Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live

CROISSANTS INTI TUNA

$
0
0





Kalau pergi ke bakeri Kjee suka sangat cari roti ataupun croissants. Boleh simpan untuk dibuat sandwich untuk breakfast atau pun minum petang.

Croissants, misalnya boleh di simpan dalam bekas kedap udara dalam freezer selama seminggu. Apabila hendak digunakan, panaskan seketika dalam microwave oven ataupun oven biasa. Ia akan menjadi lembut sangat. Malah, sedap dimakan begitu sahaja.

Hari ini Kjee balik dari Mesjid Al Ghufran setelah menziarahi jenazah Allahyarham Dato Jamil Sulong, terasa lapar pulak sementara tunggu UnclePali gi Solat Jumaat. Apabila dia balik, kami akan ke Kampung Janda Baik pulak untuk urusan pengkebumian.



Kalau tak reti buat sendiri, beli jer lah



Kjee bukak peti ais, tiada apa yang menarik. Kemudian ternampak croissant yang dibeli di Eon Big hari tu. Ada 4 biji. Kjee panaskan dua. UnclePali segera bukak dua tin kecik Tuna. Yang ada mayo untuk Kjee sebab sekarang kerana kurangkan makan pedas dan Tuna Cili untuk dia,

Mujur ada salad dan tomato. Maka inilah hidangan kami untuk alas perut sementara tunggu UnclePali balik solat. Kalau lapar nanti, balik dari Kampung Janda Baik, bolehlah singgah lunch.

Senang jer nak buat sandwich croissant ni. Just belah tepi (jangan sampai putus), letak salad, tuna dalam tin pilihan anda dan jugak tomato. Kalau tak suka tuna yang dah tersedia itu, bolehlah buat inti sardin yang dicampur bawang, cili dan jugak perahan jus lemon atau limau nipis.







TAK PAYAH KE SYRIA, BERJUANG DI TANAH AIR DULU!

$
0
0




HULU TERENGGANU: Rakyat Malaysia khasnya belia harus memahami konsep jihad sebenar mengikut Islam sebelum membuat keputusan untuk berjihad di Syria sebagaimana yang disiar di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata generasi muda perlu berfikiran jauh agar tidak terpengaruh dengan fakta yang tersebar di laman sosial yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia.

"Ramai anak muda di Malaysia ini ingin berjihad di Syria, tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana untuk berjuang sedangkan di Malaysia juga mereka boleh berjuang dalam pelbagai bidang, jadi mereka perlu faham konsep terlebih dahulu sebelum berjuang.

"Sekarang ini, semakin banyak laman web dan blog menyiarkan pelbagai fakta menggelirukan rakyat Malaysia dan kita harap anak muda tidak cepat terpengaruh menerusi penyebaran di laman sosial berkenaan," katanya selepas menyempurnakan penyampaian pingat sempena Mesyuarat Agong Tahunan PV-ATM di sini Sabtu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Jailani meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya masih ada laman web yang cuba menggelirukan rakyat negara ini.

"Jika masih ada laman web yang wujud dengan cuba memutarbelitkan fakta, kita minta orang ramai tampil membuat laporan kerana kita tidak mahu orang ramai terjerumus kepada perkara yang tidak benar di luar sana. - mStar

TAHNIAH ZED ZAIDI. ANDA MASIH RELEVAN

$
0
0





















Pertikaman lidah dan kecuh sikit sebelum pengundian dijalankan











Ketika bersiap-siap untuk ke Dataran Finas untuk menghadiri Mesyuarat Agung ke-14, Persatuan Seniman Malaysia atau SENIMAN, hati Kjee bercampur baur.

Semalam, ketika Kjee sampai di Tanah Perkuburan Janda Baik untuk upacara pengkebumian Allahyarham Datuk Jamil Sulong, Kjee dihimpit oleh beberapa anak seni veteran. Masing-masing cuba mempengaruhi Kjee untuk memilih calon yang mereka mahu jadikan Presiden Seniman.

Kjee hanya senyum dan mengiayakan walaupun jauh di sudut hati, Kjee agak sedih melihat cara segelintir mereka yang menggunakan pelbagai taktik untuk meraih undi. Mereka terlupa agaknya yang mereka ini insan seni dan cara untuk 'berpolitik' harus berseni dan halus.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kjee cukup rajin berdamping dengan Seniman. Cuba hadir dalam setiap perjumpaan mereka, jika kesihatan mengizinkan. Kjee jadikan pertemuan dengan teman-teman seperjuangan sebagai satu terapi.

Maklumlah di usia emas dan seringkali tidak sihat, Kjee lihat ramai artis yang uzur jugak seperti Kjee. Hendak berlakon sudah tidak kena dengan usia dan kesihatan. Jadi, pertemuan sebegitu rupa boleh menimbulkan kembali kenangan yang cukup nostalgik dan manis.

Menjadi ahli Seniman sejak ia ditubuhkan, Kjee baru dapat merasai keindahan menjadi ahli hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Sejak Haron Salim Bacik menjadi Presiden, kemudian diambilalih oleh Zed Zaidi. Kjee rasa cukup senang dengan dua Presiden ini kerana Kjee baru dapat merasai kebajikan artis-artis veteran agak terbela.

Anyway, dipendekkan cerita, Kjee rasa ramai sudah tahu kenapa Mesyuarat Agong kali ini agak penting bagi kami anak seni. Sejak awal tahun ini, Seniman telah dibubarkan kerana masalah yang semua sudah tahu. Jadi, apabila persatuan dianggap tidak sah, maka satu pemilihan baru harus diadakan.

Okaylah. pagi tadi Kjee dan mungkin sebilangan besar mahu hadir sebab menjangkakan kekecuhan akan timbul. Pasti ada ada perang mulut dan sebagainya.

Ini pasport untuk mengundi


Kjee dan ramai hadirin hanya menjangkakan a two cornered fight. Tetapi rupa-rupanya ada pertandingan tiga penjuru. Terkejut Kjee apabila ternampak satu kelompok artis yang sebelum ini, jarang jarang hadir dalam sebarang majlis anjuran SENIMAN, muncul dengan membawa nama-nama seperti Afdlin Shauki, Sofia Jane dan juga Vanida Imran.

Two contenders yang asal adalah Datuk Mustafa Maarof dan Zed Zaidi. Sebilangan artis veteran, khabarnya mahu membawa Datuk Mustafa Maarof  'merampas' kembali jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ditewaskan oleh Harun Salim Bachik.

Dan sebilangan lagi yang veteran dan anak muda pulak mahu kepimpinan Zed Zaidi yang cemerlang diteruskan.

Undi dari artis veteran, sangat penting kerana merekalah yang mewakili sebahagian besar dari ahli Seniman. Dan sejak dua atau tiga pertemuan tahun lepas dan awal tahun ini, mereka telah menunjukkan sokongan sebulat suara kepada Zed Zaidi. Ini adalah kerana mereka sangat puas hati dengan cara Zed mengambil berat hal ehwal artis veteran.

