Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live

RENDANG AYAM KELANTAN FAVORITE KAMI

$
0
0






Kalau teringin nak makan rendang ayam, wajib buat Rendang Ayam Kelantan. Kalau tidak, bising anak dara Kjee.

Hari ni Kjee buat untuk kawan Kjee, Angel Wong dan familinya yang akan sambut Christmas esok. Kalau beri cake dan lain-lain yang sewaktu dengannya, anak-anak Angel tak lah excited sangat. Tapi bagi Rendang Kelantan especially yang pedas, anak-anak Angel yang masih sekolah rendah, tak pandang dah lauk pauk lain yang disediakan mummy mereka untuk Hari Natal.

Jangan tanya Kjee apa beza Rendang Kelantan dengan rendang negeri lain. Kena buat dulu, rasa, kemudian akan tahu bezanya.

Nak resipi intaiSINIya.









KENANGAN MENGUSIK JIWA

$
0
0



Terkejut apabila ada fren FB share video ini dengan Kjee. So nostalgic!

Kjee pernah jadi Juri Profesyenal Juara Lagu TV3 selama tiga tahun berturut-turut.




YAHOOO MUSIM DEGHOYAN...TIME BUAT TEMPOYAK

$
0
0































Malam tadi, lepas dinner di GroupBase, Sri Damansara, UnclePali singgah di satu gerai durian di Wangsa Melawati dalam perjalanan pulang ke rumah.

Stok tempoyak kat rumah dah habis. So, Kjee nak buat lagilah memandangkan tempoyak readymade banyak mencurigakan. Kalau warnanya cantik kuning adakala mereka campur pisang masak. So daripada curiga, baiklah buat sendiri.

Tak susah mana pun. Leraikan isi dari biji, kemudian masukkan dalam bekas seelok-eloknya bekas kaca. Tabur sedikit gula dipermukaan durian yang telah diisi ke dalam botol. Kemudian simpan di mana-mana tempat yang kering di dalam dapur sekurang-kurangnya 3 hari. Jangan ditutup rapat botol nanti boleh meletup kata orang lah.






Lepas tiga hari boleh simpan dalam peti ais selama mungkin atau sampai habis korang bedal. Bukan freezer tau tapi dalam ruang peti ais biasa.

Pasti korang tanya kenapa Kjee letak gula dan bukan garam. Itu Kjee tak tahu. Nenek Kebayan yang ajar Kjee kata letak gula so I letak lah gula. Kita kan anak murid yang dengar kata.

Kalau nak tempoyak tu masam, letaklah 4 atau 5 hari kat luar sebelum masuk peti ais. Kjee suka tempoyak yang tak terlalu masam.

Dulu pun Kjee pernah buat. Klik SINI.




SELAMAT DATANG 2014

$
0
0


ehsan google






Tak sampai beberapa jam lagi kita akan menghirup udara tahun baru 2014.

Mana nak sangka Kjee boleh hidup menyaksikan angka tahun 2014. Apapun, Kjee ingin mengucapkan Selamat Datang 2014. Mudah-mudahan kita semua akan selamat sepanjang tahun 2014, yang Kjee rasa cukup mencabar.

Usahlah terlalu ghairah menyambut tahun yang baru dengan cara orang Barat. Lebih afdal, kita buat solat syukur dan memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar negara kita selamat, keluarga kita serta kaum kerabat kita sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki.

Jangan tanya Kjee pasal azam sebab dah lama dah Kjee tak simpan azam menyambut tahun baru. Azam berpuluh tahun lepas pun tak tertunai.

Harapan Kjee hanya mahu melihat keluarga Kjee bertambah di tahun 2014... anak dara Kjee pun dah sesuai sangat bergelar isteri dan ibu. Kjee jugak mahu pertingkatkan usaha untuk bertambah sihat.. dan yang utama pertingkatkan amalan untuk bekalan ke akhirat. Dan mudah-mudahan jugak suami Kjee, Pazeli Ishak aka UnclePali akan turut diberkati kesihatan yang baik untuk menjaga Kjee dan Nadia. Amin..Insya Allah.


LEMAK IKAN TALANG STAIL NISMILAN

$
0
0



Wah gambar ni diambik pada tahun 2013...post pada tahun 2014. Yezza entri masakan pertama di tahun 2014. Lauk yang Kjee pasti kesukaan ramai.

