Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live

PAK AJIS MASUK SPITAL LAGI

$
0
0

foto ehsan mStar Online



Seniman lawak kesayangan ramai, Dato Aziz Sattar dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung awal pagi tadi.

Walaupun keadaan Pak Ajis dikatakan stabil, namun Kjee mengajak semua mendoakan agar beliau kembali sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit berbahaya. Ameen Ya Rabbal Alamin.



RENDANG AYAM KELANTAN MUDAH DAN SEDAP

$
0
0








Dah banyak kali masa lauk Rendang Ayam Kelantan ni. Tak pernah jemu dan kalau lama tak masak, rasa rindu sangat-sangat.

Hari ni UnclePali tolong Kjee masak rendang ni sebab Kjee tak berapa sihat. Rasanya tetap perfect walaupun bukan airtangan mokcik tau. Hehehe.

Menyesal pulak masak ½ ekor jer. Nanti Nadia balik kerja mesti tak sabar nak ratah.

Walaupun dipanggil Rendang tapi Kjee tetap kata ia ada unsur-unsur Thai Red Army...eh tersasul pulak. Thai Red Curry lah. Mudah buat. Tak perlu kerisik tak perlu lengkuas dan rempah-rempah lain.

Ramai dah try buat dan feedback yang Kjee terima amat memuaskan. So korang tak nak try buat ker? Kena buat pedas-pedas baru sedap.

Rendang Ayam Kelantan ni sesuai sangat makan dengan Pulut Kuning atau Lemang atau Nasi Impit. Ia menjadi kemestian juadah Hari Raya dalam rumah kami.

Korang nak resipi, intai SINI.




BARU TAHU ADA PEKASAM DAGING DAN AYAM DAN KAMBING

$
0
0

Daging Pekasam Utara


Percaya ke tidak Kjee hanya tahu Ikan Pekasam wujud setelah berkahwin dengan UnclePali 14 tahun lalu. Pertama kali makan di rumah MIL kat Pahang. Walaupun asal Kedah tetapi famili UnclePali menjadi peneroka di Pahang. Justru dia dilahirkan di Pahang.

First time makan, okay jugak sebab Kjee ni tak cerewet pasal makanan eksotik.  I'm very adventurous. Bagaimanapun, makan kali pertama itu, Kjee kena gatal-gatal satu muka! Sebelum ini Kjee tak pernah ada sejarah resdung.

Anyway, Nadia dah tak bagi Kjee sentuh Ikan Pekasam selepas itu. End of story.

Beberapa tahun selepas itu,  masa balik kampung di Ulu Jempol, Pahang, Kjee tengok ada terhidang Ikan Pekasam goreng atas meja. Kjee curi-curi makan sebab Nadia ada. Dia dah warning jangan cari penyakit.

Kjee tunggu sejam...dua jam...tiga jam. Eh tak gatal-gatal pun. So itulah ceritanya macam mana Kjee kembali mula makan Ikan Pekasam.


Ikan Pekasam yang dijual Dwan Inzaghi

Ikan pekasam enak dibubuh bawang dan cili


Lepas tu, apa lagi lah. Kalau balik kampung UnclePali kat Kedah, Kjee akan borong Ikan Pekasam. Ada ikan lampam, ada ikan sepat dan ikan puyu. Tapi MIL kata pekasam ikan lampam sedap. Malah Kjee pernah order kat kawan yang tinggal di Kedah dan mereka tolong pos.

Oleh kerana tak tahu macam mana sedapnya Ikan Pekasam, Kjee main bantai sahaja makan sampai Kjee diperkenalkan dengan Ikan Pekasam Utara yang dijual oleh wartawan hiburan Metro Dwan (pm dia kat FB kalau nak order. Nama FB dia Dwan Inzaghi).

Punyalah sedap Ikan Pekasam yang dibuat oleh kakak Dwan sampaikan Kjee dan UnclePali jadi ketagih. Sebelum ini Kjee tidak pernah dapat rasa Ikan Pekasam sesedap itu. Sekarang ni sentiasa ada stok di dalam peti ais. Sesuwai sangat untuk sahur atau buka Puasa nanti.



Minat nak order, pm kat Rusnarita kat Facebook




Beberapa hari lalu Kjee terima kiriman Daging Pekasam pulak dari seorang fren FB (Rusnarita Mansor. Boleh pm dia kalau nak beli). Rusnarita beriya-iya benar nak suruh Kjee rasa.

So, tadi Kjee buatlah cara orang Kedah makan pekasam. Rupa-rupanya kena ada bawang dan cili yang digoreng seketika pastu baru goreng daging. Selama ni Kjee bantai jer goreng ikan pekasam pastu macam camtu.

Camner rasa Daging Pekasam? Ini komen UnclePali.

"Okaylah tapi rasanya I lagi suka Ikan Pekasam," kata UnclePali. Same here. Bukan kami tak suka tapi pagaq banyak dah longgaq (gigi banyak dah longgar). Jadi nikmat nak kunyah daging pekasam sudah hilang. Huhuhu.

Kalau korang tak pernah cuba Daging Pekasam, bolehlah cuba. Kononnya di Utara Daging Pekasam dan jugak Ayam serta Kambing Pekasam sangat popular.

