Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live

NAMA GEMPAK TAPI LAKONAN LEMBU YANG DIPAKAIKAN BAJU LAGI ELOK!

$
0
0





Apabila Media Prima umumkan rangkaian TV mereka akan hanya mengambil pelakon2 yang 'ada nama' isyhh bukan ke semua orang kena ada nama kalau tidak camner  nak keluar surat beranak?, Kjee rasalah ramai yang akan terasa penangannya.

Baca sini.

Kjee bukan cakap bagi pihak diri sendiri sebab kita dah pencenkan diri sendiri walaupun masih ada pengarah yang panggil berlakon. Kjee hanya luahkan isi hati teman2 Kjee yang 'tak ada nama' serta jugak kesukaran Produser dan Pengarah dan Pengurus Produksi drama mendapatkan pelakon2 pilihan Media Prima.

Perkara ini bukan baru tetapi dah lama berlaku. Cuma hari ni jer bos Media Prima, Ahmad Izham Omar umum secara terang2. Ia sebenarnya sudah berlaku sejak zaman Kjee jadi pelakon dan juga jadi Pengurus Produksi Drama lagi. Bayangkan berapa lama dah berlaku kan!!

Rata2 masalah yang berbangkit ialah apabila kita serah skrip dan nama pelakon ke stesyen berkenaan. Selalunya, Produser dan barisan petugasnya akan menyenaraikan nama2 pelakon yang dirasakan sesuai untuk bawa watak yang dikehendaki dalam skrip.

Fazura - ada nama ada bakat


Produser pilih pun ikut budget. Mereka senaraikan Hero dan Heroin yang ada nama. Tapi yang pelakon pembantu, ikut kesesuaian watak dan juga budget. Ala hero dan heroin dah bayar gempak, yang pembantu, biase2lah jer kan!

Tapi bila sampai di pihak stesyen, kalau mereka tak berkenan dengan senarai pelakon yang mereka rasa 'kurang bernama' dan tidak boleh 'naikkan rating', sorrylah kena cantas. Produser pepandailah cari pelakon  yang mereka berkenan. Atau mereka sendiri yang tetapkan siapa yang mereka rasakan sesuai.

Dalam pilih punya pilih skrip dan pelakon yang mereka berkenan tu, usahlah dabik dada kata drama keluaran stesyen tu bagus sangat. Especially slot cerekarama yang ditayangkan malam minggu. Biasanya, Kjee hanya tonton 10 hingga 15 minit pertama, lepas tu tekan remote ke channel lain!




Shaheizy Sam Gred A+

Berbalik kepada pemilihan pelakon ada nama dan tak ada nama. Si pelakon yang ada nama pulak, apabila dah tahu nama dia orang dalam tersenarai dalam Gred A stesyen TV, mulalah naik tokcang. Letak harga melambung2 sampai tak masuk akal, minta baju sponsor, mekap mesti jenama kelas dan macam2 lagi!

Atau ada jugak pelakon species tadi yang terima aje semua tawaran walaupun masa pembikinannya sama atau hampir2 sama. Dia sign kontrak dan kata dia boleh 'deal' dengan pihak lagi satu untuk lepaskan dia berlakon. Dan bila tiba hari tersebut, batang hidung tak nampak. Pastu hantar sms kata sakit dan ada MC!

So pada Kjee lah, cara stesyen hanya ambil pelakon yang 'ada nama' tidak elok untuk perkembangan industri.

Bukan semua pelakon ada nama ada bakat yang boleh dibanggakan. Ada yang bakatnya.. ala2 lembu dipakaikan skirt atau dipakaikan kot pun, boleh berlakon lebih elok!!

Maaflah. Itulah yang sebenar2nya berlaku dalam industri pembikinan drama tanahair yang tidak diketahui penonton TV. Please step in SENIMAN!!!

Kalau korang tengok muka tu jer asyik enter frame setiap drama, korang pepahamlah ye.

DIA ORANG JER YANG ADA NAMA! Yang lain Anonymous!





ALAHAI NAJWA.. INI KES LEMBU PUNYA SUSU KE?

$
0
0




Mana ada penyanyi kita yang tak envy dengan segala pencapaian Yuna di Amerika. Kalau ada yang kata tidak, Kjee rasa dia tak cukup grey matter up there. Kalau diterjemah bahasa Melayu pasar, belum cukup otak!

Siapa tak nak berjaya macam Yuna. Kalau tak macam Yuna, macam Shila Amzah pun dah bagus sangat2 lah. Pasaran Negara China bukan kecik tau!

Tapi Kjee paling kesian pulak kat budak baru Najwa Latiff ni. Kjee bukanlah nak nak lemahkan semangat dia nak berjuang hingga ke taraf Yuna ataupun Shila. Jauh sangat lagi perjalanan awak. Kena kutip banyak ilmu, kena lakukan banyak pengorbanan dan yang paling penting kena buat banyak homework.

Sekarang ini tengah panas orang perkatakan mengenai sekumpulan pelajar2 di Amerika yang ramai2 menyanyikan lagu Sahabat yang dipopularkan oleh Najwa.  Lagu itu dirakamkan dan di upload kat You Tube.

