Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live

SEORANG PENDAKI EVEREST MAUT, SEORANG LAGI KRITIKAL

$
0
0


NEW DELHI: Keadaan cuaca buruk telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dan seorang lagi disahkan meninggal dunia.

"Proses membawa keluar mereka sedang diusahakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk memindahkan jenazah pendaki muda itu manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai Malaysia di Kathmandu, Nepal.

Pendaki yang meninggal dunia ialah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, kakitangan Perbadanan Putrajaya.

Kedua-dua pendaki mengalami penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness) semasa dalam perjalanan ke kem pangkalan Gunung Everest dan seorang meninggal dunia pada 5 petang (waktu Nepal) pada Isnin, katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Selasa.

"Pintu keluar terdekat ialah Lapangan Terbang Lukla. Kami perlu tunggu sehingga keadaan cuaca bertambah baik sebelum kami boleh membawa balik jenazah dan rakyat Malaysia yang sakit teruk ke Kathmandu."

Lapangan Terbang Tenzing-Hillary, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Lukla, adalah sebuah lapangan terbang kecil di bandar Lukla, di Khumbu, daerah Solukhumbu, zon Sagarmatha, timur Nepal.

"Proses menghantar mereka pulang ke Malaysia hanya boleh dilakukan sebaik mereka berada di Kathmandu," kata pegawai itu.



Di PUTRAJAYA, Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj) Zaharah Salamat berkata Allahyarham Mohammad Shahrulnizam, penolong jurutera, sedang mengikuti ekpedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp 2013.

Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj, katanya dalam satu kenyataan di sini. "Sehingga kini pihak PPj belum dapat kepastian bila jenazah akan dapat dibawa keluar dari Phericihe ke Kathmandu.

"Bagaimanapun usaha sedang dilakukan bagi memastikan jenazah dapat diterbangkan ke tanah air secepat mungkin," katanya.

Susulan kejadian itu, beliau berkata kesemua pendaki telah membatalkan rancangan ke kem pangkalan Gunung Everest dan kini berada di Lobuche, dalam keadaan stabil dan selamat.Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun. -BERNAMA

BETUL KE BOHONG?

$
0
0







Kjee terbaca coretan ini di Facebook. Tidak pasti samada ia sahih atau sebaliknya. Bagaimanapun, hanya atas dasar ingin korang semua berhati2 (sekiranya ini kisah benar seperti yang didakwa) Kjee copy paste seperti dibawah. Kepada mereka yang sekali menuduh terlalu banyak berlakunya rasuah di negara kita, insaflah.




Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga
menolong buat hantaran dsb.
 Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli
chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka
telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts
berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu
hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di
atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand
yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton
rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa
memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak
dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu
yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus
rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu
di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan
bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas
my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty
Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya
diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis
untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana
salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras
untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan
suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi
tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang
di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di
lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu
lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang
sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist
tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. 
Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan
kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki
MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My
cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping
itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia
di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak
memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di
Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala
Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. 
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my
cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. 
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju
dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar
dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang
tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan
wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... ..
dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah
yang diperolehi itu.
 Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa
majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah
dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak
disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin teringat kisah
tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat
dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua
kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta
mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan
beliau dibenarkan pulang.
 Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau
menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni
kata ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semua
peringkat yang mengambil kesempatan)
 Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya
kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan
kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin
supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand
dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara
tersebut kembali stabil.
 Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.
Dear Omar, remember our phone call recently?...

Please be careful, ok?
sekadar memanjangkan
 Cool

ANAK REMAJA MJ CUBA BUNUH DIRI

$
0
0
Paris Jackson - foto google


Paris Jackson, anak Michael Jackson cuba membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya menggunakan pisau pemotong daging. Mujurlah dia segera dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam pengawasan pakar psikaitri selama 72 jam.

Paris, 15 tahun, dikatakan mengalami kemurungan sejak akhir2 ini dan seringkali mahu membunuh diri, kata sumber2 keluarga Jackson.

"Dia memotong pergelangan tangannya kerana dikatakan terlalu merindui ayahnya. Sebelum ini Paris juga pernah menjalani rawatan dan perhatian pakar jiwa. Walaupun keadaannya tidak stabil, namun ia suatu petanda remaja ini, memang perlukan bantuan," tambah sumber tersebut.

Ibunya, Debbie Rowe memohon agar media tidak mensensasikan berita ini kerana Paris kini stabil dan keluarga mereka memerlukan 'privacy'.

Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009. - AFP

Paris dan ibunya Debbie

PAK SUDIN SELAMAT DISEMADIKAN. AL FATIHAH

$
0
0
KELUARGA dan kenalan berdoa ketika upacara pengebumian Allahyarham S Shamsuddin di Pusara Aman, Singapura, semalam.







Singapura: Lebih 200 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan orang ramai mengiringi jenazah pelakon komedi S Shamsuddin atau Samsudin Dali, 84, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Choa Chu Kang, di sini, pada jam 11.30 pagi semalam.

Terdahulu jenazah dibawa dari rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok untuk disembahyangkan di Masjid Al-Mukmin, Jurong East pada jam 10.45 pagi, dengan keadaan cuaca baik yang melancarkan urusan pengebumian.

Pelawak Suhaimi Yusof, 44, menganggap arwah seorang pelakon komedi yang ulung dan amat matang kerana gelagat, aksi serta dialog dalam filem lakonannya tetap menjadi ikutan golongan muda termasuk kanak-kanak generasi baru.