It's okay but I think I will stick to my Ikan Pekasam. By the way my niece kata Ikan Pekasam Talapia or is it ikan keli, sedap sangat. Dwan, Kjee nak!!! Apa rahsia kak hang buat Ikan Pekasam sedap sangat?!!!!







PERGINYA TAK AKAN KEMBALI

YANG HADIR ZIARAH SEORANG LAGENDA

$
0
0


Zaini Sattar, adik Allahyarham





AR Badul dan isteri
Mat Over dan Rahim Jailani


Nassier Wahab



Guru Vokal Siti Hajar

Hans Issac


A Galak

Dato M Nasir


Dato Hattan

Dato Zulkifli Nordin

Datuk Sarimah dan Halil Chik



Dian P Ramlee

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Jailani Johari 

Dato Jailani dan Datuk Johan Jaafar TV3




Ogy Ahmad Daud


Dato Mustafa Maarof

Harun Salim Bachik



Rahim Jailani, Mior Hashim Manap, Mustafa Maarof dan Anrwadi Jamil Sulong

WAJAH KESEDIHAN FAUZIAH AHMAD DAUD

AKU DAN ABANG AJIS SATTAR

$
0
0






Abang Ajis bersama Mak Nani. Itu pertemuan terakhir Kjee dengan Allahyarham




Kjee mengenalinya sejak dilahirkan ke dunia ini dan faham apa itu wayang Melayu. Kjee akan diheret sama tengok wayang-wayang hitam putih walaupun berusia setahun jagung. Tak kesahlah wayang Melayu apa, kerana itulah sahaja bentuk hiburan yang ada ketika itu. Kena ikut sebab tiada siapa yang nak jaga kat rumah kalau mak dan bapak nak pergi tengok wayang!

Kjee tak tahu berapa ratus kali Kjee tengok filem-filem komedi Melayu hitam putih dari panggung hingga ke TV. Tak pernah putus dengan tawa hilai berbanding tengok filem-filem komedi dewasa ini!

Mana sangka apabila sudah tamat sekolah, Kjee jadi wartawan. Wartawan hiburan pulak tu. Lantas makin dekat Kjee dengan seniman dan seniwati veteran Studio Jalan Ampas yang Kjee kagumi sejak dulu.

Kjee tak sempat kenal dekat dengan Allahyarham P Ramlee kerana sebaik sahaja Kjee jadi wartawan, tahun itu jugaklah beliau meninggal dunia. Tetapi banyak cerita kisah hidup Allahyarham P Ramlee yang Kjee dapat apabila mengenali Abang Ajis Satar. Yang boleh siar dan yang kena censored!

"Eh kok kau panggil aku Abang? Agaknya umur aku dah sama dengan bapak kau!" Masih terngiang-ngiang ditelinga Kjee dia 'mengherdik' Kjee ketika kami mula-mula kenal dulu. Kalau tidak silap Kjee masa Kjee pergi buat tugasan cover filem lakonan beliau.




Kjee telah 'dilatih' untuk memanggil artis veteran sebagai abang atau kakak supaya mudah nak dapat story. Kalau panggil makcik/pakcik haram boleh didekati... pesan beberapa wartawan senior Kjee ketika itu. Tapi, Kjee peduli apa. Masih panggil dia Abang hingga last jumpa beliau September lalu. Hehehe.

Anyway, Abang Aziz memang mudah didekati. Orangnya kecil molek dan sentiasa kemas walaupun ketika mengarah filem di tengah-tengah panas terik. Fesyen pilihannya adalah kemeja lengan panjang yang berbutang di lengan, seluar tempah ber'side' tajam yang sentiasa bertali pinggang, bersetokin dan kasut yang kilat.

Orang kata malang tak berbau, rezeki pun kita tak boleh jangka. Satu hari budak Abang Ajis call Kjee dan tanya samada berminat tak berlakon satu drama swasta. Masa itu RTM baru sahaja swastakan drama mereka. Judulnya JALAN SERIBU LIKU. Kjee berlakon di sisi Harun Hashim. Dia jadi abang dan Kjee jadi adik yang terencat akal.

Masa berlakon drama inilah Kjee baru kenal rapat dengan Abang Ajis. Mungkin sebab Kjee wartawan, Abang Ajis banyak bercerita mengenai zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas. Dan matanya bergenang setiap kali bercerita mengenai P Ramlee dan juga S Shamsuddin.

Baru Kjee tahu yang Abang Ajis ini seorang yang mudah mengalirkan airmata. Justru selepas itu, Kjee elak tanya pasal P Ramlee kalau berbicara dengan Abang Ajis.

Banyak Kjee belajar dari Abang Ajis. Satu mengenai amalan hidupnya. Dia tidak pernah minum air berais dan tidak pernah tidur di siang hari.

"Kau jangan tidur tengah hari tau. Nanti cepat gemuk dan jadi pelupa." Hmmmm.



Selain insan yang mudah mengalirkan airmata, Abang Ajis jugak boleh tahan penakut orangnya. Setelah berlakon Jalan Seribu Liku arahan Abang Ajis, Kjee hanya bertemu sekali sekala dengan beliau ketika menjalankan tugas sebagai wartawan hiburan.

