Dalam perjalanan kembali ke KL dari Kampung Ulu Jempul, Pahang semalam, Kjee request UnclePali amik jalan lama sebab nak singgah Temerloh makan lauk Tempoyak Ikan Patin. Memang femes sangat lauk ni kat Temerloh.
Kjee masih ingat dulu masa baru kahwin dengan UnclePali. Dia sibuk bercerita mengenai keenakan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak. Dia tahu citarasa Kjee dan Nadia. Kami berdua suka sangat tempoyak.
So satu hari kami pulang ke Kampung UnclePali. Kena lalu bandar Temerloh sebab masa tu highway belum siap. UnclePali bawak kami ke satu restoran di bandar. Punyalah excited kami dua beranak.
Memang enak sangat makan di situ. Kjee tak pernah rasa ikan yang 'manis dan isi ikan Patin halus'. Habis sepiring, Kjee order satu lagi untuk ratah. Bila bil datang, Kjee terkejut. Seratus lebih (tak ingat exact amount). Kjee tanya ikan tu berapa henget sepotong? Dia kata RM70!! Dua potong jadi RM140. Tak termasuk lagi lauk lain yang kami ambik!
Rupa2nya ikan yang kami makan tu Ikan Patin Liar!! Patin Liar dengan patin sangkar jauh beza harganya! Anyway, itu kali pertama dan terakhir kami makan di restoran tu! Tak berani story kat MIL takut dia marah.
Dah lama selepas tu, kami ronda2 dan jumpa satu lagi gerai di foodcourt sebelah sungai menuju ke Temerloh. Selalu jugak kami singgah di situ. Harga dan keenakkannya menepati citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali pulak tak berapa selesa makan ikan sungai. Happynya kami sebab tak perlu share 3 orang. Hehehe.
Semalam, gerai yang selalu kami kunjungi tutup pulak. So UnclePali suggest kami cari kedai makan lain di bandar Temerloh. Masa kami sampai di traffic lights sebaik sahaja keluar dari foodcourt tepi sungai tu, Kjee nampak satu gerai dengan sigboard cukup besar. Nama kedai GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK.
Eh macam menarik jer ni, kata Kjee. So UnclePali drive buat u-turn. Gerai tu sebelah pam Esso.
Kat banner ada tulis, anda order baru kami masak. Masa tu tak ramai orang. Ada lah dalam empat atau lima meja yang penuh. Maklumlah dah lepas lunch time. Kjee minta menu, budak waitress tu kata tak ada. Dia kata hanya ada makanan tempoyak Ikan Patin. Semangkuk RM10. Kalau dengan nasi RM12.
Kjee tanya satu mangkuk tu boleh makan berapa orang. Dia kata seorang jer. So Kjee pandang Nadia. Dia kata try satu mangkuk dulu sebab sebenarnya kami dah lunch kat rumah MIL di kampung. Dia tanya nak bahagian kepala, badan atau ekeor? Kjee pilih ekor.
Makanan panas lain pun dia orang jual. Tapi tukang masak tak ada. Kira2 setengah jam kemudian, hidangan sampai. Kjee tengok...Isyhhh boleh makan dua oranglah. Kjee share nasi dengan Nadia. Kami makan ala ratah2.
Terkejut Kjee rasanya sedap sangat2. Kuahnya pekat tak macam kat kedai lain yang kedekut nak bubuh tempoyak! Cukup pedas dan cukup rasa! Ikan patin pun tak hanyir. Berbaloi2 dengan harga yang dikenakan!
Kjee hirup jer kuahnya. Memang sedap. Kjee beritahu UnclePali, lain kali tak payah ke kedai lain di Temerloh. UnclePali kata kalau teringin nak makan, bukan jauh pun. Ewah bestnya dapat suami yang selalu sanggup drive ke mana sahaja kalau isteri teringin nak makan.
Kjee tak pandai nak tunjuk arah ke kedai ni sebab kita bukan orang Pahang. Anyway, masa nak bayar, dia ambil bisnes kad kedai tu. So dah ada alamat kat bawah, korang check it out sendiri. Tapi kalau guna highway, tak lalulah depan kedai ni. Kena masuk ikut jalan lama ke bandar Temerloh.
Kjee bagi 5 bintang untuk lauk Tempoyak Ikan Patin Go Bang Maju Patin Tempoyak ni!