Kjee jarang-jarang buat masak lemak stail Nismilan untuk ikan Talang. Selalu Kjee buat kari stail India. Tapi hari tu makan kat rumah Emma Masterchef, terus Kjee jatuh chenta. Nasib baik pulak ada sahabat yang berikan Kjee seekor ikan Talang dari Lumut.

Masak lemak pedas stail Nismilan cukup mudah. Tak perlu bawang bagai. Hanya tumbuk cili padi (sebanyak mana yang suka) bersama kunyit hidup. Campur dalam satan pekat dan jeranglah. Opps jangan lupa campakkan sehelai dua daun kunyit.

Sebelum itu, Kjee selalu rendam ikan Talang dalam air biasa selama satu atau dua jam. Arwah bonda punya stail, dia rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Katanya, garam itu boleh menyerap keluar rasa masin Ikan Talang. Tapi Kjee tak buat.

My asben suka tulang-tulang Ikan Talang. Kjee dan Nadia pulak suka bahagian isinya. So, baguslah. Tak membazir tulang tu kan! Hehehe.

Okay apabila kuah lemak sudah elok mendidih, masukkan ikan talang yang dikerat suka hati korang. Masanya lebih kurang 20 minit guna api sederhana. Kjee tak pernah bubuh garam sebab tak tahu sejauh masa masin kuah setelah dibubuh ikan talang kering. Hanya masa nak hidang, Kjee akan rasa pastu tambah kalau tak cukup. Oh ya jangan lupa campak sekeping asam gelugor setelah masukkan ikan.

Ini jugak kali pertama Kjee bubuh nenas dalam masak lemak. Kjee rebus dulu nenas yang telah dipotong keping-keping kecik pastu toskan airnya. Apabila nak padam api setelah siap masak, baru Kjee masukkan nenas. Kenapa masuk nenas last minute? Ntahlah..oh mungkin Kjee tak nak santan tu pecah kalau masuk nenas terlalu awal.

Kalau masak camni, Kjee dan UnclePali hanya suka buat timun sebagai ulam. Tapi lauk ni Kjee masak pedasssss sekali. Sedap.







TAHNIAH PERSATUAN USAHAWAN FEEYA FARIESYA

$
0
0




Ketika banjir melanda negeri-negeri Pantai Timur bulan lalu, banyak usaha telah dijalankan oleh badan-badan bukan Kerajaan serta kumpulan-kumpulan kecil untuk menyalurkan bantuan atas inisiatif sendiri.

Salah satu daripadanya ialah dari Persatuan Usahawan Feeya Fariesya (PUFF) di Kuala Lumpur. Mereka mengumpul sukarelawan di kalangan ahli-ahli dan keluarga mereka untuk tujuan tersebut.

Dibawah ini, Kjee tampalkan berita bergambar seperti yang dilaporkan orang kuat PUFF. Khabarnya, mereka juga sedang bersiap sedia untuk kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua di Pantai Timur.

Tahniah atas usaha mereka.



Feeya 



Ekoran banjir yang berlaku khususnya di Kuantan,Pahang. Persatuan Usahawan Feeya Fariesya telah membantu Malaysian Relief Agency bagi melancarkan lagi Misi Banjir 2014 ke beberapa lokasi berlakunya banjir sama ada sewaktu banjir berlaku dan selepas surutnya banjir.

Misi ke-2 ini juga turut menampakkan Persatuan Usahawan Feeya Fariesya menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti sabun, minyak, lampin pakai buang kepada mangsa-mangsa banjir di Tasek Chini, Pahang








Selain membantu mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa, penyediaan makanan dan perubatan, gotong royong juga di adakan.

Pada perancangan, Malaysian Relief Agency (MRA) bakal menubuhkan sebuah klinik lapangan di Tasik Chini, Pahang bagi membantu mangsa banjir mendapatkan rawatan perubatan pada 24hb Disember 2013.

Klinik dilengkapi kemudahan asas perubatan, doktor, jururawat dan beberapa sukarelawan itu memberikan perkhidmatan percuma kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.
Malah, pihak MRA juga dalam proses tinjauan bagi mendapatkan maklumat mengenai kerosakan bahan elektrik untuk diperbaiki.