Katanya, ramai kanak-kanak dan pemuda boleh menghafal dialog dilakonkan arwah dan kerap digunakan sebagai bahan jenaka untuk berhibur dalam masyarakat walaupun filem lakonannya berusia lebih tua daripada usia mereka.

Berita selanjutnya, apatkan Harian Metro hari ini.


Foto Berita Harian

RENDANG AYAM KELANTAN YANG MUDAH LAGI SEDAP

$
0
0








Sepatutnya Kjee masak Rendang Kelantan ni Ahad lalu sebab ada request dari seorang kawan dan familinya nak datang makan. Tup2 malam Sabtu dia call kata kensel atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

So, Kjee pun tak masaklah rendang hari tu. Lagipun Ahad lepas badan tak berapa selesa. Tapi since Nadia tak kerja Ahad, bolehlah mintak tolong dia.

Hari ni, Kjee buat setengah ekor jer. Makan dengan UnclePali. Nadia kerja, malam baru balik. Dia tak makan kat rumah kalau dah lewat sangat.









Pagi tadi Kjee rebus 2 biji nasi impit jenama Adabi. Bila masak jadi sebesar penumbuk tiap satu. Cukuplah Kjee makan sorang sampai malam nanti sebab UnclePali tak berapa gemar nasi impit.

Rendang Kelantan ni mudah sangat nak buat. Tak perlu rendidih lama2. Cukup bahan, cukup rasa, sedaplah ia.

Resipi kat sini.


Makan dengan nasi impit









AL FATIHAH UNTUK TAJUDIN ZAINAL ABIDIN. MANGSA JAMBATAN RUNTUH

$
0
0



GEORGETOWN: Jenazah Tajudin Zainal Abidin, 45 yang ditemui mati di dalam runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang Batu Maung yang dalam pembinaan di sini, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 39, Bukit Merah, Perak.

Balu Allahyarham, Shariffah Ramli, 40, berkata jenazah suaminya akan disemadikan malam ini juga selepas segala urusan selesai.

Mayat Tajudin ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu keretanya yang remuk akibat dihempap runtuhan tanjakan konkrit itu lewat petang Jumaat.

Shariffah yang ditemui media di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP)di sini, berkata suaminya menghubungi anak perempuan sulung mereka pada pukul 6.30 petang dengan janji membeli aiskrim di Medan Selera Pantai Seagate, Batu Maung, sebelum pulang ke rumah mereka di Permatang Damar Laut.

Bagaimanapun, beliau mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku kerana suaminya gagal tiba di rumah mereka kira-kira dua jam kemudian selain panggilan ke kedua-dua nombor telefon milik Allahyarham tidak berjawab.

Susulan itu beliau keluar mencari suaminya di medan selera berkenaan dan mendapati keadaan jalan sesak teruk akibat insiden runtuhan itu.

"Lepas itu saya lihat laporan di televisyen mengatakan ada kereta Perodua Kelisa dengan sebahagian nombor plat yang telah remuk serupa dengan suami saya tertimbus dalam runtuhan itu. Masa itu saya mula rasa tidak sedap hati walaupun laporan itu mengatakan ada empat orang dalam kereta itu," katanya Shariffah berkata, beliau hanya mendapat pengesahan mengatakan mangsa yang terbabit adalah suaminya pada tengah hari Jumaat.

Tajuddin yang bekerja sendiri meninggalkan dua anak Nur Ain Maisara dan Nur Aina Syazwani masing-masing berusia 7 dan 11 tahun.

Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Jabatan Forensik HPP, Datuk Dr Bhupinder Singh, berkata kematian Tajudin berpunca daripada kesesakan nafas.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia serta-merta sejurus insiden itu berlaku selain turut mengalami kecederaan di kedua belah kaki dan patah tulang kedua belah tulang rusuk," katanya menambah bedah siasat bermula pukul 10 malam dan selesai pada 11.40 malam.

Terdahulu pada kejadian 7.15 malam tadi, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba.

Setakat ini lebih 350 anggota pasukan terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, pekerja syarikat pembinaan dan kontraktor sedang bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan konkrit dan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian. -BERNAMA

GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BUNGA

$
0
0






Hari ni Kjee masak gulai tempoyak. Ramai mesti kata ek eleh tak heranlah kan! Tapi bagi Kjee ia satu gulai yang cukup eksotik. Dan Kjee memang tak berani memasaknya sebab takut tak sedap.  Kali pertama Kjee buat cair sikit.Lihat sini.

Tapi hasil percubaan kali kedua ni, my princess puji sedap! Dia kata sama macam makan kat Temerloh hari tu!

"Pandailah Mama buat," tambah Nadia yang buat Kjee kembang kuncup!!

Tadi Kjee buat gulai tempoyak ni guna ikan Tenggiri Bunga. Korang kenal kan Tenggiri Bunga. Species tenggiri yang kurus panjang. Yang satu lagi Tenggiri Papan. Itu lebar dan isinya mantap sikit. Tapi Kjee lebih suka isi Tenggiri Bunga. Lebih manis.

Kjee buat terlebih pedas sebab masa makan kat Temerloh hari tu, sampai berpeluh2 menahan pedas. Hidung pun meleleh tak henti2. Boleh terasa kesedapannya hingga ke hari ini.





Anyway, untuk masakan hari ni, Kjee tak bubuh daun kesom sebab ada 3 batang bunga kantan. Ada orang buat gulai tempoyak ni bubuh bawang tapi Kjee hanya bubuh cili api sahaja. Sebaik sahaja cili api ditumbuk halus, Kjee masukkan 2 hingga 3 sudu tempoyak dan ditumbuk jugak sampai halus.

