Quantcast
Channel: FauziahSamad.com
Viewing all 1833 articles
Browse latest View live

CUBAAN PERTAMA KUIH BAHULU CERMAI

$
0
0







Ini pertama kali Kjee buat kuih Bahulu, sendiri. On my own. Kali terakhir Kjee buat adalah bersama arwah Bonda, puluhan tahun lalu. Hmmmm masa Kjee masih remaja. Lamanya kan? Sekarang dah 60 tahun baru berani buat sendiri.

Dan walaupun mungkin nampak cantik hasil Kuih Bahulu Cermai ini, jauh di sudut hati Kjee, Kjee tahu Kjee sebenarnya telah gagal. Serius. Walaupun gebu dan ringan, namun Kjee tahu Kjee ada buat kesilapan meminda resipi tanpa berfikir panjang.

Bayangkan, resipi asal Mat Gebu hanya memerlukan 5 biji telor. Gred A. Tapi kerana Kjee nak guna telor itik yang kecil, Kjee guna 6 biji telor itik. Rasanya gred B atau mungkin C. Kjee tambah sebiji lagi tanpa meminda timbangan tepung! Sepatutnya tambah telor, tambahlah tepung kan? Hmmm bodoh lama belum hilang, timbul bodoh baru... Bonda suka cakap macam tu dulu. Hehehe.














Justru, Kuih Bahulu yang Kjee hasilkan kurang kenyal. Lebih mirip kepada kek span atau sponge cake. Tapi, taklah rosak kejadiannya. Cuma kurang rasa tepung. Lain kali, Kjee akan hati-hati dan follow resipi asal as close as possible.

Kjee tak suka kalau Bonda buat Kuih Bahulu. Kjee suka makan tapi tak suka bab kepuk atau pukul telor. Selalunya, Kjee jadi mangsa. Jadi tukang pukul telor untuk buat kuih ni. Tak sanggup tengok bonda berhempas pulas seorang diri. Arwah mungkin bangga dengan apa yang Kjee lakukan hari ini, walaupun Kjee guna Hand Mixer untuk kepuk telor. Hehehe.

Oleh kerana Kjee pernah buat masa remaja dulu, maka bukanlah suatu keajaiban Kjee melakukannya hari ini. Walaupun UnclePali kata, kan lebih mudah beli. Berlambak orang jual. Murah pulak tu. Tetapi Kjee mahu menghasilkannya untuk set rekod peribadi (ewah) dan jugak untuk dijadikan rujukan untuk anak cucu.

Dalam banyak-banyak resipi yang Kjee google, resipi Che Mat Gebu blogger femes Dapur Tanpa Sempadan menjadi pilihan kerana bahannya mudah dan tiada banyak kerenah. Cuma Kjee kurangkan pengunaan gula sebanyak 20gms.

Kjee guna telor itik. Kenapa? Suka suka jer. Kalau takut hanyir, bubuhlah vanilla. Mat Gebu bubuh esen rose. Tapi Kjee tak suka baunya yang menyengat. Vanilla sangat kena dengan citarasa.

Korang nak resipi penuh, boleh KLIK SINI. Entri Mat Gebu, 6 tahun yang lalu.

Kjee berjanji, lain kali Kjee buat, Kjee akan pastikan Kjee ikut resipi Mat Gebu betul-betul. Hehehe. Dan Insya Allah akan beli acuan yang besar sikit. Yang ini, agak kecil-kecil hasilnya. Sekali masuk mulut, terus hilang. Dan kena tunggu lama untuk habis masak semua adunan. Buat yang besar-besar jimat sikit masa. Hahaha.









PENGAT PISANG

$
0
0








Kjee kenalinya sebagai Bubur Pisang tapi ramai yang menggelarnya Pengat Pisang. So, ini Pengat Pisang lah kan. Hehehe.

Bubur ini sangat versatile. Letak apa aje pun sedap. Letak Ubi Kayu, Labu, Keledek, Keladi (alahai my fav  Keladi) atau apa sahaja. Sure sedap punya.

Minggu lepas Kjee dapat empat biji pisang. Rupa macam pisang tanduk tapi rasa cam pisang nangka. Tak kesah lah. Terima kasih Khairani Dato Hj Yunus. Murah rezeki selalu share hasil kebun dengan teman-teman.