Kjee tiba seawal 9 pagi, dan tidak tahu apa nak expect. Actually lebih risau jugak sebab Kjee seakan dapat hidu Zed akan tewas kepada Datuk Mus kerana ramai artis-artis veteran sudah duduk berkelompok di satu bahagian tempat duduk. Dan seorang dua yang Kjee nampak, adalah pengikut Datuk Mus. Apakah yang ramai-ramai tu pengikut Datuk Mus?

Dipendekkan cerita lagi, Mesyuarat bermula lebih sejam lewat dari yang dijadualkan. Maklumlah sudah menjadi resam artis, suka take their own sweet time dan pendaftaran agak perlahan.

Alhamdullilah, perang mulut yang dijangkakan tidak berlarutan dan pengundian dijalankan dengan lancar. Datuk Yusuf Haslam dan Jurey Latiff menjalankan tugas memastikan aturcara berjalan lancar.


Tahniah Zed dan Zack Kool. Gandingan yang mantap Insya Allah


Dan sebaik sahaja undian untuk Presiden diumumkan dan memihak kepada Zed Zaidi (109 undi) mengalahkan Datuk Mus (71 undi) dan Afdlin Sauki (66 undi). Kjee yang hampir sesak nafas menunggu keputusan diumumkan kembali bersemangat terutama sekali apabila Zack Kool dari kem Zed berjaya menjadi Timbalan Presiden.

Setiausaha dan Timbalan Setiausaha jugak menjadi milik kem Zed. Hanya Vanida sahaja berjaya menembusi benteng Zed apabila dia dipilih sebagai Bendahari. Kemenangan Vanida ini sudah diduga kerana beberapa minit sebelum kami buang undi, pelakon Kuna telah pergi berjumpa seorang demi seorang pengundi untuk memohon agar kem Afdlin diberi peluang menduduki satu kerusi teratas dalam pucuk pimpinan Seniman.

Bagaimanapun, untuk kerusi AJK, kem Afdlin berjaya menduduki 6 dari 7 tempat yang ada. Hanya Jamaludin Mat atau Abang Jem dari kem Zed dipilih.

Kemenangan Zed (tanpa perlu banyak lobi) adalah ekoran kecemerlangan beliau dalam memimpin Seniman sebelum kes Mahkamah (quote and unquote Harun Salim Bacik...6 J...Jahanam?) dan persatuan dibubarkan.

Satu pengakhiran yang baik walaupun pihak yang menganjurkan mesyuarat telah menyediakan ramai anggota RELA untuk mengawal keadaan. Hehehe.

Kami pulang dengan hati yang puas. Zed diberi kepercayaan untuk menjadi teraju Seniman. Mudah-mudahan dengan team AJK baru yang dikatakan cerdik pandai akan membawa Seniman ke tahap yang lebih baik, selepas ini.

Mudah-mudahan pemimpin-pemimpin muda yang dipilih tidak akan meminggirkan ahli-ahli veteran kerana mereka jugak akan menjadi veteran satu hari nanti.

Dan seperti biasa, sebelum beredar pulang, sessi beramah mesra, selfie dan bergambar bersama-sama.



bersama Arash Mohamad dan Datin Norzieka Faizal

Adam Corrie dan isteri

Seniwati Mariani 

Elly Suriati, Aznah Hamid dan Tantiana

Hamidah Wahab, Arifah Damanhuri, Normah Damanhuri dan Ani Jaafar


Aznah Hamid aka Mak Aliah dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Abang Jem sahaja yang berjaya kekalkan jawatannya sebagai AJK dari Kem Zed




Otai masih berbisa..pelakon dan juga produser Mummy Zarela dan Papa Rawi



STEW EKOR LEMBU BERSAMA GARLIC TOAST

$
0
0






Apabila kita bercerita mengenai ekor lembu, seringkali terlintas di fikiran Sup Ekor Lembu. Tak kiranya masak ala Thai ataupun Mamak. Ia memang sedap dan mahal. Semangkuk sup ekor ala Thai kini mencecah dari RM8 hingga RM12. Begitu jugak dengan sup ekor stail Mamak.

Kjee memang hantu sup ekor. Pernah beberapa tahun lalu, Kjee makan Sup Ekor ala Siam kat satu gerai di Taman Melawati. Masa order Kjee tanya samada ekor lembu tu dah elok lembutnya. Pelayan angguk. Okaylah kan.

Anyway, masa tiba satu mangkuk dihidangkan diatas meja, Kjee pun guna garfu nak cucuk isi ekor lembu dalam sup yang berasap panas dan nampak menggiurkan. Garfu yang Kjee gunakan bengkok! Menyirap darah sebab waiter tadi kata dah lembut.

Kjee panggil waiter dan tunjuk garfu yang bengkok. Waiter amik garfu dan berlalu! Dia kemudian datang dengan garfu lain!!! Ini kisah benar. Tanyalah Nadia.

Punya pantang nenek moyang Kjee kalau order sup ekor lembu dan dapat yang liat. Belum cukup direneh. Udahlah semangkuk bukan kecik anak punya harga. Hehehe sabor jer lah.

Dua minggu lepas, Kjee nampak Anwardi Dato Jamil (Sulong), post kat FB dia gambar-gambar dia dan keluarganya menikmati Sup Ekor disebuah Cafe di PJ. Hmmm Kjee pun tak buang masa lalu ke sana dengan Nadia dan Sham.

Sepanjang jalan, Kjee bayangkan Ox Tail Stew. Tetapi yang dihidangkan Oxtail Soup. Satu mangkuk claypot standard RM21. Kerana tamak dan dah lama tak makan di situ, Kjee order 3. One for each of us. Walaupun didatangkan dengan Garlic Bread, kami order lagi satu 'bakul' garlic bread. Dengan minuman kalau tak silap, bil kami RM100!






Kecewa sebab dalam fikiran dah plan nak makan Oxtail Stew, semalam Kjee ajak UnclePali ke Jaya Grocers di Intermark. Dan Kjee pun belilah fresh oxtail dari Australia. Hmmm harganya agak mahal. Patutlah satu mangkuk 2 atau 3 ketul kecik hari tu mencecah sampai RM21!

Malam tadi, Nadia tolong Kjee saute oxtail yang telah disalut dengan sedikit tepung hingga brown sekeliling dalam sebuah saucepan. Nadia guna Olive oil. Kemudian, menggunakan minyak gorengan yang sama, Nadia masukkan 2 labu bawang besar yang telah dibelah 4, satu batang celeri (besar dalam secekak) yang telah dihiris dan dua batang carrot yang dipotong sebesar jari manis.  Jugak dia kupas 4 biji kentang tapi itu masuk kemudian.

Setelah kira-kira 4 minit, Nadia alihkan ke periuk tekanan udara atau Pressure Cooker (PC). Kemudian dia bubuh air lebih kurang satu mug dalam kuali tumisan tadi, dikacau sehingga bersih saucepan dan dituang air itu ke dalam Pressure Cooker.

Kemudian dia letak semua ekor lembu yang telah digoreng tadi ke dalam PC. Dia kemudian tambah air hingga menutupi ekor lembu. Kemudian dia letak 2 helai bay leaf dan dua kiub daging. Rebus selama lebih kurang 25 minit atau sehingga puas hati isi ekor lembu tu dah hampir tertanggal dari tulang.