MRA yang dibantu oleh sukarelawan dari Persatuan Usahawan Feeya Fariesya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus membantu mangsa banjir sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. Insyallah~

CUBALAH MAKAN PIES DENGAN SOS

$
0
0


Pie seperti ini not for sale..renyah nak buat



Rasa-rasanya tak ada orang buat pies makan dengan sos. Tak kisahlah brown sauce, blackpepper ataupun mushroom sauce. Tapi Kjee buat pies dan turut menjualnya bersama blackpepper sauce sebab nak perkenalkan cara makan pies dengan sos, yang Kjee suka.

Tak sangka pulak ramai customer Kjee suka!!

First time Kjee makan pie bersama sos di Dave's Deli, many many years ago. Mereka menghidangkan pelbagai jenis pies. Dan setiap hidangan pie itu dicurahkan dengan sos yang sedap. Harganya kalau tak silap Kjee, di antara RM7 hingga RM9.

Masa tu Kjee rasa dah mahal sangat-sangat. Tetapi kerana teringin nak makan selalu, tapi tak mampu Kjee rela pergi ke bakeri biasa dan beli chicken pies. Of course rasa pies tu tak sama dengan yang dijual di Dave's Deli.

Oleh kerana tak reti buat sosnya, Kjee beli sos instant kat supermarket. Balik rumah, bancuh ikut arahan pada peket (kalau tak silap jenama Mc Cormik), dan Kjee curahkan keatas pie tersebut. Sedap tapi mana boleh lawan yang di Dave's Deli.










Panas panas baru keluar oven



Masa tu, Kjee memang tak jinak sangat ke dapur untuk baking. Setakat masak biasa-biasa untuk Nadia dan Kjee (masa tu Kjee ibu tunggal).

Kini Kjee dah belajar buat pies... terima kasih Emma Masterchef dan Wan Noorizan, kerana buat Kjee berani buat pies... dan jugak beri resipi. Dan Alhamdullilah, sudah menjadi satu cabang perniagaan Kjee.

Emma kata kenapa Kjee perlu jual pies bersama blackpepper sauce. Renyah dan melibatkan kos tambahan. Tetapi bagi Kjee, kalau kita nak jalankan perniagaan, kita harus berani hadapi cabaran dan kesulitan. Dan kalau mahukan kelainan, harus buat apa orang lain tak buat atau jual.

Terima kasih kepada Fasya, adik angkat Kjee yang mencetuskan idea untuk Kjee meniaga pies. Dia nampak Kjee post dalam facebook dan blog, gambar-gambar pies yang Kjee buat. Fasya adalah insan pertama yang order pies dari Kjee. Thnx Fasya tapi masa tu Kjee tak buat sos sebab tak yakin Fasya akan suka.


Ada choice antara Beef dan Chicken pies



Kemudian pada mid November 2013, Ogy Ahmad Daud text Kjee dan minta Kjee buatkan dia pies. Kalau tak silap Kjee sebanyak 2 dozen. Kjee tanya Ogy samada dia hendak sos blackpepper sekali dan Ogy kata dia sangat suka.

Ingatkan terhenti disitu sahaja 'perniagaan' Kjee. Tak sangka pulak beberapa hari selepas itu, Ogy text sekali lagi, mintak Kjee buatkan pies dalam jumlah yang banyak untuk konsert anaknya Aminah. Kjee menolak kerana hanya mampu buat 50 biji sahaja sehari. Maklumlah tak berapa sihat. Ingatkan Ogy hanya mahu pies. Rupa-rupanya, Ogy beritahu sos blackpepper yang Kjee buat menyedapkan lagi pies tersebut.

The rest is history!

Bagaimanapun, Kjee hanya amik order untuk pies dan jugak Kuih Bakar Daging untuk mereka di sekitar Lembah Kelang. Mereka perlu mengambilnya sendiri. Tiada delivery service...kecuali pada hari Kjee ke Hospital Tung Shin untuk buat akupuntur. Dan Kjee boleh drop off orders along the way from Ampang. That's three times a week.