UnclePali suruh Kjee goreng. Tapi mood Kjee hanya ada untuk buat bubur. Siap aje, masa nak amik gambar, dia rasa sikit. Sedapnya!! Lepas amik gambar Kjee tengok dia makan dengan biskut kering. Actually dia tak terai makan dengan roti tawar. Sedap tau.








Kjee nak bagi resipi pun malu sebab tak sangka rupanya ada yang mintak. Kjee main bantai aje buat tadi. Kjee guna 1½ kotak santan, masuk dalam periuk, letak lebih kurang dua mug air dan gula Melaka. Ikut kemanisan yang korang suka. Letak jugak secubit garam.

Kjee teringat dulu maid Kjee terkejut Kjee letak garam. "Eh akak ni. Dalam sambal akak letak gula, dalam bubur manis akak letak garam." Hahaha memang lah kelakar bunyinya. Tapi dia tak tahu letak secubit garam tu nak bagi naik sikit lemak.

Jerang santan tadi guna api sederhana sampai mendidih perlahan. Kemudian masukkan pisang yang telah dihiris sama tebal. Ini untuk menjadikannya masak sekata.

Biarlah ia mendidih sambil selalu kacau untuk elak pecah santan. Kalau letak sagu, memang sedap tapi ada yang tak suka. Tadi Kjee rendam lebih kurang dua sudu sagu selama 10 minit. Toskan airnya dan masukkan ke dalam periuk 10 minit sebelum padam api.

Itu jer. Daun pandan jangan lupa letak kalau ada.







KUIH GENGGANG @ KUIH LAPIS

$
0
0





Malam tadi Kjee mimpi buat Kuih Genggang atau Kuih Lapis dengan UnclePali. Kelakar sangat mimpi tu sebab kuihnya warna putih dan hijau. Tapi dalam mimpi tu, kuih tu tak menjadi.

Sedar-sedar jer pagi tadi, Kjee teringin pulak nak buat. Dah lama Kjee tak buat. Dulu, ini antara kuih favorite Kjee dan Nadia. Selalu buat. Malah masa Kjee mengandungkan Nadia, Kjee selalu sangat buat sampai jiran-jiran semua suka sangat. Apa taknya, hari-hari ada jer Kjee hulur macam-macam jenis kuih. Rupanya kerajinan tu sebab nak dapat anak pompuan. Hehehe.

Kuih Genggang jadi projek lepas Subuh tadi. Kena buat cepat-cepat sebab nak kena sejukkan betul-betul baru boleh potong. Kononnya. Tapi belum sempat sejuk betul-betul tadi dah dipotong. Jadilah hasil potongan yang sangat mengecewakan. Huhuhu.

Kjee guna penutup bamboo (rotan) sebab malas nak alas penutup besi dengan kain. Ada orang tutup dengan alluminium foil. Kalau korang ada penutup bamboo, langsung tak payah risau wap akan menitis atas kuih. Wap diserap oleh penutup bamboo. Kjee jaminlah. Dah banyak kali Kjee buat untuk apa jenis kuih pun.






KUIH GENGGANG

3 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1½ kotak santan
3½ cawan air
1 cawan gula pasir
secubit garam
pewarna merah
minyak
plastik

CARA MEMBUAT

1. Jerang air dan kukusan.

2. Sapu sedikit minyak pada plastik dan lapikkan loyang. Kjee guna loyang saiz 9"x 6"x 3". Letak dalam kukusan.

3. Campurkan semua bahan-bahan kecuali pewarna merah, minyak dan plastik ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Kemudian ditapis.

4. Bahagian dua adunan tadi. Satu letak pewarna merah. Satu biarkan putih. Kemudian bahagi kepada empat bahagian setiap warna supaya mudah hendak diagak banyak mana setiap lapis.

5. Curahkan lapisan pertama berwarna putih. Kukus sampai masak. Tak lama. Mungkin dalam 5 atau 6 minit sahaja. Buat sampai lapisan putih terakhir.

6. Tambah sedikit pewarna merah kepada adunan terakhir. Kemudian curahkan kedalam loyang.

7. Kukus hingga masak.

8. Apabila sudah masak, bukak penutupnya dan biarkan dikukus lagi selama lima minit. Ini untuk keringkan bahagian permukaan kuih. Kalau guna penutup bamboo, tidak akan ada air di permukaan.