Dulu Kjee tak tahu cara tumbuk tempoyak ini bersama cili api dalam lesung. Rupa2nya ia untuk mengelakkan tempoyak daripada bergentel ketika menjerangnya.

Kalau bubuh kunyit hidup lagi sedap tapi tak ada stok kat umah. So Kjee guna jer kunyit serbuk. Sama jer rasanya. And then campak lah jugak 1 atau 2 batang serai.

Kuahnya ikut kepekatan yang korang nak. Tadi Kjee jugak tak bubuh asam gelugor sebab tempoyak dah sedia masam. Kjee buat kuahnya pekat sikit hari ini berbanding kali pertama dulu.

Apa lagi nak story. Hah ini ada satu rahsia pasal tempoyak tu. Korang janganlah ketawa. Tempoyak ni Kjee buat dua tahun lalu! Lihat sini. Kjee simpan elok2 dalam balang kaca dan simpan dalam peti ais. Tempoyak tu dah ikut Kjee duduk di 3 buah rumah!

Apapun, rasa2nya masih elok lagi. Tapi kalau ditakdirkan nak mati sebab makan tempoyak 'terlebih usia' jangan lupa sedekahkan Al Fatihah untuk Kjee dan Nadia. UnclePali selamat sebab dia tak makan. Hehehe.









HATI2 MEMANDU BALIK DARI KAMPUNG

$
0
0



KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung pada Sabtu agak sesak berikutan peningkatan kenderaan memandangkan cuti sudah tiba di penghujungnya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat pukul 5 petang ini, keadaan trafik di sebelah pantai barat perlahan manakala di bahagian pantai timur pula masih terkawal.

Bagi Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan bergerak perlahan dari susur keluar Jambatan Pulau Pinang ke Seberang Jaya, manakala di Lembah Klang keadaan trafik adalah terkawal, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Sementara itu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya melaporkan mengenai kemalangan di Km 139.6 arah selatan yang berlaku pada pukul 4.53 petang.

Kemalangan itu tidak memerlukan penutupan lorong, bagaimanapun trafik bergerak perlahan, katanya. - BERNAMA

SARAPAN YANG MUDAH DAN DISUKAI RAMAI

$
0
0
Scrambled Eggs my way

Sunny Side Up aka Telor Mata Kerbau

Half Boiled aka Setengah Masak

Grilled Bread - suka charred marks


Grilled Bread with Scrambled Eggs


Egg Benedict aka Telor  Separuh Masak Tenggek Atas Roti



Kenyang!!!


Dah puas jamu mata? Hah amacam? Teruja tak nak buat. Simple tapi sedap sangat2 kalau bersarapan di rumah.

Kalau korang tengok Masterchef Selebriti hari tu, pasti korang tahu betapa susah sebenarnya nak buat yang diatas.

Kjee cukup cerewet mengenai cara memasak telor. Dan maaflah kalau Kjee kata semua peserta yang hasilkan makanan dari telor minggu lepas, semuanya tidak menepati citarasa Kjee. Kjee pasti ketiga2 chef, Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu, jugak tak puas hati. But what choice do they have!!

Kalau Kjee suruh Nadia buat Scrambled Eggs, belum sekali pun Kjee puas hati. Jadinya ala2 boleh makan jer. Scrambled Eggs Kjee mesti masih 'runny' atau cair. Kjee bubuh sedikit garam, pukul sampai kembang sedikit barulah Kjee masak gunakan non stick pan. Resipi asal Scrambled Eggs guna sedikit fresh milk. Tapi I like my scrambled eggs ada perisa sedikit.

Kjee guna seketul butter yang dipanaskan dalam non stick pan hingga cair. Lepas itu guna api perlahan, Kjee tuangkan telor yang telah dipukul itu ke dalam kuali dan kacau guna sudu. Kacau hingga telor itu menjadi pekat tetapi tidak keras. Kalau api terlalu kuat, scrambled eggs akan menjadi kering dan keras. Some people may like it but not me.

Walaupun Kjee ada toaster roti tetapi Kjee lebih suka grill roti guna grill pan. I like the charred marks. Malah rasanya juga agak berbeza daripada roti yang dimasukkan ke dalam toster.

Untuk telor setengah masak, Kjee serahkan kepada pakar kami, UnclePali. Kalau dah ada pakar, Kjee tak diberi peluang untuk buat half boiled egg ataupun Egg Benedict.

Oh ya lupa lak nak story pasal my Telor Mata Kerbau atau Sunny Side Eggs. I think I like what I see. Bukan senang tau nak buat macam gambar kat atas tu. Ewah serius ni bukan nak berlagak. Kena banyak sabar dan guna api kecik.

Kalau api besar maka jadilah macam budak2 Masterchef Selebriti buat tu. Garing di sekeliling. Hmmm kalau nak kerja hotel dengan hasil telor goreng cam tu, pastinya duduk dalam tong sampah. Oppppssss.








AMENG YANG SENTIASA DIRINDUI

$
0
0



Dia antara penyanyi lelaki yang sangat2 Kjee minati di zaman kegemilangan lagu2 Balada dan Rock Kapak. Lagu2 Ameng Spring meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam jiwa Kjee. Antaranya Sampai Hati, Bougainvilla, Pesanan Buat Kekasih, Kita diTakdirkan Jatuh Cinta dan banyak lagi.

Kjee bukan sahaja suka lagu2nya tetapi berkenan sangat2 dengan karektornya yang lembut, kelakar dan suka sangat senyum. Jugak pandai masak. Kjee masih tak lupa ikan kembung celup tepung digoreng dan dicicah sama sos cili.