Untuk pengetahuan semua, ada seorang pelajar Malaysia di sana yang bersusah payah mengajar teman2 bukan berbangsa Malaysia di sana  menyanyi dan merakamkan lagu itu. Tapi bila dah meletup, Najwa pulak tetiba amik kredit.

Ini gambar Ana Najia binti Sharin sedang mengajar kawan2nya lagu itu.



Cerita mengenai Ana Najia keluar dalam akhbar tempatan


Baca sini.

Pagi tadi Kjee dapat mesej dari ibu pelajar Malaysia itu.

Slm kak gee. Amy nak minta tlg kat kak gee. Sedih sgt dgn najwa latif penyanyi tu. Anak amy ada di US skrg..utk program xchange student. Dia ada ajar lagu SAHABAT nyanyian najwa ni kat students chorus group kat high school sana. Lagu tu dah meletup di youtube tp boleh pulak najwa tu berpura2 tak tau lagu tu anak amy yg ajar. Siap terharu sebak sdgkan dia dan kakak dia dah tahu dari awal menerusi twitter anak amy. Sakitnya hati bila dia berbangga sgt bila dia kata lagu dia dipilih di US tu. Sebagai ibu mesti la amy fhm mcmana perasaan anak amy tu. Ptg td radio era pun ada siarkan lagu tu dan maklumat tak betui la. Berita Awani pun ada.

Nama anak Amy, Ana Najia binti Sharin. Umur 18 thn..br dpt result spm. Hehee..10A. Dah 6 bulan belajar di Chariho High School, US. Melalui prog pertukaran pelajaran. Blk nanti nak sambung form 6 wpun dah dpt tawaran dr UIA. 
Huhhh..pnjg lebar ni sbb terkilan dgn najwa latip tu.


Minta sgt jasa baik kak gee bg penerangan kat blog atau fb kak gee. Jasa baik kak gee tuhan je yg dpt membalasnya.

Kita tunggu sahaja apa jawapan Najwa nanti yer. Apakah tanpa usaha anak Amy, lagu Najwa tu orang sana boleh kenal?

Jangan kerana lembu punya susu, sapi dapat nama....







SAMBAL TUMIS UDANG BUBUH PETAI

$
0
0





Lunch Kjee yang paling simple setakat ini. Nak kata malas tak lah pulak tapi hanya selera nak makan sambal tumis udang bubuh petai dan ikan Pelaling goreng. Kalau ada yang masih tak kenal ikan Pelaling, ia adalah ikan kembung yang kecik2 tu.

Kjee hanya buat sambal udang dengan petai. UnclePali rebus sikit petai, goreng ikan dan buat sambal belacan bubuh belimbing. Eh belimbing kecik tu belimbing besi ke buluh? Ahhh hantam sajalah labu.

Korang nak resipi sambal,klik sini. Itu jer. Dah letih. Malas nak story.


Rebus sampai airnya kering

My petai jeruk

Oh ya tadi Kjee rebus ikan tongkol nak buat Gulai Ikan Tongkol ala Kelantan nak makan dengan Nasi Dagang, untuk brunch esok. Malam karang baru masak gulai, Esok lepas subuh, nak buat nasi dagang pulak.

Selain tu, petai yang Nadia beli kat Chow Kit malam tadi ada baki 3 papan, so Kjee masukkan dalam botol dan buat petai jeruk. Sebab tu penat kot. Hehehe.





SEKALI DUA CUKUPLAH MOKCIK...

$
0
0


 BANYAK2 KALI BUAT ORANG LOYA TAU!







KERABU KAKI AYAM PEMBUKA SELERA

$
0
0


Disebabkan tiap kali order, pelayan kata dah habis, Kjee terpaksa buat sendiri. Habis tu camner kalau tekak dah teringin sangat kan!

Kjee tak pernah buat Kerabu Kaki Ayam sebelum ini. Bukan susahpun resipinya. Pada Kjee, apa jer Kerabu sama cara membuatnya. Pandai2lah adijust sendiri kan!

Kjee selalu jugak buat Kerabu Mangga. Dan kalau ikutkan tekak Kjee, Kerabu Kaki Ayam ni sikit lebih kurang sama resipinya.

Tadi Kjee buat guna 10 pasang kaki ayam. Setelah dicantas kukunya, Kjee rebus selama sejam. Ada kata lebih elok guna pressure cooker tapi tadi malas pulak yang keluarkan periuk yang berat tu. Kalau guna pressure cooker, 20 minit dah lembut.







Lepas rebus kira2 sejam, Kjee rendam pulak kira-kira 20 minit dalam air sejuk. Kemudian Kjee guna pisau tanggalkan kulit kaki ayam dari tulangnya. Hiris kasar2.

Pastu hiris 1 labu bawang besar bulat2, 1 batang serai, cili padi ikut kepedasan, bunga kantan dan daun kesom. Kemudian Kjee petik2 daun ketumbar dan campurkan dengan semua bahan2 hiris tadi. Kena hiris halus2 especially serai tu.

Kemudian sediakan pulak sosnya. Kjee guna 5 biji limau kasturi. Rasanya lebih sedap kalau guna limau nipis. Perah jusnya dalam mangkuk kecik. Bubuh 1 sudu besar sos nampla, 1 sudu besar gula dan secubit garam. Kacau sampai rata.