Kalau rebus cara biasa, Kjee agak ia mengambil masa 3 atau 4 jam guna api perlahan.







Kemudian Nadia bubuh kira-kira 1 sudu black pepper biji dan juga kentang. Bubuh garam sehingga cukup rasa. Masak hingga kentang empuk dan padam api.

Oleh kerana ekor lembu telah disalut dengan tepung ketika hendak digoreng atau saute, maka kuahnya agak pekat. Kalau tidak cukup pekat, bolehlah bancuh sedikit tepung gandum dan masukkan ke dalam kuah.

Nadia telah masak ekor itu dalam PC bersama celery dan carrot. Masa selama 25 minit itu telah menyebabkan carrot dan celery agak hancur. Justru, kuahnya agak manis dan pekat.

Makan dengan garlic toast. Resipi garlic toast di SINI. Kjee juga pernah buat stew ekor lembu ini dalam entri ini.

Beza antara sup ekor dan stew ekor ialah kuah stew ekor lebih pekat. Ada resipi menggunakan tomato paste atau tomato puree. Justru, kuah stew agak kemerahan.






DAPATKAN SEBELUM HARGA NAIK PADA 20 OKTOBER

$
0
0




Product L'arome akan naik harga mulai 20 October 2014. Kenaikan sebanyak RM30 untuk satu set 4 botol itu telah diumumkan oleh pihak syarikat baru-baru ini. Sebelum 20/10, harga satu set ialah RM350 sebelum pos. Harga baru RM380 sebelum pos.  Kjee belum lagi mendapat kepastian harga baru untuk Sabah dan Sarawak.

Jadi untuk mereka yang ingin memilikinya, eloklah rebut peluang mendapatkannya dengan harga lama sebelum dikuatkuasakan harga baru. Harga lama RM350 di Semenanjung sementara Sabah dan Sarawak RM370 sebelum pos.

Bagi mereka yang masih belum mengetahui mengenai product ini, sila klik SINI, sini dan SINI.

Kalau berminat, sila whatsapp 01131771389. Stok amat terhad.







'NYAWA' SHARIFAH AINI KINI SUDAH DIMILIKI

$
0
0





4 Ogos 2014, Dato Sharifah Aini pergi menemui Penciptanya. Meninggalkan buah hati pengarang jantungnya, Aliff Omar Ali (yang dipanggilnya 'Nyawa') terpinga-pinga kekosongan.

Dan semalam, genap 3 bulan pemergiannya, kekosongan yang ditinggalkan beliau diisi seorang wanita bernama Nur Atirah Syed Azmi. Wanita yang akan sentiasa berada di sisi 'nyawa' allahyarham.
.
Aliff dan Nur Atirah, yang mesra disapa Ira telah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis yang cukup sederhana tetapi meriah. Sesuatu yang, khabarnya, memang sangat-sangat dipohon Aliff. Semuanya harus dilaksanakan dalam serba serbi sederhana.

Itu tidak akan ditunaikan mummy Aliff sekiranya beliau masih hidup. Pasti segalanya akan dibuat dalam skala mega atau grand scale.

Apapun, ramai yang memuji kesederhanaan Aliff. Pasti semua akan mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke Jannah.

Majlis resepsi telah diadakan di Shah Alam Convention Centre dengan dihadiri tetamu lebih kurang 800 orang. Semuanya kawan-kawan rapat arwah Bonda dan jugak Ali Bakar, ayahnda tercinta. Tiada persandingan. Hanya sessi foto bersama tetamu.

Antara yang hadir ialah penyanyi DJ Dave, Dahlan Zainuddin, Puan Beh Suat Peng bekas orang kuat EMI, Johari Salleh dan jugak Dato Dr Zainuddin Mohd Zain, doktor peribadi Allahyarham.




Aisyah Durrah adik Aliff 


Sharifah Noor, ibu allahyarham (tengah)


Puan Fatimah Ismail sahabat allahyarham yang membuat perhiasan hantaran


Aishah Ali dan suaminya Ishak Nengah



Sahabat karib allahyarham, Aishah Ali telah memberi sepatah dua kata untuk kedua mempelai. Dibawah ni Kjee siarkan ucapan penuh Aishah.




UCAPAN PERKAHWINAN ALIFF OMAR ALI & NUR ATHIRA SYED AZMI

TARIKH: 04 OKTOBER 2014

TEMPAT: SHAH ALAM CONVENTION CENTRE



Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua tetamu yang dihormati.
Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjangkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua, maka majlis ini menjadi kenyataan.

Pada masa yang sama, marilah kita semua menyampaikan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, bagi mendapatkan shafaat Baginda, siang dan malam.

Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin menjemput hadirin dan hadirat untuk bersama-sama membacakan al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar.

Al – Fatihah.

Amin Amin.... Ya Rabbal Alamin. Semoga Rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Tuan-tuan & Puan-puan hadirin yang dimuliakan,

Sesunguhnya antara saat paling bahagia bagi ibu-bapa, ialah ketika berlangsungnya pernikahan atau perkahwinanan anak mereka.

Sanak saudara, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai diundang untuk sama-sama memeriahkan suasana, saperti yang kita lihat pada majlis yang bertuah ini.

Kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan di majlis yang penuh bermakna ini, sudah tentunya amatlah dihargai.

Bagi seorang ibu, tiada saat yang paling gembira, bermula dengan melahirkan anaknya ..... kemudian melihat anaknya itu bertatih ... seterusnya berjalan, mendidik ...lalu melihat anak itu membesar dan secara beransur mengenal erti kehidupan di dunia ini.

Sepanjang masa itu, pastinya ibu akan cuba memberikan sambil mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Hari ini, kita sama-sama berkumpul memeriahkan majlis ini atas nama seorang yang amat kita sayangi dan hormati, iaitu Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, ibu kepada Aliff.

Namun, Allah lebih menyayanginya. Beliau telahpun mendahului kita semua. 

Walaupun begitu, kita semua tahu bahawa Allahyarhamah telah meninggalkan legasi yang begitu besar....legasi yang pastinya tidak akan terpadam dan tidak akan lenyap begitu sahaja.

Legasi yang beliau tinggalkan bukan sebarang legasi namun penuh dengan kejayaan, kehebatan dan kemasyhuran yang telah sedikit sebanyak menyentuh jiwa kita semua.

Semuanya ini dicapai sambil beliau mengharungi dan menghadapi seribu satu dugaan dan cabaran sepanjang hayatnya.

Sepanjang hubungan saya dengan Allahyarhamah, beliau sering mengingatkan saya walau sehebat mana kita..... walau setinggi mana sekalipun pencapaian kita...., ingatlah segala-galanya datang dari Allah SWT.

Sikap arwah yang sentiasa merendah diri, bersyukur dengan setiap satu yang diberikan Allah kepadanya, sikap pemurahnya...... kini hanya tinggal dalam ingatan...hanya dalam memori.

My dear Aliff,

Tahniah Uncle Ishak dan Auntie ucapkan kepada Aliff dan juga kepada Nur Athira. Sekarang Mami telah tinggalkan Aliff untuk meneruskan perjuangan hidup di dunia ini.

In Shaa Allah di Jannah nanti, Aliff dan Mami akan bertemu kembali.