Dan kini Kjee tak menang tangan jalankan bisnes Pies dan Kuih Bakar Daging. Walaupun kekadang rasa semput jugak menyiapkan order tapi Kjee happy sangat. Happy kerana mereka yang membelinya puas hati. Dan happy sangat Kjee dapat mengisi masa terluang untuk menambah pendapatan.

Kalau ada sesiapa (di area Lembah Kelang) nak oder, sila sms 0126780501. Order minima untuk pies ialah 12 biji. Tak boleh campur campur sebab Kjee buat satu jenis aje each time. Untuk kuih bkar daging pulak, order minima ialah 3 biji.

.






Kuih Bakar Daging yang jugak laris...Alhamdullilah

YAHOOO PAPA BAWAK BALIK DAUN GALAK KUCING!

$
0
0




Demi kucing kesayangnnya, sanggup menyangkung petik daun ni depan Amcorp Mal

Pose maut UnclePali hehehe



Sejak kenal pokok Galak Kucing, tiap kali keluar pasti nampak pokok ini di mana-mana. Selama ini tak sedar pun di tepi jalan besar depan Amcorp Mall, Pj, ada banyak pokok ini tumbuh meliar. Punyalah jenuh cari merata-rata tempat!

Hari tu UnclePali dah petik. Hari ni pergi petik lagi. Bukan main happy anak-anak meow Kjee dapat pokoknya. Habis digigit-gigit akarnya.

Jangan tanya ada khasiat pokok ni. Kjee tak tahu. Cuma dengar orang kata ia baik untuk kucing. Macam ubat herba kucinglah. Nanti Kjee tanya Ginger dan adik-adik dia apa khasiatnya ya. Lol.

BEST WISHES DARI ALCANO DESIGN

SAMBAL BILIS SPECIAL JAWA BATU PAHAT

$
0
0









Sambal ini benar-benar membuka selera especially kalau makan dengan nasi putih panas-panas! Kjee belajar buat sambal ini dari arwah abah Nadia masa kami mula-mula kahwin dulu. Tiap kali Kjee buat sambal belacan biasa jer. So, satu hari dia kata biar dia ajar Kjee buat satu sambal special.

Of course, Kjee pandang abah Nadia tu sebelah mata jer. Hmmm kalau tak sedap, biar dia makan sorang-sorang! Tapi apabila dah siap, Kjee makan sorang-sorang!! Hehehe.

Kalau tak silap sambal ini selalu dibuat orang Jawa. Maklumlah arwah abah Nadia piau Jawa Batu Pahat.

Sekarang ni, kalau Kjee tak selera makan, sambal ini akan menjadi peneman.































Tak payahlah resipi bagai. Senang jer. Korang goreng cili padi atau cili merah. Cili padi tak payah dipotong-potong tapi cili merah, boleh potong tiga atau empat. Kemudian ambik 3 biji bawang merah atau 1 labu sedang bawang besar. Buang kulit. Potong enam dan gorenglah bersama cili sampai ¾ masak. Keluarkan. Kemudian goreng segenggam ikan bilis sampai elok garingnya. Jangan hangus nanti pahit.

Tumbuk semuaa bahan-bahan yang digoreng tadi sampai ¾ lumat. Kalau malas, kasar-kasar pun okay. Perah limau nipis. Ada orang bubuh belacan goreng tapi Kjee tak bubuh. Ada jugak orang Jawa bubuh sedikit gula tapi Kjee tak bubuh.

Kjee selalu buat banyak-banyak dan simpan dalam balang dalam peti ais. Lagi pedas lagi sedap.

Selamat mencuba.





PAU SAMBAL TUMIS PETAI DAN RENDANG YANG ENAK BANGET

$
0
0








Pau Sambal Tumis Petai


Kuih Pau atau Dumplings, asalnya diperkenalkan oleh orang Cina. Ada pau kosong yang dimakan dengan lauk dan ada jugak pau berinti. Kat Malaysia Pau Kacang Merah dan Pau Kaya antara yang sangat diminati dari dulu. Kemudian ada yang buat pembaharuan dengan buat pau Kari Ayam. 

Tapi korang pernah terfikir satu hari nanti akan ada Pau Sambal Tumis Petai dan jugak Pau Rendang?

Mungkin terbeliak mata mereka yang suka makan petai! Macam mana rasanya? Kjee antara mereka yang minat makan petai. Tak kira dalam bentuk mentah, rebus, bakar dan juga diletak dalam sambal ataupun cara memasak lain. Tetapi Pau Sambal Petai? This I must try!