Anyway, apabila Kjee sudah berhenti menjadi wartawan hiburan, Kjee jarang sekali jumpa dengan beliau. Pun begitu, Kjee tidak pernah ketinggalan mengikut semua perkembangannya.

Sedih Kjee apabila dia melalui kegagalan rumahtangga pertamanya (masa itu Kjee sering jugak singgah di apartment mereka di Bukit Antarabangsa), gembira apabila Ameng bertemu jodoh dengan isteri kedua Sabariah dan kemudian Kjee sedih balik apabila Ameng ditangkap dan dipenjarakan.

Namun, ingatan kita semua terhadap Ameng tidak pernah pudar ekoran lagu2nya sering berkumandang di corong2 radio.

Kjee juga seringkali berkomunikasi dengan isterinya Sabariah di Facebook. Seorang wanita yang Kjee rasa juga lemah lembut macam suaminya. Tetapi pada Kjee, Sabariah adalah seorang wanita yang cukup tabah dan setia menunggu kepulangan suami tercinta.

Hari ini Kjee baca di mStar Online berita mengenai Ameng. Syukur Alhamdullilah.Baca di sini.



DIRGAHAYU TUANKU

$
0
0































SEMUA FOTO EHSAN FACEBOOK POLIS DI RAJA MALAYSIA

ALFATIHAH SENIWATI LATIFAH OMAR

$
0
0


DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Industri filem tanahair kehilangan sebutir lagi bintang. Baru beberapa hari Allahyarham S Samsuddin meninggalkan kita.

Al Fatihah.

SYAABAN BULAN KE-8 KALENDER ISLAM

$
0
0






Assalamualaikum. Ketibaan Syaaban mengingatkan kita, bulan Ramadhan yang kita nanti2kan akan muncul tidak sampai 30 hari dari sekarang. Pertingkatkan ibadat, sucikan yang kotor dan jalinkan semula silaturrahim.

Syaaban adalah bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas). - sumber Wikipedia Ensaiklopedia Bebas

Justru, bersatulah kita umat Islam dan jauhi dari sebarang perpecahan. Allah swt Maha Mengetahui.









STIR FRY SAYUR TAU MEU

$
0
0





Tiap kali singgah di mana2 pasaraya, Kjee akan nampak sayur ni. Dan tiap kali Kjee hanya pandang jer sebab otak tak boleh register nak masak cara apa.

Sebenarnya, Kjee pernah makan sayur ini masa pergi makan Bubur Nasi berlauk di Kak Mah Tom Yam, Kampung Baru. Nadia yang tukang order. Bila tanya sayur apa, dia kata tak tahu.

Minggu lepas Kjee ke Hero dan nampak lagi sayur ni. Ada orang ambil dan campak kat tempat bawang. Kjee ambil dan baca. Biasanya ada tulis nama sayur kat situ. Tau Meu. Ohh itu namanya. Satu peket RM2.50.









Balik rumah, Kjee simpan dulu. Esoknya apabila Nadia balik kerja, Kjee tunjuk peket tu kat Nadia.

"Goreng biasa jer Mama. Bubuh sos tiram macam kat Kak Mah Tom Yam," kata Nadia.

That was just what I did. Kjee ketuk 3 biji bawang putih, dan Nadia tolong tumis guna sedikit minyak jagung Dia buat ala stir fry, bubuh sikit oyster sauce dan nampla. Tapi dek terlebih bubuh nampla or fish sauce, termasin sikit. Hmmm orang tua2 kata kalau anak dara masak termasin, maknanya dah nak kahwin. Hehehe.

Hari tu Kjee ada rendam cendawan kering shitake tapi lupa nak guna. So Kjee hiris dan suruh Nadia campak dalam sayur. Siap dalam sekelip mata. Itulah kaedah stir fry atau goreng guna api besar pantas2.

Rasanya? Sedap jugak. Kalau masak secara stir fry, masih boleh rasa ranggup. Kjee dan Nadia habiskan berdua. Kami memang pantang tengok sayur.

Kjee rasa sayur ni adik beradik taugeh. Tapi ada yang kata boleh makan mentah. Wallahualam.






SELAMAT JALAN HEROIN FILEM KESAYANGAN MALAYA. AL FATIHAH

$
0
0
Affendy Rahmat anak sulong Allahyarham menyiram air mawar di pusara ibunya - Gambar mStar Online









Amat sayu mendengar cerita mengenai Seniwati Latifah Omar setelah dia tiada.

Semua tahu dia salah seorang seniwati paling cantik di zaman kegemilangan filem Melayu. Kecantikannya semulajadi, senyumannya menawan dan mampu mengoncang iman ramai lelaki ketika itu.

Seniwati Latifah juga bintang air mata. Banyak filemnya di zaman Cathay Keris dulu terutama disamping Allahyarham Nordin Ahmad, tidak akan dilupai peminat filem Melayu. Lakonannya cukup berkesan, baik sebagai Puteri Raja mahupun jadi gadis yang didera ala2 Cinderella.

Ramai ketika itu berangan mahu jadi ayu macam Latifah Omar dalam filem2 yang dilakonkannya. Dan ibu2 tiri jahat yang mendera Latifah Omar dalam filem2nya dikecam peminat Allahyarham.

Bagaimanapun, bak kata Datin Rosnani Jamil atau lebih mesra disapa Mak Nani, arwah bukan wanita cantik dalam filem mahupun novel yang "lived happily ever after" dengan Putera Raja idamannya. Arwah mengejar cinta dan kasih sayang insan bergelar lelaki tetapi tidak menemuinya hingga ke akhir hayatnya.