Masukkan kulit kaki ayam bersama bahan2 hirisan. Gaul sampai rata. Kemudian curahkan sos dan gaul lagi sampai rata.

Itu jer. Senang kan? Kalau nak cuba, silakan lah. Hehehe. Oppss rasa2nya kalau ditumbuk udang kering pastu dicampurkan sekali, okay jugak kot. Hah lain kali nak buat cam tu.

Rasanya mesti cukup masam, manis dan pedas.







FIRST TIME BUAT NASI DAGANG KELANTAN + GULAI IKAN TONGKOL

$
0
0



Kjee tak pernah konfiden nak buat Nasi Dagang. Tak tahu kenapa. Tetapi setelah mencuba hari ni, rupa2nya taklah susah sangat.

Kjee selalu buat Nasi Lemak Kukus atau pun kaedah sama untuk buat Pulut Kuning, so actually cara sama buat Nasi Dagang. No hal punya!

Kalau tak silap Kjee lah Kjee ada baca somewhere yang kononnya nak buat gulai ikan Tongkol untuk makan dengan Nasi Dagang harus ada rempah. Dan rempah yang sedap hanya dibuat oleh pengusaha rempah di Pantai Timur.

Itu yang buat Kjee runsing nak buat Gulai Ikan Tongkol. Kjee ingat perlu rempah. Tapi apabila Kjee surf internet dan intai2 resipi lauk tu, hmmm rata2 mereka guna bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, cili kering dan santan. Dan of course ikan tongkol.

Habis tu, kalau bahan2 semuanya yang mudah diperolehi malah sentiasa duduk menunggu di dapur, kenapa pulak ada rempah kan?

A few days ago Kjee pergi ke Pasar Keramat beli beras Nasi Dagang walaupun UnclePali kata beras pulut dan beras Basmathi ada kat rumah, adjust jerlah buat Nasi Dagang warna putih. Tapi Kjee tak puas hati. Alang2 buat first time, biarlah guna bahan2 yang lengkap. Ewah kononnya! 

Sahabat Kjee Wan Noor Rizan cek mek molek Kelate yang molek sungguh kebetulan call malam tadi masa Kjee terpinga2 nak tahu berapa jama perlu direndam beras nasi dagang tu. Rendam sebelum tidur, Kjee, kata Wan.






Kjee pun rendam sekilo. Pagi tadi Kjee kukus macam Kjee kukus pulut kuning. Cuci beras yang telah rendam, tos seketika, campur bawang merah dimayang halus dan halba dan kukus dalam kukusan yang berlapik daun pisang kira-kira 30 minit.

Lepas 30 minit, Kjee keluarkan  beras itu ke dalam besen dan masukkan 1 cawan air, gaul rata dan kukus balik kira-kira 20 minit.

Selepas itu, sediakan santan. Kjee guna santan kotak. Campur 1 kotak santan dengan 1 cawan air dan garam mengikut rasa. Keluarkan nasi yang dikukus dan bubuh dalam besen. Kemudian dicurahkan santan bergaram tadi. Gaul hingga sebati dan kembali kukus selama 30 minit.

Apabila dah puas hati nasi dagang dah masak, padam api.

Masa menunggu Nasi Dagang tadi siap masak, Kjee sebenarnya terus sediakan bahan2 untuk buat gulai. Kjee guna 6 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 1 inci halis, 1 inci lengkuas, 2 inci kunyit hidup, 10 batang cili kering. Semua bahan ni Kjee blend sampai halus.

Kemudian Kjee bubuh semua bahan kisar dalam periuk dan masukkan 2 cawan air dan didihkan. Apabila mendidih, Kjee masukkan 1 kotak santan dan terus didihkan guna api sederhana. Apabila sudah mendidih, Kjee masukkan ikan tongkol dan 2 keping asam gelugur.



Rebus hingga kering airnya



(Untuk pengetahuan semua, ikan tongkol telah Kjee rebus bersama 3 keping asam gelugur  dan sedikit cuka hingga kering airnya. Kemudian selepas sejuk, Kjee simpan dan peti ais).

Masak gulai ikan tongkol tu guna api perlahan kira-kira 20 minit, bubuh garam secukup rasa dan sedikit gula. Sebelum padam api, Kjee masukkan segenggam kacang panjang yang Kjee potong 1 inci panjang, 15 biji cili api dan 3 biji cili hijau. Biarkan masak 3-4 minit, baru padam api.

Makan dengan jelantah atau acar mentah timun dan carrot. Kjee tambah telor rebus dan ayam goreng.







ELAKKAN AKTIVITI LUAR. UDARA TIDAK SIHAT KERANA JEREBU

$
0
0
gambar hiasan ketika KL teruk dilanda jerebu










Kalau negara kita dilanda jerebu, selalunya ia dikaitkan dengan pembakaran hutan di Sumatera. Apabila negara mula dilanda jerebu beberapa hari lepas, rupa2nya berlaku kebakaran dalam negara. Apakah hanya kebakaran dalam negara atau dicampurkan dengan pembakaran hutan di negara jiran?

Apa2pun, esok hari kerja dan sekolah, jadi harap2 di kawasan2 yang terbabit dengan jerebu, elakkan aktiviti luar. Sekiranya perlu menjalani aktiviti luar, seelok2nya memakai penutup hidung.