9. Tunggu hingga betul-betul sejuk baru dipotong.










AL FATIHAH YUSSRY @ YUS JAMBU

$
0
0



Tauke bersama sahabat handai Allahyarham di Hosp Selayang. - foto ehsan Din Seri Nilam




Tiga foto diatas dari instagram Tauke dan Jihan Muse



Tika kemunculannya dulu, Yussry Edo atau Yus Jambu, bagi Kjee seorang pelawak yang cukup kreatif. Genre lawak dia lain daripada pelawak-pelawak baru yang muncul seangkatannya.

Kemunculan pertama di persada seni ketika memasuki Sinaran Pasport Kegemilangan di usia 25 tahun iaitu pada tahun 2001. Tiada mendapat respons daripada peminat seni tanah air ketika itu. Kemudian, anak kelahiran Kangar, Perlis ini mengaktifkan diri dalam pergerakan teater di Perlis.

Pada tahun 2007, beliau mencuba nasibnya sekali lagi dan muncul Juara Raja Lawak pertama. Bintangnya tidak terus bergemerlapan selepas kemenangan itu. Malah, kedengaran banyak desas desus keperitan hidupnya. Ini menyebabkan dia menjual kereta kemenangannya, kepada seorang VVIP di Perlis.

Rezeki kemudian, menyebelahinya semula apabila dia bergabung dengan Tauke dan menggelarkan diri mereka Jambu. Jambu menjadi antara kumpulan lawak yang dinanti-nanti kemunculan mereka dalam setiap persembahan. Astro jugak memberi mereka satu slot rancangan mereka sendiri. Tetapi hanya bertahan satu musim, kalau tidak silap.

Banyak kejayaan ditempa Yus bersama Tauke. Rezeki mereka melimpah ruah. Selain daripada muncul Naib Juara Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012, mereka juga dihujani jemputan ke stage show seluruh negara. Gandingan Yus dan Tauke nampaknya, cukup serasi. Mereka menjadi pesaingan hebat kepada pelawak duet Jozan.







Apapun, sejak akhir-akhir ini, kegemilangan yang dilalui kumpulan Jambu mula pudar dengan kemunculan pelawak-pelawak baru seperti Bocey, Shiro dan lain-lain. Namun demikian, Jambu tidak mengalah dengan mudah.

Kemunculan Jambu di sisi Zizan yang membawa nama Virus juga gagal mengangkat kembali kehebatan mereka ke puncak. Malah, Virus, Kjee rasa, antara menyebab jatuh merundum lagi karier Jambu.

Penyertaan terakhir Pak Yus adalah pada pertandingan Juara Parodi. Kjee tidak mengikutinya tetapi anak Kjee memberitahu, ketika selesai persembahan bersama Tauke dan Misha Omar, Pak Yus kelihatan amat letih.

"Nadia terkejut jugak bila tengok Pak Yus tercungap-cungap. Dia menjerit: "...sudahlah aku dah penat. Tak mau cakap lagi!!"

Kalau Kjee tak silap, Yussry telah bertunang dengan seorang wanita dari Utara dan bakal bernikah bulan Disember.

Dimana kan kita cari ganti seorang pelawak yang selamba sepertinya. Beliau meninggal dunia akibat sesak nafas lewat malam tadi selepas satu show di Dataran Merdeka. Kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang oleh teman-temannya. Perginya di usia 39 tahun.

Moga roh Allahyarham tenang di sana, diampunkan segala dosa-dosanya dan diletakkan sebaris dengan mereka yang beramal soleh dan beriman. Aaminnnn.

Al Fatihah.

TERKINI:
JENAZAH ALLAHYARHAM AKAN DIMANDI, KAFAN DI HOSPITAL SELAYANG, KUALA LUMPUR. KEMUDIAN DIBAWA KE KAMPUNG HALAMANNYA DI KANGAR UNTUK DISEMADIKAN.




Catatannya sendiri di fanpage Yus Jambu

AYAM MASAK HALIA DAN BAWANG PUTIH

$
0
0






Apabila angin dalam badan dah banyak sangat berkumpul, Kjee suka masak lauk ni. Hiris halia muda dan bawang putih banyak-banyak. Tak sampai beberapa jam lepas makan, berebut-rebut angin keluar. Hehehe.

Dulu Kjee pernah masak Ayam Halia ala Sichuan ni. Tapi Kjee buang tulang dan hiris isinya, panjang-panjang. Tapi hari ni, hanya ada stok Chicken Thighs (peha). Jadi Kjee cincang-cincang bite size jer. Tak sedap kalau guna dada ayam yang putih tu. Kalau bahagian lain, isinya agak kenyal. Itu yang sedap.