"Pau Sambal Petai ni hanya dibeli pelanggan kami yang tegar. Susah sikit nak 'jalan'.." kata Pak Uda Anuar ketika first time Kjee singgah di kiosk Pak Uda Station bersama UnclePali minggu lepas. Tapi dek Kjee ni jenis adventurous, Kjee pun beli sepeket yang frozen.

Apabila sampai di rumah, Kjee kukus pau Sambal Tumis Petai. Nadia balik kerja. Angkat kening apabila Kjee kata ada pau sambal petai. Tapi apabila dia dah try sebiji, Nadia terus ke dapur dan panaskan semula kukusan untuk kukus lagi!




Eh macam kenal jer mokcik dalam kereta tu... dapat jugak enter frame hehehe










Pak Uda Anuar dan Ibu Nor





Sebelum cuba beli Pau Sambal Petai ni, Kjee dah try sebelum itu, Pau Rendang. Kjee beli sebiji Pau Rendang, Sebiji Pau BBQ Chicken dan sebiji Pau Kacang Merah yang siap dikukus. Sekejap jer UnclePali dan Kjee habiskan dalam kereta masa nak balik. Semuanya sedap!

Pandainya orang kita buat pau! Dulu-dulu Pau Melayu tak sama texture ngan Pau buatan orang Cina. Keras semacam terutama sekali apabila sudah sejuk.

Seminggu selepas Kjee beritahu frens kat FB mengenai keenakan Pau Sambal Petai dan Rendang di Pak Uda Station, kini bukan main susah lagi nak dapatkan kedua-dua pau yang enak ni. Kjee sendiri kena book awal-awal sebab sampai jer stok, sudah disambar orang.

Petang semalam, dalam hujan renyai-renyai Kjee singah ke Kiosk Pak Uda Station di Taman Sri Rampai Setapak. Dari jauh, Ibu Nor, isteri Pak Uda lambai-lambai kat Kjee kata stok pau dah hampir habis. Esok tak tau nak niaga apa katanya sambil garu kepala. Stok sampai dua kali seminggu pulak tu!

Alhamdullilah sekarang ni tak menang tangan Pak Uda dan Ibu Nor melayan customer. Kjee tak dapat bagi alamat tepat Kiosk Pak Uda Station. Ia terletak di belakang rumah mereka yang mengadapkan jalan besar di Taman Sri Rampai. Ini nombor mereka untuk dihubungi  0129230210 Pak Uda Anuar / 0123008965 Ibu Nor.

Pak Uda memulakan perniagaan lepas Zohor hingga Maghrib setiap hari, kecuali kalau dah habis. Ibu Nor akan membantu suaminya selepas pulang kerja. Kjee nasihatkan mereka yang nak ke Kiosk Pak Uda Station ini samada nak beli yang beku ataupun yang sedia dimakan, supaya call awal-awal buat booking. Jangan nanti sampai sana, gigit jari. Hehehe.

Oppps lupa pulak. Pak Uda ada jugak jual Karipap Gergasi inti kentang dan ayam yang sedap sangat. Intinya cukup rasa macam kita buat sendiri di rumah. Kjee pun simpan stok beku karipap gergasi ini dalam freezer. Manalah tahu kalau malas nak masak nasi, goreng jer kan karipap ni. Sebiji sorang dah kenyang!!







LEPAS NI TARGET GAJAH KAT ZOO

$
0
0

Gambar ehsan The Star


































Lawak pagi Isnin buat korang yang liat nak kerja setelah cuti hujung minggu. Ini berlaku di Malaysia! Kereta Wira diubahsuai. Dah banyak kali buat kerja ni dan terlepas kot.

Yang menjadi persoalan, bagaimana mereka mengangkut lembu yang besar bagak tu? Bagi ubat tidur dulu kot. Hehehe.

Lepas ni gamaknya target gajah di zoo hangkut naik kereta Kancil. Lol.

MACAM-MACAM PUNYA GILA

TERBAIK! TERSANGATLAH SETUJU!!

$
0
0





Saya Harap ISA Dikembalikan - KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula sebagai undang-undang yang akan menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.