Aliff, teruskanlah kehidupan dan layarilah bahtera perkahwinan ini dengan penuh keyakinan dan seribu satu kemanisan.
Aliff amat bertuah sekali kerana bersama Aliff sekarang, adanya seorang insan lain yang akan melengkapkan hidup Aliff. Begitu juga Ira .... you now have Aliff as your pillar of strength.

Ira, Auntie yakin, Ira akan menjadi isteri mithali.

Legasi yang Aunty katakan tadi ...... legasi yang Mami Aliff tinggalkan...... Auntie berdoa dan harapkan agar Aliff dan Ira peliharalah sebaik mungkin, ya Nak?

Doa kami semua, mengiringi Aliff dan Ira.

Tuan2 dan Puan2 yang dirahmati Allah sekelian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan krew pengelola majlis perkahwinan ALIFF & IRA pada hari ini.
Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.

Akhir kata....


Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon


Sekian…terima kasih.


Wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh…
  

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

$
0
0







Ada tak orang yang tak suka kejutan? Tak kisahlah kejutan dalam bentuk apa sahaja. Orang hanya tak suka kejutan yang negatif. Selain itu, semua okay.

Hehehe orang demam sedang menulis entri ini. Sebab tu merepek tak tentu hala.

Okay, sebelum story panjang, Kjee nak ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Kjee masih maintain guna Salam Aidil Adha walaupun ada yang dah guna ayat-ayat atau perkataan berbelit-belit lidah. Antaranya Eidul Adha, Eid Adha dan sebagainya.

Samalah macam orang gunakan perkataan Selamat Iftar untuk Selamat Berbuka Puasa. Pada Kjee, ayat-ayat lama yang telah Kjee gunakan sejak kecik lebih sedap didengar. Sukatilah kan. Minat memasing berbeza-beza. Kubur kita pun kelak bukan satu liang. Hehehe.

Kan Kjee dah warning yang Kjee demam sejak beberapa hari so banyak merapu. Actually entri ni Kjee nak tayang Kari Daging Korban. Tak larilah jugak topik kot sebab hari ni kan ramai umat Islam yang melakukan ibadah korban. Justru, ramai jugak haiwan yang dikorbankan. Alhamdullilah.

Tetapi yang paling sweet apabila Kjee langsung tidak menjangka akan dapat daging korban. Dah banyak tahun dah tak merasa, Kalau tak silap empat tahun. Dah tak ada rezeki lah pulak kan.

Anyway, dalam hati Kjee tak terfikir pun lagi nak dapat daging korban, tiba-tiba dapat sms dari Faizah Shahbudin, sahabat FB yang tinggal berhampiran Zoo Negara. Dia minta alamat nak hantar daging korban. Pucuk dicita ulam mendatang.










Alhamdullilah syukur. Terima kasih banyak-banyak Faizah. Dia telah menghulurkan dua peket daging yang tersangatlah elok rupanya. Satu peket daging batang pinang dan satu lagi daging pejal.
Daging batang pinang tu akan Kjee masak esok. Dan yang pejal tetapi sangat lembut, Nadia masak kari daging campur kentang.

Walaupun sudah lama Nadia tak masak kari, Kjee beri pujian kelas pertama. Hehehe sungguh ni. Sedap sangat kari daging yang Nadia buat sampaikan tak sabar nak tunggu pagi esok nak makan dengan frozen roti canai pemberian Elani Kadir hari tu.

Itu jer yang Kjee nak story. Kalau sehari dua ini no entri, maka korang tahulah mokcik masih demam. Oppps ada lagi satu entri yang Kjee nak tayang. Untuk Raya Haji, Kjee dan UnclePali buat ketupat daun palas. First time. No trial and error. Terus menjadik!

Tunggulah esok lusa ya Kjee tayang.

By the way kalau korang nak resipi Kari Daging, sila KLIK sini. Kalau bubuh kerisik amatlah sedap tapi tak ada stok. Naseblah. Hehehe.




KEKASIH BADE HAJI AZMI

$
0
0

































Dua wanita dan dua anak gadis yang bertakhta di hati Bade Haji Azmi. Isteri pertamanya,  Erma Fatima dan yang kedua, Aida. Dua anak gadis mereka ialah Citra (kanan) dan Ain (tengah). Aida kini hamil dengan anak sulong bersama Bade.

Erma dan Bade jugak mempunyai 3 lagi anak lelaki yang sekarang sudah jadi anak2 bujang,

Kjee jumpa Bade masa pengkebumian Allahyarham Dato Jamil Sulong di Janda Baik hari tu. Kami hanya bersapa tapi Kjee berat pulak nak tanya apa-apa. Hehehe.

Gambar ini ketika Bade menemukan dua isterinya dalam majlis Hari Raya Aidil Fitri di rumah keluarga Bade. Tidak diketahui samada ini pertemuan kali pertama. Foto dari Instagram Erma.

Kita doakan agar kasih sayang antara mereka akan berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin.

ERRA FAZIRA'S LITTLE DARLING

$
0
0










































Sejak dia dilahirkan, Engku Aleesya menjadi perhatian semua. Peminatnya mungkin lebih ramai dari peminat ibunya sendiri. How come? Mesti korang tanya kan?

Well, katakan lah Erra Fazira ada 150,000 peminat. Dan sebilangan besar peminat itu sekurang-kurangnya ada dua anak. Dan seandainya anak-anak itu tidak minat pada Erra, tapi dia orang lebih minat kepada anak Erra yang tersangatlah comel itu, maka peminat Aleesya adalah seramai 300,000 orang.

Logik kat kiraan mokcik yang tak pernah pas matematik ni. Hehehe. Anyway, mokcik masih demam. Justru masih merapu. Hehehe.

Kjee yakin Erra tidak mahu anaknya menjejaki langkah yang diambilnya sebagai anak seni. Jalannya terlalu berliku dan penuh ranjau yang berduri. Well, itu rasanya yang telah dilalui Erra yang Kjee rasa 'melaluinya depan mata Kjee' masa Kjee jadi wartawan dulu.

So, dedahkanlah Aleesya dengan dunia lain yang tidak terlalu mencabar ya Erra. Gud luck sis.

Semua foto diatas adalah dari Erra Fazira Official Fan Page. Go check it out!


DAGING GORENG HALIA

$
0
0






Lauk ini rezeki daging korban pemberian dari Faizah Shahbudin. Rezeki kami sekeluarga untuk mendapat daging batang pinang. Sepeket lagi daging korban dah masak kari. Alhamdullilah.

Daging batang Pinang ni sebenarnya Kjee nak masak Blackpepper Beef tapi Nadia kata dia nak makan daging goreng biasa. Yang bubuh bawang, daun bawang dan halia. Kjee syorkan tambah sikit cili padi yang diketuk supaya pedas sikit.

So, inilah hasilnya airtangan Nadia. Lauk yang mudah sangat dimasak tapi menyelerakan. Kalau tak ada daging lembut atau daging batang pinang, selalunya Kjee hiris daging lepas tu direbus hingga lembut. Rebus dulu daging pastu hiris pun ok. Kita yang buat dia.