Ini berita yang Kjee copy paste dari mStar online.


Bacaan Udara Tidak Sihat Dikesan Di Enam Kawasan

PETALING JAYA: Keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung Malaysia dengan enam kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar.

Pada pukul 11 ​​pagi Ahad, Jabatan Alam Sekitar mengesan bacaan kualiti udara yang tidak sihat bagi Pelabuhan Klang (104), Melaka (129), Linggi (117), Sungai Udang (120), Muar (125) dan Kijal (101) dengan kawasan lain di Semenanjung menunjukkan tahap yang baik dan sederhana.

Pihak berkuasa kesihatan sedang memantau keadaan dan akan mengeluarkan lagi nasihat awam dari masa ke semasa.


JOM ORDER BISKUT RAYA

$
0
0
Musim cuci mata nak buat pilihan cookies untuk Hari Raya.  Di bawah antara pilihan cookies yang disediakan oleh Ita's Delight.

Kalau berminat menjadi ejen Ita's Delight atau kalau ada yang nak order tetapi tinggal di luar Lembah Kelang, sila emel di Itasdelight@gmail.com atau sms/call 017 6757329.

Kalau ada yang ingin order secara kecil2an di sekitar Lembah Kelang, bolehlah email Kjee di  fauziah.samad@gmail.com atau sms 0126780501 atau yang jadi fren FB Kjee, bolehlah PM. Kjee akan beritahu beberapa pick-up points sekitar Lembah Kelang untuk tujuan pick up seminggu ++ sebelum Hari Raya.

Harga satu pek 42 hingga 52 pcs adalah RM26 kecuali Blueberry Tarts RM28.



MOCHA SWIRLS

ALMOND CRUNCHIES



ALMOND LONDON

ALMOND TOAST COCONUT

BROWNIES FLAKES

CEREAL BLEND

DANISH PEAS

HAZELNUT CRISPIES



NESTUM CRACKER

OAT CHIPS

ORANGE BITES

PANDAN DELIGHT

PISTACHIO CRUNCH

RED PEARL

SNOW ALMOND

STRAWBERRY FINGERS

STUNNING OREO

SWEET CHERRIES

BLUE BERRY TARTS - RM28 satu pek

YUMMIES SESAME


SOTONG GORENG SAMA KUNYIT...SEDAPLAH EH

$
0
0





Kalau beli sotong, Kjee selalu ketandusan idea nak masak apa. Hari tu Kjee beli sebab nak masak sambal bubuh petai. Tapi tetiba ubah fikiran buat pulak sambal udang petai. Dah seminggu Sotong tu duduk bertapa dalam freezer.

Hari ni pun kalau nak ikutkan hati tak ada plan nak masak sotong. Tapi tetiba bila UnclePali kata goreng kunyit jer lah, Kjee pun teruja sangat nak buat Sotong Goreng Kunyit cam gambar. Actually UnclePali suruh goreng bodoh jer kot. Naseblah.

Dah banyak kali Kjee buat masak camni. So resipinya korang intai jer lah kat sini yer. Kali ni Kjee bubuh kacang panjang instead of kacang buncis.














HARI KHAMIS TAK ADA AIR PAIP, SO CEPAT2 TADAH

$
0
0



KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mengganti injap di Pam No 3, Rumah Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja yang akan dijalankan oleh operator Loji Rawatan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di sini Isnin.

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Antara kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur ialah Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Kawasan Bukit Damansara meliputi Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasam, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Kawasan Gombak meliputi Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Kawasan Industri Tago, Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri, Medan Putra, Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.

Di Hulu Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai, Kuang, Kampung Baru, Kampung Melayu Sri Kundang, Kampung Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Bandar Tasik Puteri, Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.

Kawasan Petaling melibatkan Bukit Rahman Putra, Taman Impian Indah, Taman Sri Putra, Saujana Akasia, Taman Sri Putra Mas, Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.

Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air yang rendah iaitu kawasan Segambut meliputi Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang, Taman Prima Pelangi, Taman SPPK Segambut, Taman Segambut, Taman Segambut Permai.

Taman Segambut Damai, Taman Segambut Muda, Taman Segambut Aman, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Taman Prima Impian, Taman Desa, Kampung Segambut Dalam, Kampung Segambut Bahagia, Kampung Segambut Tengah, Kampung Segambut Gate, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Kesington Park, Changkat Kiara Bayu, Changkat Kiara Surya, Prima Duta, Menara Duta, Duta Ria dan kawasan Mont Kiara.

Di Petaling meliputi kawasan Kuarters Penjara Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Desa Moccis, Kampung Paya Jaras, Hospital Kusta, Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina), Kampung Desa Aman, Saujana Damansara dan Prima Damansara.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL)di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Maklumat lanjut boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my atau menerusi Twitter dan Facebook PUSPEL.- BERNAMA

WAHAI 10 JUTA ORANG ITU, SILA BERTINDAK!!

$
0
0







10j pencarum KWSP tiada penama

KUALA LUMPUR 17 Jun - Lebih 10 juta daripada 13.69 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini gagal menamakan penama akaun mereka sekali gus mengundang masalah kepada proses pengeluaran caruman apabila berlaku kematian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, setakat ini hanya 3.51 juta pencarum mempunyai penama berbanding jumlah pencarum aktif kini iaitu 6.44 juta.