Kalau jumpa, mesti perbualan kami diselangseli dengan tawa hilai. Memang Arwah gemar berbual sambil selitkan kata-kata lucu.

Kjee kemudian dipelawa lagi berlakon dalam drama Mertua arahan Abang Ajis. Oleh kerana skrip itu Kjee yang hasilkan, maka Abang Ajis kata eloklah Kjee berlakon sama. Pelakonnya masih Harun Hashim dan juga Sofia Jane serta Sophia Ibrahim. Lokasi penggambaran rumah utama di sebuah villa indah di Janda Baik, Pahang.

Malam itu, malam Rabu. Kjee ingat lagi sebab setiap malam Rabu ada tayangan slot filem P Ramlee. KJee bawak sekali Nadia masa shooting sebab umurnya dalam lingkungan tiga tahun. Belum bersekolah.

Ketika kami tonton filem P Ramlee kat TV malam itu, audio TV dimatikan kerana tidak mahu ganggu shooting berhampiran sudut lain. Tetiba kilat berdentum dan karan padam. Blackout. Seram jugak sebab villa itu ditengah-tengah hutan.

Kemudian ada karan balik. Kami sambung tengok TV (audio masih dimatikan) dan Abang Ajis sambung shooting. Tetiba Abang Ajis jerit.

"Hey korang tak reti-reti ker kitaorang tengah shooting! Kenapa pasang audio TV?"

Nadia terus peluk Kjee. Tak pernah tengok Atuk Ajis marah. Kami berpandangan. Mana ada bunyi audio. Sejak mula shooting tadi kami tak pasang audio TV, kata Kjee.

Abang Ajis rampas headfon dari soundman. Dia dengar. Kemudian wajah dia berubah. Dia pass kat Penolong Pengarah. Kjee pergi ke Abang Ajis. Dia pass headfon. Ada bunyi... bunyi pompuan mengilai!!! Ewah ini sah-sah bukan dari TV!

Kemudian salah seorang crew yang ada bisik perlahan. "Mungkin datang dengan kilat tadi!" Muka Abang Ajis pucat. Kemudian sambung shooting sampai tengah malam. Lepas tu wrap.

Sejak beberapa hari yang lalu, Kjee serta semua perempuan baik artis mahupun crew tidur dalam villa utama. Abang Ajis jugak tidur dalam rumah ini seorang diri di ruang tamu. Yang perempuan tidur bersusun ala Jepun dalam satu bilik yang sangat luas. Budak crew pulak tidur di satu rumah lain tidak jauh di belakang villa utama.

Tapi apabila budak crew hendak bersiap balik ke rumah mereka, Abang Ajis tahan mereka.

"Malam ni korang tidur sini sajalah. Esok pagi-pagi aku nak shoot scene subuh luar rumah ni." Semua budak crew terpinga-pinga. Hari lain boleh kenapa pulak malam ni tak boleh?

Kami yang perempuan masuk ke bilik sambil senyum. Baru kami tahu abang Ajis penakut. Takut nak tidur sorang-sorang kat ruang tamu villa 3 tingkat itu. Hehehe.








Abang Ajis menghabiskan sisa-sisa usia dengan berlakon. Mungkin sudah tidak larat lagi untuk mengarah. Beliau pernah juga memberi tips kepada Kjee cara menulis skrip mengikut format yang betul.

Apabila Kjee jugak sudah memasuki era warga emas, Kjee seringkali bertemu Abang Ajis di pertemuan artis-artis veteran. Apabila Dato Ismail Hudson meninggal, Abang Ajis diangkat sebagai Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

Ketika last jumpa Abang Ajis di Majlis Hari Raya persatuan itu di Kelab Sultan Sulaiman, September tahun lepas, Abang Ajis hadir seorang diri. Nampak agak uzur dan tidak pasti samada beliau gagahkan jugak diri untuk hadir semata-mata tidak mahu mengecewakan anak-anak seni yang diundang. Kjee kata demikian sebab di siang hari yang tidak sejuk, beliau mengenakan baju sebanyak 3 lapis. Seperti biasa, Kjee mengucup tangannya. Pandang tepat wajahnya dan senyum.


Abang Ajis sampaikan sumbangan kepada aktor Karim Latiff yang uzur

"Eh tadi aku nampak kau masuk dewan naik kerusi roda. Ini dah boleh jalan." Kjee senyum. "Saya bangun dan jalan perlahan-lahan sebab nampak Abang Ajis." Wajahnya berubah. "Eh jaga-jaga langkah. Nanti jatuh susah."

Kjee amat-amat bangga beliau pergi di usia 89 tahun. Bangga kerana pandai beliau menjaga kesihatan sehingga mampu mencapai usia itu.

Semalam, Kjee hanya tunggu di perkarangan surau di Bandar Hussein Onn, Cheras. Ada dua sebab. Satu kerana Kjee tak sihat dan datang menaiki kerusi roda. Dan dua, kerana Kjee tak sanggup untuk menatap wajah beliau ketika sudah tidak bernafas lagi.

Kalau boleh mahu kenang Allahyarham hingga ke nafas akhirku tidak ubah seperti wajahnya di kali terakhir Kjee bertemu dan mengucup tangannya 9 bulan lalu.