Semalam Nadia hiris dua labu bawang besar, dua biji bawang putih, 3 inci halia (kalau lebih lagi sedap) dan ketuk 5 biji cili padi Bangla. Pedas menyinga tau cili padi tu. Of course Kjee tukang hiris daging.

Dia guna 3 sudu minyak jagung untuk goreng halia hingga garing. Kemudian dia masukkan bawang besar dan jugak bawang putih. Apabila dah layu sedikit bawang tu, dia keluarkan. Kemudian dimasukkan daging dan dibiarkan daging kecut. Setelah daging kecut, ditambah sedikit lagi minyak dan digoreng daging hingga garing.

Nadia letak fish sos (nampla) secukup rasa. Biasanya Kjee guna garam jer. Seterusnya Nadia masukkan balik bawang, halia dan bawang putih tadi dan dikacau hingga rata. Sebelum padam api, Nadia masukkan daun bawang yang telah dipotong-potong 1 atau 2 inci panjang. Titiskan sedikit minyak bijan.

Itu jer. Sedap makan dengan nasi panas atau diratah begitu jer. Lauk sampingan semalam ialah Sawi Jepun goreng sos tiram dengan bawang putih.







RENDANG KACANG YANG CUKUP SIFAT HEHEHE

$
0
0






Masa Kjee buat dulu, Rendang Kacang Nismilan tu tak cukup 'sifat'. Sepatutnya ada jugak kuning telor ayam tua. Selalunya terjadi apabila kita nak cari, dia tak ada. Tapi kalo tak cari, pusing kiri nampak, pusing kanan, berlambak.

Tapi Kjee ni insan yang tak pernah putus asa. Mesti cari sampai dapat. Macam kes daun palas yang Kjee nak buat ketupat. Oppps itu tak boleh citer. Nanti Kjee story dalam next entry.

Anyway, pagi tadi selepas hantar Nadia gi kerja (bukan selalu tapi kadang-kadang), Kjee pujuk elok-elok kat UnclePali suruh dia singgah kat pasar Keramat. Nak cari apa? Itu dialog dia yang biasa lah. Nak beli telor ayam tua. Kelmarin kita pergi tak ada kan...lembut aku pujuk hehehe.

Oleh kerana UnclePali sedar bini dia tak sihat dan tekak selalu meragam cam orang mengandung, maka dia pun singgahlah kat pasar Keramat. Apabila dia kembali ke kereta, muka dia macam tak happy.






























"Ada sikit jer. Bangla tu bagi free!" Alahai gumbiranya beta! Sikit pun jadiklah. Ada dalam 12 ketoi yang kenit2.

So, apa lagi. Balik rumah terus Kjee keluarkan stok kaki ayam, hati dan pedal dan tengkok ayam. Tak ada banyak pun tapi cukuplah untuk lunch hari ni.

Kaki ayam dan pedal, Kjee masuk dalam pressure cooker sampai tiga kali bunyi. Masa tunggu tu buatlah kerja lain.

Isyhh tak ada mood lak nak sambung. Korang nak resipi, boleh intai sini.

Kenapa buat hari ni, kalernya merah? Sebab Kjee bubuh cili padi Bangla yang merah menyala dan podeh giler tu tau. Lagi satu Kjee tak bubuh banyak kacang panjang sebab Kjee pantang makan apa jua jenis kacang. Hehehe.








CEKODOK KENTANG ATAU NAMA GLAMERNYA POTATO FRITTERS

$
0
0


Mata Kjee memang tak boleh pandang orang tayang makanan yang baru. Kreatif sungguh lah budak-budak ni. Ada jer makanan yang boleh buat Kjee terliur. Justru, selagi tak buat, siang malam boleh angau. Hahahah angau?!!

Anyway, makanan terbaru yang Kjee teringin nak buat ialah cekodok kentang atau Potato Fritters iaitu bahasa glamer ramai di Facebook. Kalau diterjemah, Potato Fritters tu sebenarnya Kentang yang telah dicampur tepung dan digoreng. Macam Banana Fritters iaitu Goreng Pisang ehh pisang goreng?

Pagi tadi Kjee pun ke dapur untuk buat Cekodok Kentang alaf baru ni. Ntah jadi ntah tidak sebab buat cekodok nasi pun tak lulus-lulus dari dulu. Che Mat Gebu buat gebu cam dia tapi mokcik buat ntah apa rupanya.

Kjee dapat resipi ni dari FB, DSelly Zass. Tak tau mana dia dapat. Tapi thnx Selly for sharing. Kjee copy resipi tu masuk my handfon tapi bila time buat ntah apa bende yang Kjee letak.

Resipi asal guna 3 biji kentang yang disagat (Kjee guna box grater), 3 sudu makan tepung gandum, 4 sudu makan tepung jagung, sebiji telor ayam dan daun bawang.

Sebaik sahaja Kjee sagat kentang, tetiba baru perasan dalam fridge tak ada daun bawang. Nak suruh UnclePali pergi beli, takut pulak kena silat. So, tak payah ikut resipi ori. But Kjee nak letak udang hidup. Mistake pulak letak seekor seekor. Sepatutnya dicincang dulu baru dicampur ke dalam adunan kentang dan tepung. Nanti Kjee story kena tak boleh bubuh seekor seekor.




Nampak tak udang tu terlerai dari cekodok? Rasanya harus dicindang udang dulu

































Setelah adunan bercampur, Kjee perasan resipi ori tak ada bubuh air. Kenapa? Ohhh mungkin sebab kentang yang sudah sagat akan mengeluarkan airnya. Aku tanya, aku jawab, aku pandai hehehe. Oklah tu. Kemudian Kjee perisakan adunan guna Aji-Shio Black Pepper, sedikit garam dan oh ya Kjee letak 1 sudu besar serbuk cili Babas. Saja nak bagi pedas sikit.

And then gorenglah cam biasa kita buat cekodok. Selitkan juga satu ekor udang dalam secubit adunan yang hendak digoreng. Api jangan besar. And then, Kjee baru sedar silap guna udang seekor-seekor. Ketika goreng, udang tu terkeluar dari tepung. Hah baru terfikir kalau dicincang-cincang udang tu taklah ia terkeluar masa goreng kan!!

Apabila sudah garing, terbalikkan. Kalau api tak besar, maka masaknya sampai ke dalam. Ranggup diluar tau. Kemudian toskan dan cicah dengan sos cili. Tapi UnclePali kata tak perlu makan dengan sos cili dah sebab dah cukup rasa dan pedas sikit sebab guna cili serbuk.

Kjee terlupa satu lagi bahan iaitu telor. Ala kalau tak letak pun okay lah. Seandainya dihiris cendawan shitake atau carrot dan dicampur sekali dalam adunan, tentu sedap kan? Well citarasa masing-masing. Kita yang buat dia.

Elok untuk sarapan, minum petang atau untuk supper.




STOK L'AROME SUDAH TIBA!!

$
0
0



Yezza.  Stok L'arome dah sampai bagi orders sebelum Raya Haji. Mereka yang order sehari dua yang lepas, maaf ya kena tunggu giliran. Kjee difahamkan selewat-lewatnya awal November 2014.