Sehubungan itu, beliau menyeru pencarum yang belum lagi menamakan penama agar segera berbuat demikian bagi memudahkan kaum keluarga melaksanakan urusan pengeluaran caruman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Antara sebab pencarum tidak meletakkan penama mereka mungkin kerana mula-mula mencarum, mereka belum berkahwin, itu antara sebabnya.

"Kadang-kadang mereka tidak fikir apa yang akan berlaku kepada diri mereka. Kemalangan tidak berbau, kita tidak akan menyangka kita boleh meninggal pada waktunya," kata beliau kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi di KWSP di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, meskipun KWSP masih belum mewajibkan penamaan tersebut tetapi untuk kebaikan, kemungkinan pihaknya akan menolak borang permohonan caruman pemohon yang tiada penama pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini, mereka boleh menamakan penama masing-masing melalui borang penamaan yang terdapat di semua 60 kaunter KWSP seluruh negara atau melawat laman web MyEPF di http://www.kwsp.gov.my untuk keterangan lanjut.

"Saya juga difahamkan, KWSP akan melancarkan kempen tertentu untuk memastikan semua pencarum mempunyai penama agar ia tidak menyusahkan urusan pengeluaran apabila berlaku sesuatu kepada diri kita," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130618/dn_03/10j-pencarum-KWSP-tiada-penama#ixzz2WX1Tkf7i
© Utusan Melayu (M) Bhd

MAAF... KEGUNAAN 'POTTU' BUKAN SEKADAR HIASAN!

$
0
0


Foto2 ehsan cik google




Malam tadi Kjee tengok MasterChef Selebrity sebab nak tengok siapa yang tersingkir dan siapa masuk finals. Rupa2nya masih ada tiga episod lagi sebelum final. Dan tiada penyingkiran hingga hujung episod ke-4 itu.

Tak kesahlah. Lagipun, setakat hujung minggu lalu, dah hebuh siapa masuk final, dah siapa juara. Kononnya, finals rancangan itu telah dirakamkan baru2 ini di KLIA. Ada yang nampak rakaman itu, justru hebuhkan di Facebook.

Sahih ke tidak, Kjee tak tahulah. But kecewa jugak apabila diberitahu Syura jadi Juara, Celina kedua dan Rozita Che Wan, ketiga. Jadi korang tahulah yang Kencana Dewi gagal masuk final.

Anyway, bukan kesah juara ke tidak yang mahu Kjee story kat korang. Ini pasal rancangan tersebut yang disiarkan kelmarin (Selasa 18 Jun).

Ketika melihat kelibat keempat2 peserta masuk melalui pintu besar dapur Masterchef tu, Kjee senyum lihat semuanya memakai baju tradisional India iaitu Saree. Agaknya minggu depan dia orang pakai baju Cheongsam dan baju kurung. Final pakai Arab lah. Hehehe.



dari FB Masterchef Selebrity






Tetapi apabila close-up muka Syura yang bertudung hitam dan tutup aurat walaupun memakai saree, hati Kjee tertanya2. "Eh apasal dia pakai pottu kat dahi dia?!!"

Pottu bukanlah budaya India tetapi kepercayaan Agama Hindu. Dulu2 Pottu yang mereka gunakan adalah dari abu mayat!!

Kjee pun google cari apa2 yang boleh dijadikan bukti apa yang Kjee tulis ini. Dan antara yang Kjee temui ialah:

 "The tilak or pottu invokes a feeling of sanctity in the wearer and others. It is recognized as a religious mark. It form and colour vary according to one's caste, religious sect or the form of the Lord worshiped.- sumber Blog Guru, The Remover of Ignorance

Kjee kemudian menerima panggilan telefon dari seorang bekas wartawan kanan sebuah akhbar Perdana yang turut meluahkan keprihatinan beliau mengenai apa yang dipakai oleh Syura dan Rozita Che Wan.

"Teringat saya dulu masa arwah Sudirman dan Noor Kumalasari mengambil bahagian dalam rancangan Hiburan Minggu Ini. Noor dan Sudir pakai baju tradisional India untuk satu lagu Tamil. Noor pakai 'pottu' masa rakaman tapi masa disiarkan di TV, segmen lagu itu telah dipadamkan," katanya lagi.

Wartawan itu bagaimanapun, berkata tidak salah nak pakai baju tradisional India tapi mereka yang menyediakan pakaian dan juga aksesori, harus peka terhadap sensiviti Agama. Apatah lagi Syura memakai tudung!!

Kjee pernah jugak dengar sedikit kekecuhan apabila Tiara Jacquelina memakai 'Pottu' dalam filem Puteri Gunung Ledang. Tetapi apabila dibangkitkan hal ini, Tiara berkata ia hanya hiasan. 

Sedarlah... jangan jadikan Pottu sekadar hiasan. Kjee pasti kaum India pun tidak suka kalau bende yang menjadi amalan agama mereka dijadikan perhiasan!