Al Fateha.



Nadia bersama Atuk Ajis ketika menziarah jenazah Arwah Latiff Ibrahim


Keletihan ketika arah drama Mertua

Satu function di Finas

Sampul duit raya sumbangan persatuan




MASAK LEMAK PEDAS PUCUK DAN BUNGA BETIK

$
0
0






Pahit tak? Memanglah pahit. Sapa yang tak tahu pucuk betik tu pahit! Kjee selalu garu kepala apabila Kjee masak guna bahan asas pucuk betik, ada sahaja yang macam geli geleman tanya: "Tak pahit ker?". Nak manis korang makanlah halwa atau telan sekilo gula!

Pahit bagi Kjee adalah ubat. Yang manis tu penyakit. Justru Kjee sangat-sangat suka makan sayur-sayur yang pahit. Tapi apa kan daya dah ada keturunan pengidap kencing manis dalam keluarga. Dan Kjee pun terpaksalah juga tergolong dalam species tersebut.

Anyway, dah beberapa hari Kjee ajak UnclePali pergi cari pucuk betik. Nak rebus buat ulam bersama sambal belacan ataupun nak buat kerabu.

Dalam kami ronda-ronda kat kawasan yang seringkali kami cari pokok betik untuk diambil pucuknya, hari ini ada rezeki pulak bertemu jugak bunga betik. Taklah banyak sangat dalam secekak. Pucuk betik pulak adalah dalam dua cekak.

Masa nak balik, tetiba teringin pulak nak masak lemak cili padi pucuk betik bersama bunga betik. Sesuatu yang mungkin tidak pernah Kjee buat tetapi ada jugak makan di Restoran Minang milik Man di Paya Jaras.

Balik rumah, Kjee petik, cuci dan rebus sampai lembut. Kemudian tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Dah halus, masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar-kasar. Lagi banyak cili padi lagi sedap.

Masukkan bahan-bahan tumbuk dalam periuk bersama santan. Biar mendidih. Kemudian daun serta bunga betik yang telah direbus hingga lembut, ditoskan perah airnya dan masuk ke dalam santan mendidih tadi. Bubuh sedikit garam dan satu asam keping.

Dah elok sebati masaknya, Kjee taburkan sehelai daun kunyit yang telah dimayang halus. Gaul rata dan siap.

Sedap. Kalau ada yang takut pahit, masa rebut pucuk betik tu, bubuhlah garam banyak-banyak. Apabila sudah lembut, cuci bawah air paip sampai hilang masin. Itu petua nak bagi hilang pahit selain cara orang dulu-dulu yang rebus bersama daun senduduk.

Yang masih tanya pahit ke tidak, senang jer Kjee jawab. Pahit so korang tak payahlah makan. Hehehe.








CLUB SANDWICH DARI BAHAN LEFTOVERS

$
0
0







Kjee suka sangat makan Club Sandwich kalau makan di hotel atau pun restoran. Tapi jarang-jarang sekali buat sendiri walhal ia sebenarnya macam sandwich biasa tapi dibuat bertingkat-tingkat. Kekadang tiga lapis dan kekadang empat lapis.

Kjee buat tadi guna home made bread. Entah apa mimpi malam tadi, sebaik Kjee beritahu Nadia Kjee nak makan roti Benggali atau roti paun, cepat-cepat dia buat.

Ala tak susah pun buat sebab Nadia guna Noxxa Breadmaker. Kalau guna breadmaker jenis ni, tak payah nak susah-susah uli bagai. Masukkan tepung dan bahan-bahan dalam gadget tu, lepas sejam siaplah roti.

Pagi tadi UnclePali buat telor separuh masak tenggek atas roti bakar.







Kemudian, untuk lunch, Kjee buat club sandwich pulak sebab petang ni nak gi makan Nasi Arab dan Ayam Kuzi kat Wadi Da'Wan.

Selalunya orang buat Club Sandwich guna bahan-bahan berbaki atau leftovers. Dalam peti ais ada berbaki dada ayam goreng, ada sekeping jer cheese slice. So Kjee rebus dua biji telor hingga ¾ masak dan lenyek-lenyek.

Kalau korang nak bubuh serunding daging ataupun rendang ayam pun okay. Tapi kena cari-carik dulu ayam tu.

Tadi, Nadia grill empat keping roti yang telah disapu butter hingga garing.

Lepas tu, Kjee sapu mayonaise pada tiga keping dan dialas dengan salad. Kalau tak ada salad, timun yang dihiris nipis pun okay. Kemudian pada setiap satu keping, disusun lah apa bahan yang ada seperti ayam, telor atau cheese. Setiap lapis hanya satu jenis bahan sahaja.

Selepas itu, susun ketiga-tiga keping itu. Akhir sekali letak satu keping roti bakar kosong. Cucuk dengan pencucuk gigi atau lidi dan potong perlahan-lahan.

Boleh jugak curahkan sos cili atau apa juga sos seperti Thousand Island pada setiap lapisan kecuali lapisan paling atas. Selamat makan. Hehehe.