Kisah peribadi Latifah begitu rapi dijaganya. Tiada siapa dapat menghidu private life dia. Hanya setelah dia tiada barulah kita semua tahu dia telah tiga kali mengalami kegagalan rumahtangga. Dulu Kjee pernah dengar dia turut dilamar Raja sebuah negeri. Tetapi apakah itu realiti atau fantasi?

Dan hari ini Kjee bertambah sebak membaca berita bagaimana dia telah menyediakan kain kafan dan jugak sejumlah wang untuk urusan pengkebumiannya!

Itulah Latifah Omar. Insan yang, khabarnya, tidak suka menyusahkan rakan2 seperjuangannya di zaman kegemilangannya bersama mereka dulu. Dan ketika hendak pergi mengadap Illahi, beliau turut membuat persediaan agar warisnya tidak menghadapi kesukaran menyempurnakan jenazahnya.

Selamat Jalan heroin kesayangan Malaya ini. Moga Roh mu tenang mengadap penciptamu.

Al Fatihah.









PASTA DENGAN SOS DAN BEBOLA DAGING

$
0
0





Spaghetti bolognaise with meat sauce and meat balls!!

Ini antara makanan favorite Kjee. Boleh makan 2 atau 3 kali seminggu. Kekadang Kjee buat banyak2, bahagikan sos tu dalam bekas kecik2 dan bekukan. Bila nak makan, panaskan atau bubuh jer dalam microwave.

Nadia buat ni Ahad lepas, jamu CH dia. Dia buat cara mudah iaitu guna canned tomato soup. Kjee memang ada banyak stok sup tomato dalam tin ni sebab kalau buat Nasi Tomato pun  Kjee letak soup ni. Ewah lama tak buat Nasi Tomato..hmmm



Bahan2

Tomato dicelur seketika

Bawang



Kjee suka makan spaghetti bolognaise sebab tak perlu masak lauk lain.  A one dish meal. Sesuwai kalau malas memasak lauk pauk banyak.

Kalau nak resipi, lihat sini. Maleh nak salin balik.







CIK TA LUAHKAN ISI HATI EKORAN BULU MATA PALSU ...PAKAI SEKSI...

$
0
0


Pasangan kekasih yang dipisahkan di minggu awal





Ketika nama dia diumumkan sebagai salah seorang peserta Masterchef Selebriti, disamping Chenta Hatinya, Zain Saidin, Kjee rasa ramai yang cemuh. Macam2lah orang mengata termasuk aku kot hehehe.

Dan Rozita Che Wan akhirnya meluahkan isi hatinya malam tadi.

"Saya baca dalam Facebook Masterchef...ramai mengata dan menuduh saya macam2. Pakai seksilah, bulu mata palsu, rambut palsu lah... boleh ke masak ni?..." suaranya begitu sebak mengeluarkan kata2.

Kjee dah perasan sejak beberapa minggu lalu, Che Ta nampak agak murung. Senyuman dia pun macam dibuat2. Ada satu minggu tu, peserta lain yang bersamanya di ruang atas dewan Masterchef Selebriti, asyik sibuk bantu kawan2 lain yang berhempas pulas masak di bawah. Tapi Che Tak duduk melanguk jer diatas. Seringkali kamera menunjukkan dia mengelamun jauh. Seolah2 ada sesuatu menguris perasaannya.

Dan sejak akhir2 ini, cara dia menghias dirinya ketika muncul di Masterchef Selebriti pun semakin mellow. Dah tak galak cam mula2 dulu dengan fesyen2 ala Marilyn Monroe dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi, Kjee rasa lah, Cik Ta sendiri mengundang 'cakap2 belakang' apabila membuat keputusan 'berdandan sedemikian rupa'. Dia antara segelintir artis yang sentiasa menjadi perhatian. Artis 'lewat usia' yang seringkali jadi bualan peminat kerana dressing atau cara pemakaiannya.

Bagaimanapun, Kjee rasa semua setuju dengan pandangan Kjee yang Cik Ta sebenarnya memang boleh memasak. Given a chance and with more practise, Kjee tak terkejut kalau satu hari dia boleh menjadi hos rancangan masakan dia sendiri seperti chef antarabangsa Nigella ataupun Giada yang cantik lawa tu.

Kjee hanya follow Masterchef Selebriti di minggu Zain terkeluar. Kjee memang dah set minda tak nak tengok sebab tak berapa gemar dengan pasangan kekasih ini.






Tetapi selepas beberapa minggu, dah terlekat  pulak depan TV tengok rancangan itu. Dan mulalah senaraikan peserta mana yang buat Kjee tak selesa menonton. Memanglah adegan2 drama yang dipamerkan menurut kehendak Astro. Tetapi ada seorang dua peserta yang merasakan bagai diberi lesen Agong boleh 'berdrama' mengikut 'keselesaan skrip masing2'.

Makin lama kita makin tahu siapa sebenarnya yang boleh memasak, siapa yang pandai masak dan siapa yang hanya pandai berlakon!

Malam tadi apabila Michael Ang tersingkir, Kjee rasa sedih sebab peserta lelaki tunggal Best 6 tu sebenarnya memang hebat memasak. Tapi nasib tidak menyebelahinya kerana tersilap masak Bubur Lambuk.






Kalau Kjee juri, Kjee tidak akan memilih Michael untuk keluar. Sebabnya? Michael telah masak bubur lambuk hampir sempurna. Cuma kurang rempah sebab sebagai seorang berbangsa Cina, mereka memang kurang menggemari rempah ratus yang kuat atau  over powering.

Kencana Devi pulak cukup rempah ratusnya tetapi bubur lambuknya agak pekat. Itu sebenarnya adalah kelemahan dalam menyediakan bubur lambuk. Ia tidak seharusnya terlalu cair ataupun pekat. Dan bubur lambuk Michael memiliki kriteria bubur lambuk yang sebenarnya.