Diharapkan artis atau sesiapa sahaja yang ingin mengenakan pakaian tradisional especially sekarang kalau ada Family Day, Konsert Tadika dan sebagainya, pun ada tema Bollywood, sensitif sedikit mengenai kegunaan apa2 aksesori yang bertentangan dengan Agama Islam.








KARI TUMIS (BUKAN DARAT) IKAN TALANG KERING

$
0
0







Hari ini Kjee masak Kari Ikan Talang Kering setelah kesian tengok ikan talang tu duk termenung berbulan2 dalam fridge. Kjee beli ikan talang kering yang tak berapa besar ni masa pergi Lumut, Mac lalu. Naseb baik ikan kering kan? Kalau tak kering, jadi kering kerontang macam kayu duduk dalam freezer! Hehehe.

Ikan Talang kering ni sedap masak kari atau masak lemak kuning bubuh nenas jer. Lain tak pernah Kjee tahu. Oppps boleh buat acar ikan kering jugak. Hah bab acar ni lama dah tak buat. Kena buat stok untuk sahur bulan Ramadhan nanti. Tunggu.

Kari ikan talang favorite Nadia dan Kjee dan UnclePali. Tapi Kjee dan Nadia suka bahagian isinya dan UnclePali suka tulang2 dia. Baguih lah. Kalau makan tak berebut. Hehehe.

Pagi tadi Kjee rendam ikan talang ni selepas dipotong2 sebesar empat jari. Kalau kecik2, nanti hancur masa masak. Arwah bonda kata kalau nak bagi ikan kering ni kurang masinnya, kena rendam dalam air garam. Pelik kan Tapi itulah yang Kjee selalu buat. Jangan derhaka pesan ibu!!









Masa masak tadi, Kjee tak bubuh garam. Hanya sekeping asam gelugor. Masa nak hidang nanti baru Kjee  rasa. Kalau dah masin, tak payah bubuh garam lagi.

Kjee guna kaedah menumis untuk masak kari ikan talang ni. Kjee tak suka buat tumis darat sebab tak suka bau rempah yang tidak digaringkan terlebih dahulu. Tumis darat cara orang Utara kot. Tak perlah...cara memasing.

Resipi korang intai kat sini.

Kalau sehari dua ni korang tengok gambar lain macam jer, maknanya mata korang tak silap. Kjee dah gajikan seorang jurufoto separa profesyenal untuk tugasan tangkap gambar. Gajinya Kjee bayar ikut ada kerja ada makan. Makan jer lepas tangkap gambor. Orangnya tak lain tak bukan my Chenta Hati, UnclePali. Hehehe. Okay kan gambar dia tangkap!






CUCU SEDARA KU - KEMBAR 3 TAK SEIRAS - DAH BESAR

$
0
0


Tidur berselerak



Pandai bawak diri cos mummy sibuk

Start them young








Oppps dah kantoi






Semua foto dari album FB Putri Alia Farina, bonda kepada triplets, Riyadh, Rizq dan Ra'ed. Sekarang dah 20 bulan!


TUNANG SHAH JASZLE DAH KATA GOODBYE

$
0
0





Akhirnya setelah Shah Jaszle mati2an dakwa tunangannya menerimanya seadanya walaupun membut kenyataan 'diperangkap' dalam kes khalwat baru2 ini, dia kecundang jugak. Rupa2nya dah 10 hari keluarga pihak perempuan meletakkan noktah atas perhubungan tu.

Dan pagi tadi Kjee baca dalam blog Rotikaya, Shah Jaszle dikhabarkan menyerang wanita yang membuat pengakuan di Melodi Ahad lepas yang mereka sebenarnya memang ada hubungan intim. Dan penangkapan itu bukan perangkap sebab pihak yang menangkap sudah lama mengintip kehadiran Shah Jaszle di rumah 'kekasih gelapnya'.

Dan sekejap tadi pulak, mStar mendedahkan lebih terperinci lagi.

Ewah kes ni nampaknya ala2 drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Ceritanya tak sama tapi sejak follow drama tu, Kjee rasa ramai yang dah tak berapa minat dengan Shah Jaszle lagi.

Badi berlakon watak itu berlarutan hingga ke his real life.


Ini Kjee copy paste dariblog Rotikaya.
Dan ini dari dari mStar Online.





IKAN KOMBUNG LOMAK PODEH NISMILAN

$
0
0





Hari ini masak makanan yang cukup sinonim dengan orang Nismilan (Negeri Sembilan). Sebut jer Masak Lomak Cili Api atau Cabai Burung atau Cabai Melaka, omak2 dan abah2 pasti torsonyum. Kena buek pokat2 dan podeh2 baru sodap.

Eh betul ke slang nogori den? Hantam sajalah labu.








Masa Kjee ligat berlakon dulu, selalu jugak shooting kat Nismilan. Kek (dekat) Pilah (Kuala Pilah), Jolobu (Jelebu), Somban (Seremban), Seri Monanti (Seri Menanti) dan kek mano laie, ese dah lupo.

Kalau shooting kat rumah kampung, Kjee mesti jenguk kebun belakang dapur rumah dia orang. Penuh dengan pokok cili api, pokok kunyit dan serai. Pastu pokok kelapa adalah sebatang dua. Dan kalau ada pokok kelapa mesti ada mesin kelapa. Kalau tak ada, mesti ada kukur kelapa.