SAYANGI IBU SELAGI DIA MASIH ADA

$
0
0




Binatang rasanya, lebih tahu sayang dan melindungi anak-anak mereka dari sebilangan manusia yang bergelar ibu. Hiba membaca berita anak baru lahir dibuang dalam mangkuk tandas, sungai dan juga Mesjid!

Moga di hari ini, korang insaf. Sedarlah satu nanti, anak yang bakal kau lahirkan kelak, akan membuang mu.

SAMBAL SOTONG BERSAMA PETAI

$
0
0







Pada Kjee, seafood paling sukar untuk dimasak ialah sotong dan udang. Terlebih masak ia akan menjadi liat. Hari tu Kjee tengok chef mana ntah masak kat Asia Food Channel, katanya masak sotong tak perlu lama. Dalam 4 atau 5 minit sahaja.

Oppps 4 atau 5 minit? Alahai kekadang Kjee masak sampai 20 minit. Sebab itulah sotong atau udang yang Kjee masak bila makan, rasa liat macam makan 'selipar Jepun'.  Hehehe gurau jer. Giler ke nak makan selipar Jepun!

Anyway, hari ini Kjee cuba ikut saranan chef mat salleh tu. Kjee goreng dulu petai sampai separuh masak dan keluarkan. Oppps Chef tu tak ajar buat sambal petai tau. Kjee hanya ikut saranan chef tu agar tidak masak sotong lama-lama sangat. Hehehe.

Ok oleh kerana Kjee nak buat sambal sotong bubuh petai, Kjee goreng dulu petai yang telah dikopek kulitnya. Nadia suka cara ini kerana katanya petai tak rasa mentah.








Selepas goreng petai dan diketepikan, Kjee tumis pulak bahan-bahan tumbuk seperti bawang merah (Kjee guna bawang besar), bawang putih dan sedikit belacan. Tumis hingga wangi kemudian Kjee masukkan cili kisar.

Goreng guna api perlahan sehingga pecah minyak. Kemudian Kjee masukkan kembali petai goreng separuh masak tadi. Lepas tu bubuhlah garam dan sedikit gula. Masak lagi selama 5 hingga 10 minit. Kemudian rasa. Oppps lupa lak...campak juga satu asam gelugor. Kalau nak letak sebiji bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat boleh jugak lah.

Apabila sambal sudah cukup masak, masukkan sotong yang telah dibersihkan dan ditos airnya. Kacau hingga sama rata selama 4 atau 5 minit sahaja. Kemudian cepat-cepat matikan api.

Kjee ambil sudu dan rasa. Sotong itu memang lembut dan moist atau lembab. Sedap sangat. Taklah liat macam selalu Kjee buat.

Oklah tu. Lain kali boleh cuba kaedah yang sama apabila masak udang pulak ya.





SAJIAN PETANG KARIPAP SARDIN

$
0
0





Inilah kerja Kjee apabila kebosanan melanda. Bukan Kjee makan tapi buat stok untuk minum petang. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Senang kalau ada tetamu datang mengejut.

Mujur beberapa hari lepas Kjee buat stok karipap sardin. Pagi tadi Kjee goreng banyak-banyak buat bekal MIL dan konvoi yang menghantar beliau ke airport untuk ke Tanah Suci.

Karipap adalah antara kuih muih tradisional Melayu yang sangat digemari keluarga Kjee. Biasanya arwah bonda buat karipap daging atau ayam. She makes the best currypuffs in the world. Suka sangat inti karipap dia yang sampai sekarang Kjee tak pernah rasa orang lain buat!

Malangnya, Kjee tak sempat nak belajar buat karipap dari arwah mak. Semuanya kerana tiap kali beritahu dia nak makan karipap, ianya pasti sudah tersedia di meja. Alhamdullilah Kjee dapat follow jejak langkah arwah Mak. Bukanlah karipap yang Kjee buat tu sedap tapi apabila suami atau anak sebut sahaja nak makan, sepantas kilat Kjee cuba adakan, sekiranya sihat.

Nak tahu macam mana cara Kjee buat karipap, sila intai di SINI.

Kalau dulu-dulu Kjee buat karipap untuk disimpan beku, Kjee goreng separuh masak, sekarang Kjee dah tak buat camtu lagi. Boleh tengok SINI pulak kalau nak tahu cara yang mudah dan rasanya segar apabila digoreng selepas dibekukan. Rasanya kurang segar jika digoreng dulu separuh masak dan disimpan beku.




DAH BOLEH ORDER PAI AYAM ATAU KUIH BAKAR AYAM

$
0
0


Add caption

Inti yang mewah




Kjee dapat banyak permintaan untuk pie ayam. Sebenarnya bukan Kjee tak nak buat tapi...ehhh kenapa yer? Ohhh sebab Kjee kureng rajin nak cincang-cincang isi ayam. Kalau daging, Kjee either beli daging kisar atau Kjee kisar sendiri guna gadget manual.

Ramai pujuk Kjee kata nak jamu kengkawan yang tak makan daging kat opis. Yalah kalau buat jamuan pastu hidang makanan yang ada daging, pasti sebilangan opis mate kaum India dan juga Cina tak boleh makan.