So bagi Kjee lah, Michael tidak sepatutnya terkeluar. Anyway, keputusan juri muktamad. Tapi allow me to say this... Kjee ada menonton banyak rancangan pertandingan masak peringkat antarabangsa di TV. Hari2 tanpa miss.. Kalau tiba saat kritikal menyingkirkan dua peserta yang hebat, juri akan duduk dan membuat pertimbangan atas kekuatan dan kelemahan peserta today and yesterday.

Ertinya, kalau juri masih buntu mahu membuat keputusan siapa yang harus disingkir, eloklah bandingkan pencapaian Michael dan Kencana beberapa hari sebelum ini. Itu jer.

Bagi Kjee, Michael keluar penuh bermaruah.  I felt you've done your best Michael even though the jury thought it was not good enough!

Good luck kepada top 5 peserta Masterchef Selebrity kali ini... Syanie, Celina, Kencana, Syura dan Cik Ta! Kjee dah ada pilihan juara but I'm not telling.

Last but not least, Kjee rasa lebih seronok menonton Masterchef Celebrity 2 ini daripada yang pertama.




TAHNIAH BADE... YOU'RE ONE OF MY FAVORITE!!

$
0
0




Mungkin belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pengarah favorite Kjee dan UnclePali, Badaruddin Haji Azmi atau Bade. Beliau memenangi award Pengarah Terbaik serta karyanya Miang Buloh Keladi Birah diangkat Telefilem Terbaik di Anugerah Tribute P Ramlee baru2 ini.


Diam2 ubi berisi. Bade bukan karyawan seni yang seringkali jadi buruan wartawan hiburan. Dia tidak mengejar glamour macam sesetengah pengarah. Tetapi setiap hasil kerjanya, seringkali tidak mengecewakan!

Dialah salah satu dari dua pengarah yang boleh buat Kjee ke pawagam untuk membeli tiket untuk menonton filem Melayu. Seorang lagi Mamat Khalid. Maklumlah, dari muda lagi Kjee hanya tonton wayang free atas tiket sebagai wartawan.

Kjee kenal ayahnya Haji Azmi (kini arwah) jauh lebih dahulu daripada Bade. Haji Azmi seorang jurukamera hebat di RTM diawal tahun 70-an.

Apabila Kjee bertugas sebagai Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran syarikat filem Pengedar Utama, Kjee baru mengenali Bade ketika syarikat kami mengeluarkan filem Pelumba Malam. Bade bertindak sebagai Jurukamera Filem ketika itu.

Tetapi Bade bukan insan yang senang didekati. Dia tidak sombong tetapi agak berat mulut dan mungkin pemalu. Nak senyum pun susah. Jadi Kjee pun taklah berani mendekatinya untuk bersapa.






Bagaimanapun, semasa Kjee meniaga di Food Court Anjung Melawati pada tahun 2005 dulu, Bade, Erma dan keluarganya antara pelanggan tetap kami. Hampir setiap pagi Bade akan singgah bersama2 anak bongsunya Ain setelah menghantarkan Citra (kakak Ain) ke sekolah berhampiran. Sebelum balik, dia akan minta bungkus Kway Teow Beef Ginger untuk Erma.

Kalau datang sendirian, sebungkus nasil lemak dan segelas teh tarik kegemarannya akan menjadi penemannya sambil dia mengelamun seorang diri. Dan akhirnya satu hari Kjee berjaya jugak menjadi teman bersembang Bade. Apabila Bade sudah bukak mulut, rupa2nya dia susah nak berhenti bercakap. Hehehe.

Tapi Bade tak propa macam sesetengah pengarah. Kalau tak ada apa2 yang menarik untuk dibualkan, Kjee lihat Bade lebih suka menyendiri. Atau lebih suka bercerita mengenai anak2nya.

Bade menang bersaing dengan  ramai pengarah termasuk Erma Fatima, his wife of 25 years. Erma juga pengarah yang Kjee kagumi kerana selama ini berjaya mengangkat banyak kisah2 masyarakat yang menyayat hati untuk dijadikan karya seninya.

Dan Kjee kagum dengan sikap pasangan suami isteri ini dalam mengejar cita2 dalam bidang yang mereka pilih ini tanpa menyimpan perasaan iri apabila dua2 bertanding untuk mengejar anugerah yang sama!

Dah dekat dua tahun Kjee tak jumpa Bade dan juga Erma. Last jumpa Bade kat Hotel Singgahsana, PJ apabila beliau datang bersama anak2nya Ain dan Citra untuk jumpa Kjee sebab nak beli Transfer Factor. Sehari sebelum itu, Kjee terserempak dengannya ketika dia shooting di Amcorp Mall, PJ. Baca sini.

Rindu sangat nak berbual disamping memeluk kedua2 puteri kesayangan mereka Citra dan Ain. Walaupun tak jumpa, Kjee sering jugak lalu di hadapan rumah pasangan ini di Taman Melawati. Seringkali jugak panjangkan leher untuk mencuri pandang kelibat mereka.

Mudah2an Bade akan terus berkarya. Dan jugak satu hari nanti Bade dapat bergabung dengan Erma untuk menghasilkan karya filem yang akan menjadi perbualan dan dikenang hingga bila2. Dan Insya Allah karya itu diiktiraf pula sebagai sebuah karya agung!

Kalau nak cerita lebih detail, bacalah kisah kemenangan Bade di Anugerah Tribute P Ramlee yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysiadisini.