Maknanya orang Nismilan kalau nak buat Masak Lemak Cili Api bukan main mudah. Main petik2 cili api, daun kunyit dan buahnya serta kait kelapa kek belakang ghumah.. Hanya perlu beli ikan. Kalau masak lemak ayam kampung, disalainya dulu. Adoi...maleh nak citor!

Kalau buat rendang daging dia orang campakkan jugak kacang panjang last minute sebelum rendang masak. Kenangan mengusik jiwa sebab masa kecik2 (belum sekolah lagi), kami sekeluarga pernah tinggal kat Pilah dan Somban. Dua adik Kjee lahir di Nismilan. Sorang di Pilah dan yang bongsu kek Somban.

Ini nak citer pasal famili ke pasal lauk Masak Lomak Cili Api? Oppps korang perasan dah tersasar yer.

Hari2 citer pasal resipi boring gak sebab lauk ni dah banyak ulang tayang. So korang tengok jer lah resipi dia kek sini. Hari ni Kjee guna 1 setengah kotak santan. So my lauk very de pekat, podeh dan sooo gud. Hehehe.







PIHAK LELAKI KATA BELUM GOODBYE DAA...

$
0
0






Boleh merenglah kalau follow kes ini. Ini last lah. Kjee terpaksa siarkan apa yang terbaru disiarkan oleh mStar. Nanti tak semena2 kena heret.

Ikuti berita yang Kjee copy paste ni.

'Putus Tunang Atau Tidak Selepas Kes Khalwat' - Ibu Shahrizal Jaszle

PETALING JAYA: Sama ada pertunangan di antara pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan Redzwani Putri, 25, akan diteruskan atau tidak bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.

Ibu merangkap pengurus kepada pelakon lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 68, berkata, setakat ini pertunangan anaknya dengan Redzwani Putri masih belum putus.

Zaleha juga menepis laporan sebuah akhbar pada Khamis kononnya hubungan kedua-dua pasangan itu sudah berakhir adalah tidak benar.

"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak perempuan belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.

“Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Zaleha diminta mengulas laporan akhbar pada Khamis kononnya hubungan Shahrizal Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Redzwani Puteri sudah diputuskan pada 10 Jun lalu.

Ia berikutan kes penangkapan khalwat Shahrizal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati Salleh, 21, oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi, 16 Mei lalu.

Terdahulu dalam rancangan Melodi di TV3 Ahad lalu, Farah Nurizzati mendakwa penangkapan khalwat itu bukanlah satu perangkap manakala dia dan Shahrizal mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu Zaleha berkata, terpulanglah kepada masyarakat untuk mempercayai kenyataannya atau tidak tetapi apa yang penting pertunangan anaknya dengan Redzwani masih kekal seperti dahulu.

"Saya tidak mahu fikir apa yang orang lain fikir, tetapi saya bangga dengan sikap Redzwani yang sentiasa berada di sisi anak saya ketika kontroversi ini berlaku selain dia turut memberi sokongan moral kepada Shahrizal," katanya.

Sementara itu Zaleha berkata dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati pada Rabu, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat.

Ujarnya, dalam perjumpaan itu Shahrizal memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Farah Nurizzati.

"Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing," jelasnya.

NADIA BUKA PUASA DENGAN BUBUR LAMBUK SPECIAL MAMA

$
0
0




Masa peserta MasterChef Celebrity masak bubur lambuk hari tu, terkejut Kjee apabila mereka terpaksa menggunakan dekat 20 jenis rempah. Banyaknya. Nak masak kari ke nak masak bubur!

Nadia senyum pandang Kjee sambil kata Bubur Lambuk Special Mama hanya guna kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang merah dan halia! Itupun, dah maksimum sebab Nadia marah kalau bau rempah terlalu kuat atau overpowering.

Bubur Lambuk Kampung Baru yang femes seantero Malaya, jugak guna banyak rempah termasuk udang kering, daging dan sebagainya.



Kuning telor yang jadi rebutan kalau makan bubur lambuk Kjee



Kelainan Bubur Lambuk yang Kjee buat ialah Kjee pecahkan telor asin ke dalam bubur yang sedang mendidih 10 atau 15 minit sebelum padam api. Lepas dimasukkan telor, barulah Kjee tumis asing2 bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dimayang halus dan masukkan ke dalam periuk.

Resipi penuh korang tengok SINI..

Orang lain buat bubur, kalau guna telor asin, telor tu direbus dan dihidang bersama bubur. Tapi heran lah, banyak mana telor asin yang Kjee bubuh dalam satu periuk bubur, tak pernah bubur Kjee masin. Tapi kenapa kalau telor tu direbus begitu saja boleh masih kan? Jawapan yang Kjee tak dapat sampai hari ini!









Masa Kjee meniaga dulu customer Kjee tak pernah komplen. Kjee sengaja tak bubuh garam dalam bubur lambuk ni. Kalau ada sesiapa nak masin ikut tekak memasing, Kjee sediakan kicap cair atau fish sos yang dibubuh cili api potong.

Kira satu Malaysia tak adalah orang buat bubur lambuk letak telor asin didalamnya macam Kjee buat, agaknya. Ewah eksen kita kan?