Kjee guna satu mangkuk ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Kjee rasa ada dalam 250 grams. Lepas tu Kjee hiris dalam empat inci halia muda dan satu labu bawang putih. Selain itu, dua tangkai daun bawang dan empat biji cili kering yang telah direndam sekejap dan dipotong dua.

Ini adalah resipi stir fry atau goreng pantas guna api yang besar.










Panaskan dua sudu minyak. Kemudian masukkan halia dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih dan goreng lagi hingga warnanya berubah keemasan. Kjee keluarkan. Guna minyak yang sama, Kjee goreng pulak cili kering. Jangan terlalu garing nanti pahit. Keluarkan. Kjee keluarkan halia dan bawang putih tadi sebab nak kekalkan kerangupannya. Hanya masuk balik di saat akhir sebelum padam api.

Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga ayam kecut. About 10 minit. Kemudian masukkan satu atau dua sudu sos tiram. Jumlahnya ikut rasa yang diperlukan. Kalau ada Hoisin sauce, masukkan juga sikit. Tapi kena adjust sos tirem kalau letak sos Hoisin. Dua-dua amat masin.

Kacau hingga rata. Sekiranya puas hati ayam dah masak rata, masukkan daun bawang, cili kering serta halia dan bawang putih. Kacau hingga rata dan padam api.

Kehadiran Cili Kering itu, katakan ala Sichuan. Ia satu daerah di China dimana semua makanan mereka sangat-sangat pedas. Kjee suka kunyah sekali cili kering itu bersama ayam ketika makan.

Itu jer. Makan dengan nasi panas. Sesuai juga untuk mereka yang dalam pantang. Kjee guna sos tiram vegetarian. Boleh dibeli di semua pasaraya besar.

Baca jugak DISINI.









IKAN TEMPURA MASAM MANIS

$
0
0





Ini bekal Nadia pagi tadi. Sejak dia kena Diarrhea sebab makan kat gerai belakang bangunan pejabat dia beberapa bulan yang lalu, Kjee dah paksa dia bawak bekal dari rumah. Seperkara lagi dia juga sering kena gastrik sebab malas nak keluar makan.

Jadi Kjee rela bangun dan masak lepas Subuh semata-mata nak pastikan dia mendapat makanan yang tidak boleh menyebabkan Diarrhea atau ciri birit dan gastrik.

Ini lauk tanpa perancangan awal. Malam tadi Kjee ngan Nadia pergi Hero Market. Kjee nampak frozen Fish Cocktails Tempura dan rembat. Memang Kjee suka goreng dan makan dengan sos cili dan mayo.

Pagi tadi masa geledah freezer, Kjee terfikir nak goreng Fish Tempura Cocktails ini untuk Nadia. Kemudian Kjee rasa kalau buat Sweet Sour, tentu Nadia suka sebab Sweet Sour Fish memang kesukaan Nadia.

Tak susah pun nak buat. Selepas goreng tiga keping fish cocktails yang bersalut tepung tu, Kjee pun tepikan. Hiris bulat sebiji bawang besar yang sederhana besar. Hiris juga dua ulas bawang putih dan satu inci halia. Kemudian belah dua sebiji cili merah, buang biji dan hiris panjang-panjang dan halus-halus.









Kemudian Kjee tumis bawang besar, halia dan bawang putih guna sedikit sahaja minyak. Apabila sudah layu, Kjee masukkan lebih kurang ½ cawan air. Apabila sudah mendidih, Kjee masukkan lebih kurang 1½ sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos cili Linghams. Kalau ada sos cili Thai, lagi okay. Sudah mendidih, letak sedikit kicap cair. Kjee guna Nampla (Thai fish sauce).

Rasa. Apabila sudah cukup rasa, bancuh 1 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan ke dalam kuah. Kacau sehingga pekat. Kemudian campakkan hirisan cili dan jugak daun bawang yang telah dipotng sepanjang 1½ inci.

Kacau dan padam api.

Apabila hendak dihidang, susun ikan atas pinggan dan curah kuah.

Untuk Nadia tadi, Kjee curah kuah dalam bekas plastik dan susun ikan diatasnya. Nadia juga bawak bekal nasi putih. Dua senduk jer nasi.

Itu jer. Mudah kan? Kerana makanan kesukaannya, pandai pulak Nadia curi-curi masa untuk makan ikut waktu. Selalunya, dia lunch lebih kurang jam 4 petang. Justru senringkali perut masuk angin.