"Undang-undang semasa seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini.

"Saya menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.

"Saya seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu saya akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu saya dalam menjalankan tugas.

"Bagaimanapun, saya mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama," katanya.

ISA dimansuhkan pada tahun lepas dan kumpulan terakhir lapan tahanan telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas.

Sosma diperkenalkan tahun lepas bagi memastikan keselamatan awam dijamin. -mStar Online

ALCANO DESIGN CUTI 8 HARI SEMPENA CNY

$
0
0
IKLAN BERBAYAR 






Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Alcano Design akan bercuti selama 8 hari mulai 30 Januari hingga 6 Februari. Akan dibuka semula pada 7 Februari 2014.

Terima kasih atas sokongan semua pelanggan Alcano Design.




KENAPA SEKARANG KJEE MALAS UPDATE HAH? MENCI TAU!

$
0
0
ehsan ms google








Banyak hari dah Kjee tak update. Maaf kepada anda yang seringkali jenguk tapi hampa sebab tak ada entri baru.

Yang haters pulak pasti sedih tak berjaya kumpul dosa sebab hari-hari maki hamun dan komen macam gamp@%3, Kahkahkah. Sedih jugak sebab Kjee pun kurang pahala sebab tak ada yang maki hamun. Wallahualam.

Anyway, sejak dua menjak ni Kjee sibuk sangat melayan hobi baru iaiatu buat pies dan kuih bakar daging untuk mereka yang memesan. Dulu rancang nak buat dua kali jer seminggu tetapi oleh kerana banyak sangat order, maka terpaksa buat hari-hari!

Tapi hari ini dan esok Kjee cuti... rehat sempena menyambut Maulidur Rasul esok.

Kjee amik kesempatan dari kenaikan mendadak kos sara hidup sejak akhir-akhir ini dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Memang menakjubkan sekali, sambutannya. Walaupun kurang sihat, namun Alhamdullilah Allah swt telah beri Kjee kudrat setiap hari untuk melaksanakan tugasan.

So sekarang tak boleh merungutlah duit dalam dompet semakin mengecut alangkah elok bodi yang mengecut bukan dompet.  Walaupun setelah tolak sana sini, pendapatan bersih taklah banyak mana, namun Kjee bangga dapat berubat setiap hari dengan hasil titik peluh sendiri.

Buat pengetahuan semua, Kjee berulang alik ke Hospital Tungshin di Jalan Pudu tiga kali seminggu untuk rawatan akupuntur yang menelan belanja hampir RM200 seminggu termasuk ubat. Alhamdullilah dah buat selama 3 minggu. Doktor Pakar Akupuntur dari China, syorkan Kjee jalani sekurang-kurangnya dua bulan atau atau 60 kali rawatan! Kena buat hari-hari tapi badan dan poket tidak mengizinkan! Lepas akupuntur rasa lemah sangat.

So actually sesiapa yang order my pies and kuih bakar tu, menyumbang kearah rawatan hospital Kjee. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah swt sahaja yang boleh balas.

Sedap ke Kjee punyai pies dan kuih bakar? Hmmm sesiapa yang dah try boleh jawab. Kjee tak mau masuk bakul angkat sendiri.

Tapi Kjee sebak sangat baca komen customers Kjee yang terdiri dari kawan-kawan dan yang bukan kawan-kawan...aka silent readers blog atau FB. Tak larat nak screen capture semua. Yang ado jer. Hehehe.






Ini gambar pies yang ChaHaya Shiela pos kat FB Kjee








Beef Pies with Blckpepper sauce
Kuih Bakar Daging resipi ori my arwah Bonda

SALAM MAULIDUR RASUL

NASI PERISA BEKAL KE SEKOLAH

$
0
0





Nasi berperisa ini mengimbau kenangan masa Kjee kecik-kecik dulu. Arwah bapak selalu masak nasi ni untuk kami adik beradik kalau Bonda tak sihat. Malah ada juga arwah bekalkan untuk kami bawak ke sekolah.

Nasi ini senang sangat buat. Ala-ala buat Nasi Planta tapi dibubuh chicken cubes sebagai penambah rasa. Kalau campur sedikit butter dengan Planta pun sedap.