Mulai November, harga satu set 4 botol akan naik sebanyak RM30. So korang masih ada masa sebanyak 9 hari lagi untuk mendapat harga lama iaitu RM360+pos laju di semenanjung.

Siapa cepat bank in, Kjee akan segera letak awak dalam waiting list ya.

Nak try satu botol pun boleh. Just text me.

Whatsapp 01131771389.

Nak tahu lebih lanjut apa itu L'arome, sila KLIK SINI.





KETUPAT DAUN PALAS VERSI KJEE

$
0
0



Dah lama dah nak masukkan entri ni tapi mood tak ada. Nasib baik Kjee dah pencen jadi wartawan. Kalau tidak, asyik tak ada mood jer nak menulis, mau dapat surat chenta dari bos! Hehehe.

Anyway, kerana gambar-gambar yang tak seberapa ni sudah diedit terpaksa jugaklah buat story.

Kjee asal KL dan suami asal Kedah tapi lahir sebagai anak peneroka di Pahang. My MIL orang Kedah dan sudah pastinya pandai buat ketupat palas. Tetapi dah berbelas tahun kahwin dengan UnclePali oppppsss Sabtu ni 25/10 bakal masuk tahun yang ke 15,  baru sekali Kjee tengok MIL buat ketupat daun palas. Dah tengah malam nak Raya masa tu. Kerana keletihan, tak pun Kjee concentrate jadi penonton.

Tetiba Raya Haji lepas teringin sangat nak makan ketupat daun palas. Terus google dan dapatlah belajar dari You Tube. Tapi pepahamlah kan. Belajar baru 10 minit dah nak buat. So, yang jadi asal adoo. Hehehe.

Kjee teringat MIL tegur cucu dia sebab buat ketupat daun palas betina masa dia tolong Tok dia buat. Oh ketupat daun palas ada jantina ker? And then Kjee baru tahu, kenapa mesti buat yang jantan. Kalau buat ketupat jantan, tarik jer buncu daun tu (selepas siap masak), akan terlerai lah ketupat. Kalau ketupat betina, dah sah-sah kena bukak secara belit-belit.



Daun Palas


Dibuat kelongsong masa tunggu pulut sejuk



Apapun, Kjee cubalah jugak kan. Especially tengok UnclePali bukan main bersungguh-sungguh lagi nak membantu. Wah dia ni mesti terer buat sebab mak dia pandai buat. Lega rasa hati.

Kjee tanak pulut setengah masak atas dapur. Kena campur santan pekat dan garam mesti cukup rasa. Hati terasa jugak apabila malam sebelumnya UnclePali kata dia tak suka yang ada kacang! Walhal kita memang minat sangat ketupat daun palas yang bubuh kacang! Kalau bubuh kacang kena rendam semalaman! Huhuhu.

Oklah apabila pulut yang ¾ masak dah sejuk, kami duduk mengadap meja. Daunnya Kjee dah bersihkan dan buat kelongsong. Kenapa? Entahlah. Mungkin sebab Kjee nampak MIL buat dulu.

Kemudian UnclePali capai satu kelongsong, dibukak balik dan like a Pro dia mula bungkus pulut. Kjee rasa pelik. Eh macam kekok jer dia buat! UnclePali kemudian sengih. Dia kata dia sebenar tak reti buat!! Adoiii.



Ada pelbagai jantina. Hehehe

Nak kukus dah




Maka Kjee pun terailah buat sambil dalam otak cuba flash back apa yang Kjee tengok dalam You Tube. Seronok jugak buat dengan dibantu suami yang jugak terkekek-kekek ketawa sebab jadi ntah apa bende.

Akhirnya, siaplah Ketupat Daun Palas kami yang ada pelbagai jantina. Ada jantan, ada betina dan yang Pon-Pon. Kahkahkah. Eh kenapa korang ketawa? Ko ada?!!

Lepas tu Kjee pun kukuslah lebih kurang ½ jam. Ada orang rebus tapi sebenarnya kukus pun dah okay sebab pulut tu dah ditanah ¾ masak.

Dan hasilnya, taraaaaa punyalah sedap. Cukup lemak dan masin. Kalau beli mana boleh cukup rasa kan? Kjee buat 1 kilo pulut dan 1 kilo santan pekat dan garam tu pepandailah nak adjust.

Kemudian selepas musim Raya, teringin lagi nak makan. Sedihnya pulak tak ada orang jual lagi dah daun tu. Kemudian seperti biasa, Kjee tanya FB frens. Sepantas kilat dapat jawapan ada jual di memalam buta di Jalan Raja Bot off Jalan Raja Alang. Ada orang Kuala Selangor datang naik lori, jual kata seorang FB fren.

So malam minggu tu, kami ke Jalan Raja Bot. Memang betul ada orang jual. UnclePali pun rembat dekat RM15 dan Kjee agih-agihkan kepada dua sahabat Kjee iaitu Datin Elani Ishak dan CaHaya Shiela.

Kjee buat kali kedua lebih sempurna sikit pada pandangan Kjee lah  dari pertama kali. Tapi kalau yang terer buat kata masih tak okay, ade aku kesah!! At least I tried!!

Sedap makan dengan apa sahaja ikut selera korang.

Boleh buat jualan ni. Ada orang jual harga antara .80 sen hingga RM1 sebiji.





CARA BARU MENIKMATI BUAH MANGGA

$
0
0




Sekarang ni musim mempelam atau mangga. Ada yang manis dan ada yang masam.

Kalau dulu hanya yang mengandung jer terliur tengok mangga masam terutama sekali manga pauh atau mangga telor, sekarang ni dah jadi kegilaan ramai. Semuanya sejak ada insan yang post gambar Jeruk Mangga. Of course mereka guna mangga masam.

Kjee ni bukan golongan species yang minat buah-buahan yang masam-masam kecuali apple hijau. Itu pun dijadikan jus dan diminum tanpa bubuh gula. That I like.

Tetapi apabila Kjee intai fridge semalam dan ternampak 4 biji mangga lemak manis pemberian my sis Shiela, tetiba excited pulak nak buat mangga yang macam dia orang tayang kat Facebook.

Kjee cuba cari cara buat atau resipi tapi tak ada. Yang ada cuma ada gambar mangga yang telah dihiris lepas dikupas. Pastu ditabur cili padi potong. Ada gak serbuk-serbuk yang Kjee rasa serbuk asam boi. Ada yang tabur gula dan letak biji biji asam boi.

Oleh kerana mangga yang Shiela beri dah lemak manis, Kjee pun tak bubuh gula. Bubuh cili padi, ramas-ramas asam boi dan jugak letak dua atau tiga biji di atas mangga tadi. Bila nak makan, gaullah.

Ewah boleh tahan sedap. Is this a new way of eating mangoes? Wallahualam. Kalau suka boleh terai. Kalau tanya Kjee...hmmm boleh lah buat kalau rajin. Kalau tak, ngap jer lepas kupas. Hehehe.


Thnx Shiela bagi mangga. Baru Kjee perasan semalam. Luarnya mengkal so ingatkan masam. Rupa-rupanya manis.





SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436H

WE'VE BEEN MARRIED FOR 14 YEARS!!