AL FATIHAH MARIAM ISMAIL @ MARIANI

$
0
0

Allahyarham Mariani bersama anak bongsunya Melissa, menantu dan cucu-cucu. Ini foto terbaru dari FB Lis.




Status yang dimuat naik Melissa Saila di FB beliau




Kjee akan update cerita yang terbaru dari masa ke masa. Semoga roh Seniwati Mariani dicucuri rahmat dan diletakkan di sisi para solihin. Al Fatihah.



Kenangan masa AGM Seniman, September 2014




MUMMY MARIANI SELAMAT BERSEMADI. AL FATIHAH

$
0
0







KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini bersebelahan pusara adiknya Saloma kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu.

Jenazah sebelum itu telah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul pada pukul 10 pagi.

Sejak pukul 7 pagi, rakan- rakan artis sudah pun menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang kelihatan ialah Datuk Seri Shah Rezza, Ebby Yus, Lydiawati, Datin Nina Juren, Zaiton Sameon, Afdlin Shauki, Datin Seri Umie Aida, Uwei, Hail Amir, Uji Rashid, A Samad Said, Noor Kumalasari dan Rosnah Mat Aris.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada seniwati itu ialah Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr.Rais Yatim dan isterinya Puan Sri Masnah Rais.

Allahyarhamah meninggal dunia pada pukul 7.32 malam Selasa akibat kanser usus yang dialami sejak setahun lalu.

Sementara itu, Melissa memberitahu rasa syukur kerana segala urusan pengebumian ibunya diselesaikan dengan lancar.

"Alhamdulillah, semua dah selesai. Terima kasih kepada semua kerana mengambil berat tentang arwah ibu.

"Mummy memang disahkan menghidap kanser usus sejak setahun lalu tetapi dia tak mahu dedahkan kepada orang ramai.

"Dia tak mahu orang bersedih kerananya. Semalam (Isnin), pada pukul 6 pagi di rumah, mummy sudah mula koma. Masa itu saya hubungi adik beradik saya di Singapura untuk pulang.

"Syukur mummy sempat berjumpa dengan anak-anaknya dan dia meninggal di rumah kakak (Siti Haslinda Abdul Hamid) di Sentul," katanya kepada mStar Online.

Kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma itu dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura.

Mariani adalah antara Seniwati terkenal dan berjaya ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura.

Sepanjang kariernya yang bermula pada tahun 1952 sehingga kini Mariani pernah membintangi ratusan filem dan drama seperti Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis.

Mariani meninggalkan 13 orang anak, 30 cucu dan lapan cicit. - mStar Online

CHICKEN PARATEL KARI KERING INDIA

$
0
0






Selera Kjee memang selera 1 Malaysia. Tiada makanan di Malaysia ni yang Kjee tak suka melainkan yang tak halal lah kan. Hehehe. Kalau boleh semua Kjee nak terai. Of cos yang halal.

Paratel Chicken ini adalah antara lauk ayam yang Kjee suka sangat-sangat. Tetapi selama ini Kjee tak tau namanya. Main hentam sahaja order. Kejap mintak Kari Ayam Kering. Dan ada kalanya Kjee order Rendang Kari Ayam. Anehnya, waiter kat Restoran Nasi Daun Pisang Thurkah's kat Taman Melawati, macam faham jer.

Sejak dua menjak ni Kjee kena mencari banyak resipi membabitkan ayam. UnclePali kena Gout dan tak boleh makan red meat dan seafood. So, Kjee dah rimas masak lauk ikan sahaja. Begitu juga dengan lauk ayam biasa-biasa. Tu yang yang skodeng blog-blog masakan kengkawan untuk cai resipi ayam baru.

Semalam Kjee skodeng blog Daun Kari milik Chef Thyaga B Rajan. Nak cari resipi mirip Kari Ayam Kering yang Kjee suka sangat tu. Dan Kjee jumpa resipi Ayam Paratel! Belek-belek dan Kjee rasa inilah resipi yang Kjee cari.








Nadia kata Kjee pernah buat Kari Ayam kering ni dulu. Ya memang pernah tapi masak main hantam sahajalah labu. Rasanya? Hmmm bolehlah. Hehehe. Nak tengok resipinya KLIK SINI.