Mula-mula tumis sedikit bawang putih yang telah diketuk dalam periuk nasi berisi Planta yang dipanaskan terlebih dahulu. Apabila bawang putih dah nampak keperang-perangan sikit (jangan sampai hangus nanti pahit), masukkan air.

Sukatan airnya ikut beras yang digunakan. Apabila air sudah mendidihkan, masukkan chicken cube ikut rasa dan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kemudian masak nasi sampai elok kering.





Arwah bapak tumis dalam periuk nasi atas dapur. Apabila air sudah mendidih, dia masukkan beras, rasa dan alihkan periuk tu ke rice cooker. Mudah aje kan. Kais-kaiskan nasi setelah siap masak. Tak perlu bubuh garam sebab chicken cube dah cukup masin. Adjustlah nak letak satu ataupun dua cubes.

Lauk yang selalu Arwah Bapak sertakan ialah telor dadar kosong (kekadang dia bubuh bawang). Kalau ada ayam beliau goreng ayam. Itu jer. Oh lupa...timun mesti ada. Dalam gambar tu Kjee buang kulit timur dan hiris macam kita buat timun untuk laksa johor.

Cubalah buat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Insya Allah dia orang suka.

Ini nasi favorite my doter dari kecik sampai sekarang!




CHEEZY BALLZ ALA KJEE

$
0
0








Everyone seems to be doing it... Kalau tengok di Facebook, semua orang begitu teruja membuatnya. Kjee pun teringin sangat nak rasa tapi kerana sibuk tak pernah kesempatan. Malam tadi Kjee suruh Nadia pergi KFC belikan untuk Mama dia. Tapi Nadia pulang dengan tangan kosong. Katanya KFC sudah stop production.

Hari ni Kjee masih demam. Rasa cukup tak bermaya. So lepas brunch tadi, singgah di Bagus dan beli Mozarella Cheese. Ramai yang buat guna Cheddar jer tapi rasanya resipi original guna Mozarella. Justru kalau makan masa panas bertali-tali macam makan pizza.

Tadi Kjee dan Nadia bersama-sama hasilkan Cheezy Ballz ini. Kjee campur Cheddar dan Mozarella. Actually tak susah buatlah. Anak-anak sekolah rendah pun boleh buat.

Kupas kentang. Kjee guna 4 biji kentang yang sederhana besar. Lepas tu dipotong dadu dan direbus dengan sedikit garam hingga empok. Kemudian tos air sampai kering dan dilenyek masa panas-panas.

Lepas dilenyek, campurkan dengan sedikit lada hitam dan garam ikut rasa. Kjee guna AjiShio Pepper. Gaulkan sedikit demi sedikit tepung sehingga boleh dikepal jadi sebesar bola pingpong. Jangan letak banyak sangat tepung nanti jadi cekodok.

















Lepas dikepal, dileperkan bahagian tengah dan diletakkan cheese. Kemudian tutup kembali. Apabila dah siap semua, pukul sebiji telor dalam mangkuk dan sediakan jugak bread crumbs. Kjee buat sendiri breadcrumbs. Bakar beberapa keping roti hingga agak garing, pastu diblend guna blender kering.

Panaskan kuali dengan minyak yang cukup supaya bebola boleh digoreng secara rendam.  Apabila minyak panas, perlahankan api. Ambil sebiji bebola, celup dalam telor dan breadcrumbs dan goreng hingga warnanya keemas-emasan. Api biar sederhana yer.

Makan sebaik sahaja suam. Kalau terlalu panas... hmmm korang cubalah sendiri... tengok apa jadi. Hahaha.



Elok jugak dibuat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Terima kasih Kak Chaq bagi idea.

AT LAST DAH JUMPA LAKSA JOHOR YANG MELETOPSSS

$
0
0




Minggu lepas sahabat FB Sheila (blogger Spices Journey yang fofular tu) call Kjee tanya nak tak kalau dia beri Laksa Johor. Ada orang order, kata Sheila. Dia buat lebih nak bagi Kjee rasa.

Kjee ni kalau ada orang ajak makan Laksa Johor (kat kedai atau home made), tak lah teruja sangat. Kjee ni cerewet bebenor bab Laksa Johor. Laksa Johor paling sedap yang pernah Kjee makan seumur hidup ialah airtangan Mak Long Kjee, Datin Maznah yang kahwin dengan arwah Pak Long Kjee.