Anyway, korang yang tak pernah buat, cubalah. Bukan orang tua jer suka tapi anak2 pun, Insya Allah suka.




SHEILA SPICES JOURNEY, BUKAN SEKADAR PAKAR MASAK

$
0
0
 SIRI JEJAK BLOGGER #10



Header Spices Journey yang kreatif














Kek Zebra



Dari mata turun ke hati. That was how I felt apabila Kjee terpandang gambar kek Zebra dalam blog link salah satu blog masakan yang Kjee intai banyak bulan yang lalu. Kjee tak pasti dalam blog mana tapi jari jemari Kjee terus klik pada gambar itu kerana kenangan begitu mengusik jiwa.

Kek Zebra tersebut terus mengamit kenangan Kjee bersama arwah Bonda. Beliau suka sangat buat kek Zebra (yang kadang kala dipanggilnya Kek Belang), walaupun hasilnya tidak secantik yang dihasilkan oleh Sheila, pemilik blog Spices Journey... itu.

Sejak terpaut pada keindahan seni tangan Sheila yang dipamerkan menerusi Kek Zebra, Kjee terus melekat pada blog tersebut dan cuba tidak miss setiap entry yang ditampal Sheila.








Pada Kjee, bakat Sheila bukan sahaja dalam bidang masakan. It's just a tip of the iceberg. Makin lama Kjee follow blog wanita yang putih gebu ini (yang separuh Pulau Pinang sebelah ibunya dan Johor sebelah ayahnya), makin Kjee sedar betapa kentalnya dia di segi semangat dan bakat.  Pada Kjee, Sheila seorang pencinta seni. Hasil tangannya cukup artistik dan ini cukup evident pada foto2 masakannya.

Dan selain itu, Sheila (dengan suami yang tercinta sebagai pendorong) juga amat meminati barang2 Melayu lama atau antik. Kjee tak pernah berbual mahupun bersapa dengan Sheila selama ini (selain melalui messages di Facebook) tetapi Kjee cukup senang memerhatikan Sheila melalui paparan di blognya.

Gambar2 masakan masakan Sheila yang dipaparkan di blognya bukan sahaja menuntut hasil kerja tangan yang tinggi dan halus pembikinannya tetapi Kjee boleh jatuh cinta dengan komposisi props dengan bahan2.






Blog2 masakan bercambah bagai cendawan tumbuh selepas musim hujan. Dan hanya bloggers yang boleh berikan lain daripada yang lain sahaja, yang Kjee rasa, boleh mendapat pageviews puluhan ribu tiap hari.

Pada Kjee, Sheila seorang wanita yang serba boleh memasak apa jua masakan. Ada bloggers yang hanya 'terrer' buat biskut ataupun kek. Tetapi daripada pengamatan Kjee, apa sahaja yang Sheila buat menjadi, waiimah masak lauk pauk serta kuih muih Melayu, Chinese mahupun Western.

Kjee yakin bonda Sheila juga seorang pakar masakan. Ada sekali dua Kjee terbaca dalam blog Sheila bagaimana dia terus mengubungi Bonda untuk mendapatkan resipi atau tips apabila tidak begitu yakin hendak memasak sesuatu. Begitu hebat penangan air tangan seorang ibu!









Ibu kepada seorang anak gadis tunggal yang comel, Sheila kini giat membuat bisnes Kek yang difahamkan, mendapat sambutan hangat. Antara kek air tangannya yang cukup popular ditempah ialah Kek  Buah Kukus dan jugak Red Velvet Cake.


Kek Buah Kukus...sapalah tak teruja!



Tiap kali melihat gambar Kek Buah Kukus Sheila, begitu teruja rasanya nak mencuba tetapi apakan daya Kjee tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk melakukannya.

This is surely a blog yang harus korang follow kalau tidak berkesempatan sebelum ini. Bagi Kjee, blog Spices Journey Sheila, boleh redakan tekanan stress. Gambar2 yang bukan sahaja membuat kita terliur tetapi jugak food for your eyes.

Terima kasih Sheila kerana beri kerjasama kepada Kjee dengan menghantar melalui emel, gambar2 yang Kjee siarkan ini. Kjee pernah try buat Butter Prawns awak. Memang menjadi dan sedap. Thnx kerana sudi kongsi resipi.














JEREBU DI JOHOR TAHAP BAHAYA!

$
0
0










JOHOR BARU: Kualiti udara di Kota Tinggi, Johor semakin buruk apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras berbahaya dengan bacaan 313 pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) situasi di daerah lain beransur baik.

Pasir Gudang yang tersenarai dalam kawasan yang berada pada tahap sangat tidak sihat mencatatkan bacaan 310 berbanding 313 pada malam Khamis.

Bacaan IPU di Muar menurun kepada 183 (tidak sihat) kepada 337 (berbahaya) manakala kualiti udara di Larkin Lama beransur pulih dengan bacaan 190 daripada 219 pada pukul 11 malam Khamis.

Bangunan di beberapa pusat bandar hanya boleh dilihat dari jarak 1km kerana keadaan jerebu tebal.

Orang ramai dilihat mula memakai topeng penutup hidung ketika berada di luar rumah dan bangunan. - mStar Online
Viewing all 1832 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>