Kerana itu, Kjee akan buat mini chicken pies selepas ini. Harga sama iaitu RM3.50 dan order minima 12 biji. Begitu jugak dengan kuih bakar. Kalau ada permintaan Kjee boleh jer buat.

Yang berhajat boleh sms 0126780501. Tapi, TIADA PENGHANTARAN. Kena amik sendiri di stesyen minyak BHP Taman Melawati pada masa dan waktu yang ditetapkan.


Sebiji RM6 dan order minima 3 biji


Mewah dengan inti

BUBUR BUTIR NANGKA IDAMAN HATIKU

$
0
0







Masa Kjee mengandungkan Nadia dulu, kat rumah mesti ada stok tepung pulut dan santan kotak. Kalau tengah-tengah malam buta Kjee teringin nak makan Bubur Butir Nangka, Kjee sanggup bangun dan buat! Arwah bapak Nadia memang dah tak kuasa nak melayan. Naseb baik ada bibik untuk meneman.

Hari ni Kjee buat biji butir nangka ni kecik-kecik sikit. Hangin baik bolehlah gentel kecik-kecik. Kalau angin ribut dan topan melanda, tu diaaa aku buat sebesar guli. Hehehe.

Actually dah lama Kjee tak buat bubur manis. Korang mesti perasan Kjee asyik buat kuih muih savoury sahaja. Maklumlah nak jaga kesihatan.








Tetapi semalam Kjee memang teringin sangat nak makan bubur butir nangka ni. Bila geledah pantry tak jumpa tepung pulut, punyalah kecewa. So pagi tadi tepung pulut topped my shopping list. Jugak santan kotak. Maleh lah pulak nak perah santan.

Kjee buat tiga warna seperti biasa. Dan kali ini Kjee bubuh sedikit soft brown sugar. Maka jadilah bubur yang tidak manis tetapi sangat sesuwai dengan tekak Kjee.

Penghuni lain dalam rumah Kjee tak suka makan so tadi Kjee buat setengah peket jer tepung pulut bersamaan lebih kurang 250 gms. Kalau buat banyak-banyak karang bahaya sebab Kjee sorang kena perabis! Letak garam sikit dalam tepung. Air main agak-agak jer. Sebaik dah boleh dibentuk macam bebola, okaylah.

Pastu jerang air dan gentel bulat-bulat. Masa nak masuk dalam air yang dah mendidih, penyekkan sikit. Alamak baru teringat resipi dah ada sebelum ni. So korang intai jer kat SINI yer.

Oh ya ada orang panggil Bubur Biji Nangka jugak tau. Kalau tak silap, orang tu was my late mum. Hehehe.





KAU PERGI JUA ADAM AHMAD ALFATEHAH


BESAR NANTI JADI PELAWAK YA, ANAKKU

$
0
0

Zizan dah lama jutawan?


Sepuluh tahun, dua puluh tahun malah 30 tahun lalu, cukup mustahil bagi kita membayangkan seorang pelawak boleh jadi jutawan hanya dengan melawak. Masa tu mereka hanya harap untuk dapat durian runtuh seperti menang loteri, kalau nak jadi jutawan.

Justru tiada seorang pun parents akan tanya soalan ini kepada anak-anak mereka. "Besar nanti jadi pelawak, ya anakku!". 

Rata-rata dulu-dulu, ibu dan ayah amat bangga kalau anaknya dapat kerja gomen atau jadi askar atau polis. Terjamin masa depan. Jadi 'ahlil muzik'? Ohh jauh panggang dari api. Mana ada karier sebagai 'ahlil muzik' boleh jamin masa depan.

So korang ingat ada parents yang nak suruh anak mereka pilih karier sebagai pelawak? Oh tidak!! Lawak sangatlah tu!! Langkah mayat bapak dulu kalau kau nak jadi pelawak! Mana ada pelawak zaman aku yang senang, yang kaya raya, kata si bapak.

Tapi hari ini lain story nya bapak oi!!!  Sejak empat atau lima tahun lepas, ramai rasanya sudah simpan cita-cita nak jadi pelawak. Semuanya pasal stesyen TV swasta yang tawarkan hadiah beratus hingga berjuta ringgit sebagai habuan kalau menang pertandingan lawak.

Tak cukup dengan wang ratusan ribu ringgit, diberi jugak kereta mahal dan tawaran muncul di TV untuk rancangan lawak. Berlakon filem dan drama, berlakon iklan, jadi Duta mi segera dan macam-macam lagi. Omputih kata The Sky Is The Limit. Selagi adalah!



Pasangan lawak tanahair paling ngam


Semalam Kjee terkejut baca berita Zizan Razak mungkin telah diikat sebanyak RM2-juta sebagai artis eksklusif Astro. Nama saja eksklusif tapi dia masih boleh jadi pengacara Melodi di TV3 dan mungkin jugak boleh kekal jadi Duta mi segera dan Duta cekelat yang ranggup dan sedap serta mahal tu.

So, berapa agaknya nilai Zizan Razak sekarang? RM10-juta? RM20-juta. Tak mustahil tu. Kat TV3 tak tau berapa dia dapat. Jadi Duta mi segera pulak entah berapa dan begitu jugak dengan Duta cekelat ranggup sedap mahal tu.

