mempamerkan hasil kerjanya. Perlahan demi perlahan Kjee mendekatinya menerusi blog Spices Journey.
Dah kini sudah lebih 3 tahun kami akrab. Bagai adik beradik. Cubit peha kiri peha kanan terasa.
Walaupun sejak akhir-akhir ini Sheila sibuk dengan tempahan anika cake yang tidak henti-henti, Kjee amat bangga dengan pencapaian terbaru Sheila. Dia kini sudah mula mengajar followers dia membuat kek dan talam, secara online.
Kerana tidak mahu mengganggunya yang sentiasa sibuk, Kjee perhatikan sahaja dia dari jauh menerusi page Facebook Sheila d'Dapoq. Senyum melihat dia berinteraksi dengan followers dia yang kini menjadi anak murid dia. Ramai yang puji kehebatan Sheila mengajar step by step online. Buat first time, sudah berjaya!!
Kjee pun diberi peluang intai module Kuih Talam yang disediakan Sheila. Ada Talam Sujee, Talam Lapis dan Putri Salat. Talam Putri Salat ini kalau tak silap Kjee berasal dari Singapura. Ia sama seperti Seri Muka tetapi lapisan atasnya tiga lapis dari bahan dan warna yang sama. Kjee pernah rasa ketika mengunjungi Sheila. Sangat-sangat sedap dan menepati citarasa.
![]() |
Sheila dan puteri tunggalnya Farrah |
Walaupun selama ini ramai yang menganggap Sheila guru masakan mereka (menerusi respi dalam blog) tetapi kini Sheila sudah bergelar Cikgu kerana mengajar secara online. Bagaimana dia dapat idea untuk membuat kelas secara online?
"Macam mana dapat idea? Ramai yang nak belajar tapi sukar cari masa yang sesuai dan duduk jauh seperti Brunei, Singapore, Qatar dan banyak lagi. Setelah bincang dengan suami, akhirnya saya buat keputusan untuk buat module online ini.
Saya mengambil masa lebih kurang sebulan jugaklah untuk compile bahan, masak, ambil gambar dan menyusunnya. Apa yang membuat saya cukup puas ialah apabila mereka yang mempelajari mengikut module ini, beritahu saya, kali pertama buat sudah berjaya.
Ini bermakna titik peluh saya selama sebulan, telah membuat pelajar-pelajar saya berjaya menghasilkan Talam dan jugak kek yang sempurna, Insya Allah," kata Sheila.
Sheila telah menghasil dua module iaitu Kuih Talam dan kek Klasik. Module Kuih Talam terdiri dari Talam Sugee, Talam Lapis dan Putri Salat. Untuk module kek pulak dia mengajar dua jenis kek yang cukup klasik dan paling banyak dipesan pelanggannya. Kek tersebut ialah Kek Buah Kukus dan Kek Marble.
Sheila memberitahu, kedua-dua module tersebut sangat mampu milik. Yang berminat bolehlah hubungi Sheila di akaun FB Sheila d'Dapoq dan juga whatsapp @ 0132096113. Tak payah lah call sebab katanya dia memang tidak menang tangan untuk menjawab panggilan.
Dia kini dalam perancangan membuat beberapa module lain dalam masa terdekat oleh kerana sambutan cukup hangat untuk Module 1 dan Module 2.
"Tujuan utama saya mengajar secara online ada untuk membantu kaum wanita menjana pendapatan lebih hanya dari rumah macam yang saya lakukan selama ini," kata Sheila mengakhiri perbualan.
Jadi, tunggu apa lagi kan? Tak perlu keluar rumah untuk belajar. Daripada mengeluh berikutan kenaikan banyak barang keperluan sekarang, bertindaklah segera untuk menambah wang kocek. Mungkin boleh jugak dijadikan sumber pendapatan menjelang Hari Raya,
Senang sengat belajar online dengan Sheila. Kjee dah teruja sangat dan Insya Allah akan mencuba sehari dua ini. Hehehe.
![]() |
Ini Sheila tak ajar tapi dia amik order |