![]() |
Gambar dalam Westminster Abbey. Ehsan google |
Apa ada pada nama? Orang dulu2 kalau beri nama anak, main hentam keromo jer. Cantum pangkal nama suami dan isteri, dah jadi nama anak. Tak kesahlah kalau nama itu tidak membawa maksud apa2. Apabila Tok Imam nak baca talqin, terbelit2 lidah.
Ada seorang pelakon tu nama dia XY. Bapak dia Zakari ke Zakaria. Begitulah. So dia jadi XYZ. Masa Kjee berlakon dengan dia satu masa dulu, Kjee pelik apabila dia perkenalkan dirinya sebagai XY. Melawak pulak budak ni. Mana IC tanya Kjee persis polis pencen.
Bila dia tunjuk IC, terbeliak biji mata Kjee. Abang dia bernama ND. Kjee bertemu abangnya kemudian masa dia menjadi produser satu drama yang Kjee turut berlakon.
Mungkin ayahnya dah ketandusan idea nak bagi nama kepada anak2. Kjee heran polis yang mengambil statement pakcik Zek tu pun tak nak bagi nasihat pasal anak2 yang didaftarkan nama ikut abjad. Agaknya polis tu pun terkedu sebab tak pernah terjadi!
Sekarang ni, ramai ada nama glemer
Tapi Kjee rasa panggilan tak glemer yang Kjee dapat tu lebih mulia kot daripada nama glamour Abby yang digunakan ramai perempuan Melayu sekarang! Selama ini mungkin ramai terlepas pandang mengenai nama Abby.
Semalam Kjee tengok rancangan Expedisi Chef Wan di Astro. Beliau berjalan2 di Kota London. Dan sempat bergambar di depan bangunan Westminster Abbey.
Kalau disebut Westminster Abbey, Kjee pasti ramai akan mengimbau kenangan perkahwinan Prince Charles dan Princess Diana serta anak mereka Prince Williams. Ia sebuah gereja terkemuka di Kota London. Malah kalau tak silap Kjee, jenazah Princess Diana pun dibawa ke situ sebelum disemadikan.
Apa lak kaitan entry ni dengan Westminnster Abbey?
Hah, Abbey tu dalam bahasa orang Kristian, bermakna Gereja! Kalau korang tak percaya, cuba baca kat sini.
So apa hal mereka yang suka sangat guna nama Abby sedangkan ada nama elok2 yang dipilih oleh mak bapak korang?!!
Tulisan Kjee ni bukan hendak mengaibkan sesiapa. Cuma kalau Kjee dah tahu
Cuba bayangkan korang memperkenalkan diri kepada seorang Mat atau Minah Salleh dan beritahu nama korang Abby. Mat Salleh tu mesti confuse. Hai awak orang Islam tapi kenapa nama Gereja?
Tadi ada seorang friend FB beritahu Kjee, anak rakannya yang berusia 6 tahun bernama Abby.
Kjee kata boleh tukar kalau mahu. Rasanya ada peruntukan dalam undang2 untuk menukar nama seseorang itu sekiranya mempunyai alasan kukuh nama itu tidak elok digunakan. Misalnya Rozina bererti penzina wanita dan lain2 yang sewaktu dengannya.
So renung2kanlah. Maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan sesiapa. Tiada niat sebesar kuman untuk mengaib atau menyakitkan hati sesiapa. Apabila kita sudah tahu, kita war2kan ye.