Anyway, kemampuan Zizan untuk menjadi Jutawan dalam masa mungkin tak sampai 10 tahun, harus membuka mata mereka yang bercita-cita nak anak jadi doktor...jadi loyar... Ala berapa sen sangat gaji doktor dan loyar berbanding dengan pelawak!

Tak mustahil 10 tahun lagi, ada doktor dan loyar naik motor kapcai jer. Sampai di trafik lights, vrroooom pelawak pecut nak Ferari.

So renung-renungkanlah. Hehehe.


Ni aku punya...kau ader?

ROTI JALA MENGAMIT KENANGAN

$
0
0




Kenapa pulak makan roti jala mengamit kenangan? Hmmm kalau tidak kerana Roti Jala, agaknya Kjee tidak akan ada kenangan menjadi peniaga.

Kjee pasti ramai pelanggan Kjee di dua food court di Taman Melawati sekitar tahun 2004-2010 boleh bagi testimoni Roti Jala yang Kjee jual. Walaupun hampir 4 tahun Kjee berhenti meniaga di Medan Selera Taman Melawati, masih ada yang hantar mesej di handfon, nak order.






Sedap ke tidak, tak tahu lah Kjee tapi setiap hari, UnclePali akan 'bersilat' buat Roti Jala di dapur kecil di food court tempat kami meniaga. Kalau hari biasa taklah banyak sangat kami buat melainkan ada order. Tapi kalau di hujung minggu, kekadang sampai 9 kilo tepung! UnclePali akan guna 4 dapur sekali gus!

Masa itu guna acuan plastik yang bulat tu. Acuan lenggang. Memang cepat kalau guna itu untuk meniaga. Tapi kalau guna acuan botol bermuncung 3 tu, UnclePali siang-siang angkat tangan, surrender.



Botol acuan Roti Jala. Sms 0126780501 kalau minat
Ini acuan lama Kjee guna untuk niaga - ehsan google


"Acuan botol 3 muncung tu hanya untuk buat Roti Jala makan sendiri. Slow sikit kalau guna acuan botol," kata UnclePali.

Tetapi guna botol, dapur bersih dan tak lecak. Kjee ada jual kalau korang minat.

Tahu tahu apa yang buat Roti Jala sedap selain adunan tepungnya? Mestilah kari. Kalau karinya cair, sure tak sedap. Kari untuk makan dengan Roti Jala mesti pekat. Masa kita cicah Roti Jala ke dalam kuah kari, ia mesti melekat terus kepada Roti Jala.







Begitu jugak kalau nak makan Roti Jala dengan Kuah atau orang Perak panggil Serawa Durian. Kuahnya mesti pekat dan likat. Kalau tidak, macam cicah Roti Jala dalam air teh atau kopi.

Ada customer tanya macam mana Kjee buat kari pekat. Yenna dey... letaklah rempah lebih! Kalau nak 'kemut' rempah, tak dapek den nak nolong.

Korang nak resipi Roti Jala? Klik SINI.





KENANGANKU BERSAMAMU GURU

$
0
0















Ingatan Kjee ketika Hari Guru ketika di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak cukup samar-samar. Zaman itu - lewat 60-an, tiada sambutan Hari Guru seperti sekarang ini.

Kami semua tahu 16 Mei adalah Hari Guru. Apapun, Kjee tak ingat samada ia disambut dengan pelbagai aktiviti yang membabitkan penyertaan guru. Hanya Kjee ingat bagaimana seorang kawan kami H, tetiba datang ke sekolah dan bawak hadiah untuk guru kami.

H taklah mesra alam di kelas. Banyak menyendiri dan suka 'mengampu' cikgu. Pagi-pagi dia akan datang kelas, lap meja cikgu, bersihkan papan hitam dan jugak tolong cikgu angkat buku-buku latihan kami ke bilik guru atau ke kereta cikgu. Kami pandang saja sambil angkat kening. Hehehe kecik-kecik pun kami ada sifat macam tu.

Pada pagi 16 Mei tu, cikgu masuk kelas sepeti biasa. H dengan bangganya pergi ke cikgu sebaik cikgu duduk dan berikan hadiah dan ucap Selamat Hari Guru. Cikgu agak terkejut. Senyum dan terus bukak hadiah. Terkejut besar kami apabila tengok hadiah yang diberikan H adalah sebuah tabung katak!! Tabung duit syiling.

Kami semua ketawa berderai-derai. Muka cikgu merah padam. Cikgu marahi kami. Katanya, pemberian H menunjukkan keikhlasannya!

Dan pagi ini ketika Kjee tengok News Feed Kjee di Face Book, Kjee ternampak satu status dari Puan Suhaili Anita Ali. Tengok screen capture status Puan Suhaili, seorang guru Sains Tahun 3 di sebuah sekolah di Pulau Pinang, dibawah.







Kjee menjadi sebak membaca status Cikgu Suhaili. Ketika itu, Kjee dalam kereta menunggu UnclePali masuk bank. Sebaik sahaja UnclePali masuk kereta, Kjee tunjukkan kepadanya status Cikgu Suhaili dan menangis.