$
0
0






Kami baru sahaja meninggalkan 14 tahun di belakang. Kini sedang memasuki tahun ke 15. Satu perjalanan yang nampak sahaja jauh. Tetapi oleh kerana diselang selikan dengan pelbagai pelbagai momen yang manis dan kekadang pahit, rasanya macam baru semalam kami diijabkabul sebagai suami isteri.

Tidak ada kata-kata yang boleh diucapkan kecuali terima kasih kepada Allah swt kerana menemukan Kjee dengan UnclePali. Seorang suami yang penyayang dan sangat mengambil berat terutama sekali apabila isterinya terlalu kerap tidak sihat.

I thank you my dear. Tidak mampu rasanya untuk membalas. It has been a long and winding road... I will not stop loving you. Insya Allah.

Semoga kami akan terus menjalani kehidupan ini bersama hingga ke nafas akhir. Insya Allah. Aamiin.





PULUT KUNING DI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI

$
0
0






Alhamdullilah. Tertunai jugak niat Kjee nak buat pulut kuning untuk hari ulangtahun perkahwinan kami. Kjee rasa ini first time Kjee buat untuk anniversary. Ada sekali dua Kjee buat untuk birthday.

Senang buat Pulut Kuning kerana lauknya simple sahaja dan penyediaannya pun mudah. Kjee memang tak pernah ada masalah buat Pulut Kuning ini sebab masa muda-muda dulu selalu tolong Bonda buat.

Dan masa Kjee meniaga di Food Court Anjung Melawati, Pulut Kuning ini adalah hidangan istimewa di hari Ahad. Kalau tak silap, Kjee jual Pulut Kuning dengan rendang daging, hanya RM3.50 satu portion. Begitu manis kenangan ketika itu.

Anyway, bagi orang Melayu, Pulut Kuning ni cukup bermakna dalam menyambut sesuatu peristiwa penting seperti kelahiran, perkahwinan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.





























Resipi untuk Pulut Kuning,sila lihat sini

Untuk rendang daging, Kjee buat biasa-biasa jer. Bawang besar, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar, diperap seketika dengan daging yang telah dipotong-potong. Kalau nak pedas tambah sekali cili padi yang dikisar dengan cili kering. Kemudian masukkan dalam kuali dan curahkan santan.

Untuk 1 kilo daging, Kjee guna 2 kilo santan pekat. Bubuh jugak serai yang telah dititik, lengkuas yang telah diketuk serta halia yang jugak diketuk. Masukkan jugak 2 keping asam gelugor dan lebih kurang 5 helai daun limau purut. Kekadang Kjee letak jugak daun salam tapi kali ni tak ada stok. Kalau ada, memang sedap. Letak juga sehelai dua daun kunyit yang telah disiat-siat.

Masak atas api hingga mendidih, pastu perlahankan api dan direndidih sehingga hampir kering dan jugak daging sudah cukup empuk. Kemudian masukkan kerisik. Kjee beli jer kerisik tapi kalau buat sendiri memanglah mantop!

Untuk rendang kali ini, Kjee letak 1 sudu besar kicap hitam yang tidak masin. Saja nak bagi warna. Jangan lupa perisakan dengan garam dan juga sedikit gula. Itu jer.




GO' BANG MAJU PATIN TEMPOYAK BAKAL BUKAK CAWANGAN DI KL

$
0
0


















Muhamad Rizal Rosely


Sejak mula blogging hampir 3 tahun lalu, Kjee cuba mengelakkan buat review mengenai kedai-kedai yang Kjee kunjungi daripada diketahui tuan punya kedai makan atau restoran. Dalam kata lain, Kjee cuba elak 'makan free' sebab tidak mahu terikat dan terhutang budi. Justru, kena tulis yang elok-elok sahaja sebab dah makan free.

Dalam banyak-banyak tempat yang Kjee pergi dan buat review, hanya satu restoran yang paksa Kjee padam entri tersebut sebab tak puas hati Kjee tak puji makanan kat restoran tersebut. Tauke berbangsa Terengganu tu siap call UnclePali dan ugut nak saman!

Selepas kejadian itu, Kjee serik dan hanya buat review kalau makanan restoran tersebut sedap.

Semalam Nadia ajak Kjee dan papanya pergi Temerloh untuk menikmati Gulai Ikan Patin Tempoyak di Go'Bang Maju Patin Tempoyak. Hanya di situ gulai tempoyaknya menepati selera dan poket kami.
Bagaimanapun, kerana bimbang kecewa apabila sudah drive hampir dua jam ke Temerloh, Kjee call dulu restoran itu untuk bertanya samada ia dibuka.










Air Keladi, Jagung dan sirap bandung cincau. terbaek!!!


























Panggilan Kjee diterima mesra oleh seorang lelaki. Apabila Kjee beritahu Kjee pernah menulis mengenai makanan di situ dalam blog Kjee, beliau terus bertanya samada ini Kjee? Isyhhh kenal ker sebab Kjee tak pernah perkenalkan diri kepada sesiapa ketika beberapa kali mengunjungi restoran tersebut.

Anyway, janji nak ke sana pukul 2 tapi pukul 3 baru gerak dari KL. Dekat pukul 5 baru sampai. Kami belum lunch. Nadia dan UnclePali jelas kelaparan. Kedai penuh sesak dengan pengunjung. Mujur sebaik kami sampai, semua sudah habis makan dan hendak pulang. So, berpeluanglah kami dapat parking yang sangat elok.

Tuan punya restoran, Rizal Rosely menyambut mesra kedatangan kami tiga beranak. Tidak putus-putus ucapkan terima kasih kerana katanya sejak Kjee menulis mengai restorannya di sini dulu LIHAT SINI , pengunjung telah bertambah berkali ganda sehinggakan terpaksa membuat servis secara layan diri!

Syukur Alhamdullilah. Rupa-rupanya penulisan Kjee itu dapat membantu. Terima kasih kepada my blog readers.

Kjee pun terkejut dengan pembaharuan yang berlaku sejak Kjee ke sana pada bulan Mei tahun lepas. Di waktu yang sama Kjee di situ semalam, restoran itu sarat barat dengan pengunjung. Dan masalah paling besar bagi pengunjung rasa-rasanya ialah tempat letak kereta! Tetapi kerana keenakkan makanan di Restoran Go'Bang Maju Patin Tempoyak, pengunjung sanggup park jauh sedikit dan berjalan ke restoran itu.


Ada jugak ikan patin goreng garing, sambal hitam, sambal tempe dan jeruk petai cicah sambal tempoyak. Yummy.

Ikan Talapia Tempoyak Bakar yang enak 


Pekerja tak menang tangan. Tauke turun padang bantu bakar ikan!!


Kjee terpegun dengan cara Rizal, 36 tahun, anak tempatan Temerloh, mengendalikan bisnes beliau dengan sokongan isteri, ibu dan ahli keluarga lain. Beliau mempunyai visi membawa Go'Bang Maju Patin tempoyak lebih jauh lagi. Justru dalam masa terdekat ini, beliau akan membuat satu cawangan di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur dengan modal sekitar suku juta ringgit!

"Saya mulai meniaga sejak di sekolah menengah lagi. Meniaga kecil-kecilan jual kuih, goreng pisang dan sebagainya bantu keluarga sebab saya anak sulong. Nampak nya rezeki saya meniaga Patin Tempoyak. Alhamdullilah syukur," katanya.