MI WANTAN BERSAMA SUP DUMPLINGS

$
0
0





Hari ni masih mood nak makan Chinese Food. Mi Wantan atau  Wantan Mee with Dumplings Soup adalah makanan favorite Kjee dan Nadia. Dulu kami selalu saja makan di Medan Selera Pertama Complex.

Tak ramai peniaga Melayu yang pandai buat Mi Wantan ini walaupun pembikinannya cukup mudah.

Kjee buat Mi Wantan bersama sup dumplings buat pertama kalinya hari ini. Tanpa resipi khusus, Kjee macam biasa 'hantam sajalah labu'. Dan hasilnya cukup memuaskan. Kalau UnclePali makan sampai dua pinggan, maknanya sedaplah kan! Hehehe

Dumplings yang Kjee buat sup ini adalah baki dari yang Kjee buat minggu lepas. Lihat sini. Kjee bekukan dalam freezer. Timbul minat nak buat Mi Wantan bersama sup dumplings masa Kjee intai freezer dan nampak wantan beku yang hanya tinggal 12 biji.







So pagi tadi apabila keluar dengan UnclePali, Kjee ajak dia singgah Hero Market beli Mi Wantan, cendawan shitake kering dan cili hijau untuk buat cili jeruk. Tanpa cili hijau jeruk, tak sedap tau.

Sampai rumah Kjee rendam cendawan, rebus sekeping daging ayam bahagian dada bersama tulang ayam untuk buat sup. Air rebusan ayam perlu dibuat awal supaya tak kelamkabut last minute.

Selepas Maghrib tadi, Kjee pun mula projek.

Mula2 buat cili jeruk. Sebenarnya cili jeruk ini elok dibuat sehari sebelumnya. Kjee potong 6 biji cili hijau, bubuh dalam mangkuk dan curahkan cuka menutupi cili. Bubuh juga satu sudu kecil gula putih. Kacau hingga gula larut dan ketepikan.

Untuk sup, Kjee ketuk 4 biji bawang putih dan tumis guna sedikit minyak (Kjee guna minyak Zaiton). Kemudian Kjee masukkan dalam air rebusan tulang (keluarkan ayam dan rangka ayam yang telah direbus untuk buat sup tu). Kjee bubuh garam dan sedikit msg serta lada hitam. Didih seketika. Kemudian masukkan wantan dumplings dan setelah mendidih, titiskan sedikit minyak bijan dan padam api. Sup dah siap.

Langkah seterusnya, sediakan sos kicap. Kjee letak 1 sudu kicap pekat, 4 sudu kicap manis dan 3 sudu minyak bijan dalam mangkuk dan kacau rata. Tepikan.

Dada ayam yang telah direbus, dicarik2. Boleh jugak goreng ayam dan carik2 selepas sejuk.

Kemudian Kjee rebus air dalam periuk. Apabila mendidih, Kjee bubuh sedikit garam dan rebus cendawan Shitake yang telah Kjee rendam kira-kira 4 jam. Apabila sudah lembut, Kjee keluar dan sejukkan. Dah sejuk, perah dan buang air cendawan. lepas tu hiris atau boleh biarkan sebiji2.

Kjee guna air rebusan sama untuk celur sayur sawi bunga yang Kjee potong buang pangkal sahaja. Celur sekejap sahaja, iaitu separuh masak. Keluarkan dan sejukkan.







Masih menggunakan air rebusan sama, Kjee kemudian rebus mi wantan. Kalau korang tengok gambar, sepeket mi wantan itu boleh dipecahkan kepada 4 bahagian. Kjee ambil satu sahaja dan rebus selama kira-kira 3 minit atau sampai kenyal. Jangan terlalu lama nanti lembik.

Selepas itu, cepat2 tenggelamkan mi wantan itu dalam bekas air yang telah diletak sedikit ais. Rendam seketika sahaja iaitu untuk hilangkan panas (kira-kira 1 minit untuk stop the cooking process), toskan dan letakkan dalam mangkuk.

Kemudian curahkan kira-kira 3 sudu sos kicap kedalam mi wantan yang telah direbus. Guna garfu atau chopstick untuk golekkan pantas2 mi dan sos kicap hingga sebati.

Letak di atas pinggan dan mulalah hias. Bubuh ayam yang telah dicarik, sawi, cendawan (boleh dibiarkan sebiji2 atau dihiris) dan juga letakkan sup dumplings dalam mangkuk dan ditabur bawang goreng dan daun bawang.

Makan sebaik sahaja dihidang bersama cili jeruk. Nak lagi umppph, buat cili jeruk guna cili padi atau cabai burung.

Ini sebenarnya menu yang simple tetapi sedikit renyah kerana banyak yang perlu disediakan.

Selamat mencuba.











COOKIES ITA'S DELIGHT - SEDAP DI MATA SEDAP DIRASA

$
0
0


Rozita Kader


Kali pertama Kjee bersua dengannya ketika menghadiri majlis di Akademi Kulineri Chef Liza Zainol, setahun yang lalu. Kjee yang agak malu2 dan terpinga2 sebab tak kenal seorang pun dimajlis itu, tetiba disapanya dengan senyumannya yang manis.

"Kak, Saya Ita...Rozita Kader, teman Facebook Kjee." Dalam hati Kjee masa tu, laa pergi manapun ada teman FB follow. Hehehe.

Balik rumah terus capai lappy. Cepat2 type nama Rozita Kader. Itulah masalahnya kalau approve ramai sangat frens kat FB tapi apabila dah berlaga hidung pun tak kenal.