Mak Long Maznah berasal dari Muar. Dan Laksa Johor beliau akan sentiasa kami nanti-nantikan kalau ke rumah beliau di Hari Raya. Her Laksa Johor was best in the world!!

Kemudian masa meniaga dulu Kjee pun jual Laksa Johor dari resipi yang Kjee cantum-cantum... meaning Kjee buat ikut selera Kjee dari resipi asal kawan-kawan. Tapi Alhamdullilah... Laksa Johor Kjee boleh dikatakan banyaklah peminat. Baca sinidansini.

Laksa Johor airtangan Kjee juga kesukaan Allahyarham Datin Ummi Kalthom. Baca sini.

Jadi ketika Kjee makan Laksa Johor airtangan Sheila, Kjee terkenang Arwah Datin Umi. Hampir Kjee menitis airmata ketika makan bersama UnclePali tadi.








"Abang... kalau Datin Umi ada... harus Jee orderkan Laksa Johor airtangan Sheila ini untuknya. Dia tentu suka sangat kan.." Sebak sangat masa makan tadi.

Okay berbalik kepada panggilan telefon yang Kjee terima dari Sheila minggu lepas. Kjee tak teruja sangat pun. Hehehe jangan kecik hati ya Sheila. Dah banyak kali Kjee kecewa makan Laksa Johor. Jadi sekarang kalau tak buat sendiri, Kjee tak teruja pun nak makan kat mana-mana.

Anyway, Sheila excited sangat nak bagi Kjee try. Kebetulan Sheila ada temujanji dengan rakannya di Hotel Renaissance KL. Dia call  beritahu yang dia ada bawak kuah Laksa Johor untuk Kjee. Dia suruh Kjee ambil.






"Sorry condiments macam timun dan lain-lain tak sempat Sheila nak sediakan." Alahai pada Kjee bende2 tu semua tak penting sebab senang jer nak buat. Yang penting kuahnya!!

Dua hari Kjee simpan kuah yang beri Sheila dalam freezer. Kuah LJ sedap kalau disimpan beberapa hari. Kerana kesibukan, hari ni baru Kjee sempat menikmati LJ Sheila. Kjee sediakan hirisan timun, taugeh mentah, bawang besar, lobak masin, bunga kantan, daun Selasih dan jugak Sambal belacan. Mulanya nak hiris kacang panjang tapi bila jenguk dalam fridge rupa-rupa UnclePali lupa beli.

UnclePaLi panaskan kuah dalam sauce pan. Tetiba semerbak harum satu dapur. Eh... lain macam jer kata Kjee kepada UnclePali. Bau macam kenal jer! Kjee ambil sudu dan rasa. Amboi... saling tak tumpang macam Kjee buat dulu. Boleh dikatakan 99% sama. 1% tu adalah kerana kuah LJ Sheila pedas. Pedas yang UnclePali suka! Rupa-rupanya Pak Aseri, suami Sheila tersilap beli cili kering...justru kuah pedas. Pedas yang sedap..malah kalau tak makan dengan sambal belacan pun okay!









Kjee cepat-cepat susun spaghetti dalam mangkuk, susun ulam-ulam dan ambik gambar dulu. Pastu, kami duduk menikmati Laksa Johor yang sedap! Kjee baru nak kata nak sambung makan dengan Nadia malam nanti, UnclePali dah tambah kali kedua!!

Happynya Kjee sebab sekarang Kjee tak perlu lagi pening fikir apa nak jawab apabila ada customer lama call nak mintak order Laksa Johor. Kjee tak berani rekemen sesiapa selama ini walaupun ada kawan-kawan Kjee jugak buat untuk jual kerana ia tidak menepati citarasa Kjee.

Kalau korang nak order Laksa Johor Sheila yang meletopss ni, sila add dia di Facebook... Chahaya Sheila. Nanti korang akan tahu selain LJ Shiela juga pakar dalam macam-macam bidang masakan!!  Tadi Kjee makan dengan tangan sebab stail orang Johor makan LJ dengan tangan!

Nota untuk Shiela...
Lain kali buat LJ jangan lupa kita ya! Hehehe



This is my testimony.. I ate using my fingers!
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>