Camner dapat nama Go'Bang tanya Uncle Pali?

"Saya anak sulong. Jadi keluarga panggil saya abang. Kengkawan selalu bagi sokongan saya buat bisnes. Selalu dia orang kata 'You Go Bang!!" Justru saya dapat idea namakan restoran saya Go'Bang. Pastu saya tambah perkataan Maju. Alhamdullilah sejak bubuh nama Go'Bang Maju, bisnes saya semakin maju!" kata Rizal.



Layan Diri























Ketika Kjee mula-mula ke restoran itu dulu, Rizal menjual pelbagai makanan termasuk Tom Yam. Tetapi apabila mengkaji semula apa yang diminati pelanggannya, Rizal akhirnya juruskan peniagaan kepada menu Gulai Tempoyak Patin.

Menu terbaru ialah Ikan Bakar Talapia Tempoyak yang sangat unik dan sedap. Kelebihan Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak ini ialah harga yang diletak, mampu milik.

"Now everyone can eat Ikan Patin," kata Rizal sambil bergurau.

Selain Gulai Patin tempoyak dan Ikan Bakar, Kjee rasa turut akan menjadi tumpuan ialah 3 jenis jus special yang disediakan. Kami dihidangkan dengan Air Keladi, Air Jagung dan Air Bandung Cincau. Cukup sedap dan istimew dan diletakkan satu scoop aiskrim! Kalau ingat boleh kecur!! Hehehe.

Tidak sah makan di situ kalau tidak hirup kuah gulai tempoyak yang pekat dan manis!


Pekat kuahnya. Puas hati. Tak sah tak hirup! Satu mangkuk seperti ini hanya RM13!
























Kjee usik :"Ini 100% tempoyak kan? Tak campur tepung!"

"Hahaha. Bukan Kjee sorang yang tanya. Ada juga customer yang tanya begitu. Insya Allah tidak. Tempoyak kami khas saya order dari FAMA! Saya ni kan Kjee, jenis yang suka makan sedap. Justru saya jaga kualiti makanan yang saya jual. Mesti sedap!" kata Rizal sambil ketawa.

Betul! Kjee setuju. Kalau tak sedap, buat apa nak jual kan!! Nanti jadi sasaran maki hamun orang!

Kjee tak sabar nak tunggu cawangan Go'Bang Maju Patin Tempoyak ini dibuka November ini. Dekat sangat dengan rumah Kjee. Nanti Kjee bawa laporan dari situ jugak yer. Hehehe.




Sempoi jer pasangan pelanggan berbangsa Cina ni makan Gulai Patin tempoyak!


Wajah customer yang puas hati. Hehehe






GUNA 2 BOTOL LAROME TAPI KENAPA TAK KURUS?!!

$
0
0







Ada someone mesej Kjee kata dia dah guna 2 botol L'arome tapi masih tak kurus! Kurus? Sapu kat satu bahagian sahaja harapkan bodi jadi kurus? Kjee terkedu seketika baca komen dia tadi.

Untuk pengetahuan semua, ada banyak faktor yang harus kita consider apabila kita mahu gunakan L'arome atau apa juga kaedah untuk kuruskan badan.

Firstly iaitu langkah pertama, kita kena jujur pada diri sendiri. Kena cermin seluruh badan kita. Hanya kita sahaja yang tahu samada kita dikategori dalam species apa. Debab, gemuk atau obese cam mokciklah.

Langkah kedua, kita intai dulu budget. Kalau badan kita cam mokcik yang king kong,  maka budgetnya pun mesti ala-ala besar jugak. Takkanlah badan cam king kong nak sediakan budget cam kancil. Tak kena tu.

Langkah ketiga, kita decide sendiri setelah survey pelbagai jenis product yang ada di pasaran. Memang ada orang kata, banyak testimoni tipu. Tetapi Kjee ambil contoh dari testimoni kawan-kawan yang rapat dengan Kjee. Pasal mereka Kjee jadi teruja nak cuba L'arome.

Setelah Kjee habiskan dua botol L'arome dan dapat melihat sedikit ya betul terlalu sedikit  kesan iaitu lengan baju Kjee dah longgar sikit dan tak nampak sendat, baru Kjee bagi Nadia dats my doter kalau belum tahu  try sebab dia ada masalah perut buncit. Well, taklah buncit macam mereka yang lepas bersalin tapi buncit-buncit manja anak dara.

Apa yang berlaku pada buncit Nadia amat memeranjatkan! Baju Raya yang baru dia beli dan sendat di perut, sudah nampak cantik. Kempisnya dah hilang dalam masa +- 5 hari!! Nadia sapu L'arome secara disiplin sebanyak 2 kali sehari selepas mandi.

Memang bentuk tubuh mokcik yang macam King Kong terlalu mustahil untuk kurus dalam jangka masa yang singkat. Lagipun, budget taklah king kong macam tubuh. So Kjee sapu mana yang Kjee rasa janggal di mata Kjee walaupun seluruh badan memang janggal selama ni hehehe.







L'arome ni amat berkesan jika disapu secara teratur. Dua kali sehari selepas mandi dan digosok sehingga dirasakan krim tu betul-betul menusuk masuk ke dalam tubuh. Kalau betul cara sapuannya, bahagian yang disapu dan digosok krim itu akan terasa hangat dan pijar. Lamanya terpulang kepada individu. Kjee pijar dalam masa 20 minit jer kot. Hmmm kulit dan lemak tebal kot. Hehehe. Pastu cuci tangan bersih-bersih dengan sabun. Kena mata nanti mata yang kurus. lol.

Nadia kata dia merasa pijar lebih lama! Sampai petang. Mungkin kerana kulitnya nipis dan lemak dia jugak sama tipis. Atau mungkin sebab anak dara Kjee ni manja sikit. Tak tahan panas tak tahan dugaan. Hehehe.

So, itulah jawapannya kepada wanita yang mesej Kjee tadi. Tanya diri kita dulu samada kita telah berlaku adil kepada L'arome. maksud Kjee, adakah kita telah gunakan product itu dengan cara yang betul.

Selain sapu L'arome, Kjee diberitahu supaya minum banyak air putih. Kalau larat, boleh minum dua botol besar air yang 1.5 litres. Kalau tak larat, satu botol pun boleh. Air akan membantu 'menolak' lemak-lemak keluar. Wallahualam.

Oh just nak bagitahu, harga L'arome akan menjadi RM380 sebelum pos pada 1 November 2014. Hanya ada 3 hari untuk dapat harga lama iaitu RM350 untuk 4 botol sebelum pos. Kalau nak satu botol, harga lama RM160 (plus pos) dan RM170 (plus pos) selepas 30 October.

Kalau minat, sila whatapp 01131771389. Stok Insya Allah akan sampai dalam masa 2 minggu selepas order.

Baca jugak kat SINI yer. Oppppsss lupa lak. Ada yang beritahu Kjee dia akan hanya guna L'arome apabila tengok Kjee dah kurus. Hahahaha tunggulah kau sampai Kucing Bertanduk!!







Viewing all 1832 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>