Terus Kjee teringat zaman persekolahan dulu apabila Kjee dan kawan-kawan dimarahi guru kelas kerana mentertawakan H yang memberinya hadiah Tabung Katak!

Kjee pasti anak murid yang beri hadiah Roti Canai yang dibungkus siap dengan kuah kari itu, benar-benar ikhlas. Pasti beberapa hari sebelum itu, murid itu dah dengar kawan-kawannya sibuk memikirkan apa hadiah yang akan mereka berikan kepada cikgu.

Dan adik seorang ini jugak tidak mahu ketinggalan menghargai pengorbanan cikgu nya. Cikgu Suhaili kata hadiah itu dari seorang anak muridnya yang 'sederhana hidupnya'... Masih beralas Cikgu Suhaili. Tidak mahu katakan yang murid itu 'anak orang miskin' dan tidak mampu membelikannya hadiah setaraf murid lain.

Kalaulah sekolah adik itu di Kuala Lumpur, teringin rasanya Kjee nak menemuinya dan memeluknya!

Guru tidak pernah meminta pengorbanan mereka dibalas dalam bentuk hadiah dan sebagainya. Kjee pernah terbaca kisah seorang guru di sebuah sekolah di pendalaman Sarawak, dapat hadiah buah-buahan yang memenuhi kereta Kancil beliau, di Hari Guru. Ada nangka, rambutan, jambu dan sebagainya. Sweet sangat!

Hadiah tidak ternilai bagi seorang guru adalah tanda Hormat anak murid. Dan jugak satu lagi hadiah yang mampu membuat dia menangis ialah apabila anak didiknya mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajarannya!

SELAMAT HARI GURU


Ms G Kumar, my English teacher at Air Panas Girls School



BURGER AYAM ROTI PITA

$
0
0









Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain lebih murah, ia dijamin bersih dan halal.

Sejak akhir-akhir ini, Kjee lebih suka makan ayam daripada daging. Nasib baik kan di usia-usia begini kita tolak sikit demi sedikit daging merah. Bukan lah Kjee tak makan langsung. Berdosa menipu. Sekali sekala tu adalah, tapi tak sekerap dulu.

Dua hari lepas, Kjee mintak UnclePali beli ayam kisar Ramly. Sebenarnya elok dikisar sendiri guna apa jua pengisar. Ataupun dicincang. Kjee ada yang jenis lama iaitu pengisar zaman dulu-dulu dan jugak food processor. Tapi tetiba tak rajin pulak nak kisar sendiri.

Kjee juga suruh UnclePali beli pita bread yang ada jual di sesetengah supermarket atau bakeri. Dah lama tak makan burger guna pita.

Burger ni UnclePali buat lepas balik solat Jumaat semalam. Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, UnclePali suruh Kjee duduk diam-diam. Kjee layan TV sorang-sorang pastu sedar-sedar ada bau yang sangat sedap di dapur.

Kjee bingkas ke dapur tolong UnclePali siapkan salad walaupun dihalang. Kjee dah ada plan nak buat salad ikut gerak hati.



























Mula-mula Kjee potong dadu timun Jepun. UnclePali dah terbuang kulitnya sebab itu dalam gambar nampak cam apple kan? Kalau buh apple pun sedap. Masam manis. Lepas tu, Kjee dadu buah tomato selepas buang bijinya. Kjee satukan tomato dan timun dalam mangkuk dan gaulkan bersama sos Thousand Island dan sedikit mayonaise. Tepikan.

UnclePali grill pita atas grill pan. Pastu bila dah sejuk sikit Kjee potong dua.

Sementara itu UnclePali grill burger ayam. Kjee tak tahu apa dia campur dalam burger ayam tu, sampai Kjee rasa. Aikkk sedap laa. Bubuh apa bang? UnclePali sengih.

"I bubuh lada hitam, garam, sedikit serbuk paprika dan.... biskut crackers. I tak jumpa breadcrumbs. So I ramas jer biskut kering sampai hancur. Pastu I bentuk bulat-bulat dan leperkan. Okay ker?" tanya dia macam risau.

Eh apa pulak okay. Sedap sangat!!

Kjee kemudian belah satu keping pita yang telah dipotong dua. Letak salad dan sumbatkan sedikit timun dan tomato fresh campur Thousand Island dan mayo. Kemudian masukkan sekeping burger ayam. Curah sos cili kalau suka.

Itulah lunch kami suami isteri. Boleh cuba kalau suka.




SELAMAT PENGANTIN BARU MAK MAH

$
0
0
Selepas nikah. Foto ehsan mStar









Pelakon veteran Hajah Ruminah Sidek aka Mak Mah selamat dinikahkan bersama suaminya Haji Al Fatah pagi tadi. Persandingan kedua mempelai itu dilangsungkan selepas mereka bernikah dan dihadiri lebih 3,000 jemputan di Meru, Kelang.

Semoga perkahwinan Mak Mah dan Pak Al Fatah kekal hingga ke nafas akhir, Insya Allah. Ameen.



Pengantin bersama pelakon Nor Azifah dan suami

A R Badul anak tiri Mak Mah

Kak Norlia dan Rozita Rohaizat (kiri)

Hjh Aspalela Abdullah, Kak Norlia bersama pengantin baru

Viewing all 1832 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>