Semalam Kjee bertemu lagi tauke cookies terkenal di Selangor ini. Kjee malu sangat sebab tak buat homework sebelum menemuinya. Sangat low profile walaupun cookies air tangannya dah masuk Istana, dah jadi sajian VVIP dan dah terbang nun jauh sampai ke Brunei dan seberang tambak ke Singapura!


dari kiri: Mocha Swirl, Orange Bite dan Pandan Delights - antara fav Kjee






dari kiri: Red Pearl, Snow Almonds & Strawberry Fingers -  yummy







Wartawan kanan Hajah Ct Arfah (Asst editor majalah Midi), adik angkat yang sudah berbelas (mungkin berpuluh) tahun yang Kjee tak temui, sudah ada di sana sebelum Kjee sampai (memang dah janji nak jumpa sana), menyampuk:

"Betul tu Kjee. Kita jer yang tak tahu rupa2nya...orang lain semua tahu.." Masa tu Kjee tak tahu mana nak sorok muka especially lepas satu, satu pencapaiannya diceritakan kepada kami.

Kalau tidak kerana Kjee nak jinak2 jadi agent jual kuih Raya tak de penyakit cari penyakit sebab diri pun bukannya sihat sangat , agaknya Kjee hanya berterusan kenal Rozita sebagai teman FB.

Bengkel Ita's Delight terletak di Lot 499, Jalan Sungai Berteh, Kelang. Tak susah cari kalau tahu...tapi semalam pilot Kjee, UnclePali tak tahu. Alhamdullilah tak sesat setelah Arfah yang ada di sana jadi co-pilot dan UnclePali jugak dapat bantuan Cik GPS.

Dari luar rumah batu setingkat itu lagi dah semerbak harum aroma cookies yang sedang disediakan kira-kira 18 pekerjanya. Rozita tengah sibuk melayan pelanggan dan jugak Arfah dalam office comelnya di bengkel itu. Masa berbual dengannya, kejap2 ada call, kejap2 ada sms menandakan sibuknya wanita in. Patutlah setiap kali Kjee sms atau call seringkali lambat dijawab. Hehehe.

Usahanita berusia dekat2 lima series yang sangat fotogenik ini, dah buat kerja ni selama 12 tahun tapi hanya beranikan diri buka bengkel milik asal rumah neneknya 5 tahun lalu.


Rozita bersama sebahagian pekerjanya. Semua  cookies hand made!


Masa Kjee war2kan ada menjual cookies Hari Raya Ita's Delight dan telah merasa kesedapannya, ada jugak fren FB yang kata, sukar sebenarnya nak "percaya sampel cookies sebab apabila dapat cookies sebenar, rasanya lain.." Ramai dah terkena dan Kjee jugak salah satu mangsa..sebab itu lebih rela buat sendiri.

Ini jawapan Rozita.

"Ita heran jugak Kjee. Kalau ada yang dah pernah beli dan rasa produk Ita, pasti dapat mengesahkannya. Ita buat sampel dan cookies yang dijual dari resipi sama," tegas bekas setiausaha yang meninggalkan gaji hampir RM6,000 sebulan semata2 sebab minatnya dalam bidang membuat cookies.

"Itu mungkin species macam peniaga kat Chow Kit, Kjee. Jenis yang jual cookies 'rasa sama tapi bentuk biskut lain lain'. Malam Raya jual borong 3 bekas RM10," kata Arfah yang buat Kjee, UnclePali dan Rozita ketawa.

Kami turut dihidangkan dengan beberapa jenis biskut yang baru keluar oven. Panas2 lagi. Arfah jamah sebiji dan angkat kening, terkejut dengan kerangupan dan keenakan rasanya. Kjee yang dah rasa sampel beberapa hari lepas, takut2 berani makan. Hmmm bukan nak jaga badan tapi jaga penyakit. Hehehe.


Kiri Hajah Ct Arfah Asst Editor Majalah Midi Karangkraf


Untuk Hari Raya, Rozita telah menyediakan 26 jenis cookies yang bukan sahaja sedap mata memandang tetapi sedap bila dimakan. Banyaknya jenis! Harga antara RM26 - RM28 untuk satu bekas yang mengandungi antara 42 hingga 52 keping setiap satu.Senarainya boleh dilihat dalam blognya  Ita's Delight.

"Customer pun banyak kerenah Kjee. So Ita nak bagi mereka pilihan."

Memang rambang mata. Setiap cookie berlainan tekstur, rasa dan warna. Rozita juga rupa2nya ada membuat kelas untuk mereka yang berminat belajar membuat cookies. Bagaimanapun, menjelang Ramadhan sudah dihentikan sementara kerana tidak menang tangan.

Hmmm itulah kesahnya. Hanya orang macam Kjee dan Ct Arfah tak tahu siapa Rozita pemilik Ita's
Delight ni. Satu Malaya, Singapura dan Brunei dah tahu. Tapi sekarang kami dah tahu! Hehehe.


Besarnya oven


Kalau ada yang nak order cookies Ita Delight, sekitar lembah Kelang, bolehlah order dengan Kjee. Nanti Kjee akan umumkan di mana Kjee berada menjelang Raya nanti untuk collect. Sms Kjee 0126780501.

Dan mereka yang di luar kawasan Kjee, hubungi sendiri Ita Delight  www.ita-delight.com atau emel itasdelight@gmail.com. Rozita mempelawa mereka yang ingin menjadi agent pengedar, menghubunginya segera kerana pesanan terakhir diterima untuk peniaga ialah 1 Ramadhan. Lain2 butiran akan diberitahu setelah menghubungi beliau di 0176757329.

Tengok gambar2 dah terliur. Bayangkan kalau makan sambil hirup secawan teh O atau kopi O panas. Kebaboooom. Hehehe.









Viewing all 1832 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>