Lauk ini kena masak guna ayam yang ada tulang-tulang. Semua bahagian ayam boleh kecuali dada yang banyak sangat isi. Tadi Kjee ada satu kilo ayam bahagian Thigh. Beli kat Ayam Mas. Tapi resipi Chef Thyaga hanya perlu 600gms atau satu kati. So UnclePali timbang ngam-ngam 600 grams. Lebih tu dia goreng.

Bila dah siap masak, tak cukup lah pulak untuk makan malam ni. Kejap lagi nak gi beli ayam dan masak lagi. Mengamuk Nadia kalau dia balik malam ni, Ayam Paratel tu dah habis kan? Hehehe.

Buatnya mudah aje. Tak perlu santan dan Kjee pasti ia hidangan yang sihat. Cuma kalau buat untuk makan keluarga yang besar, elok digandakan bahan-bahannya.










Untuk resipi penuh, KLIK SINI.

Chef Thyaga bukan sahaja berkongsi resipi masakan India tetapi juga kuih muih Melayu yang pelbagai. Semuanya senang untuk diikuti. Pengalamannya cukup luas memasak di dalam dan jugak luar negara!

Lauk ini sedap digandingkan dengan Rasam dan Papadom. Jugak dengan Cucumber Raita atau salad mentah yoghurt. Tapi Kjee malas nak buat. Kalau peria goreng garing pun sedap.

Thnx Chef Thyaga for this wonderful recipe. This is a keeper. Setelah buat sekali, Kjee dah boleh hafal bahan-bahan dan cara pembuatannya. Tidak banyak kerenah dan bahan-bahannya semua ada di dalam rumah.

Rasa-rasanya, boleh jugak dibuat daging kambing untuk resipi ni. Akan cuba lain kali.

Ayam Paratel bukan sahaja enam dimakan dengan nasi putih tetapi jugak Capati, Roti Canai, Roti Naan dan jugak Poori. Roti Arab dan Lempeng pun sodap.










Kjee buat Rasam ikut resipi Mat Gebu. KLIK SINI. Kalau ke restoran Nasi Daun Pisang, wajib order Rasam. Ia sup masam India yang sangat menyegarkan.


KUIH GENGGANG KESUKAANKU

$
0
0






Kjee tak pernah pergi kelas untuk belajar buat kuih. Entahlah. Masa muda dulu sibuk mengejar berita. Bila dah tak kejar berita, berlakon pulak, kemudian sibuk menulis skrip dan kerja belakang tabir produksi drama.

Bila dah tua, badan dah mula sakit-sakit dan dah tak ada kerja lain, maka Kjee start lah menimba ilmu sikit lebih kurang dalam bidang masakan. Bukan belajar dari sifu atau pergi kelas tapi dari cik google, resipi-resipi yang Kjee berkenan. Nak pergi kelas tak mampu. Untuk makan sendiri jer bukan untuk bisnes.

Setakat ni tak lah pandai tapi cukup sekadar boleh mengisi perut penghuni rumah yang tak berapa kerat ni.

Kalau gagal first time, Kjee akan cuba dua tiga kali. Gagal jugak, full stop.

Anyway, Kuih Genggang atau Kuih Lapis ni favorite sejak Nadia kecik. Kjee pernah buat banyak kali tapi resipinya entah ke mana. So, Kjee google atau singgah blogger-blogger masakan. Oleh kerana membuat Kuih Lapis ini memerlukan kepakaran, maka Kjee hantam sahajalah. Rasa sedap tapi hasilnya tak lah macam pakar yang berguru. Jadilah kan.








Beberapa hari lalu, Kjee jumpa satu resipi seorang pakar. Kjee pun begitu teruja menerainya kerana orang tu kan pakar. Namun, mana silap tangan Kjee yang keras ni, taklah menjadi sepenuhnya. Kuih Lapis nampak sahaja lawa tapi terlalu lembik.

Hari ni Kjee terai lagi. Kjee ubahsuai sana sini dengan harapan menokok tambah sana sini akan jadi lebih okay dari hari sebelumnya. Resultnya? Hmmm baru 70 peratus okay. Masih lembik tetapi tidaklah selembik cubaan sebelum ini.

Tetapi rasanya memang sedap. Actually, kalau nak ikutkan, percubaan hari ini tidaklah gagal. Rasa macam makan di restoran atau hotel jer. Sungguh ni. Tak tipu. Hanya di restoran mewah atau hotel sahaja kita makan kuih ini dengan sudu atau garfu. So, bolehlah anggap ini satu percubaan yang berjaya. Hehehe.

Tapi agak panik jugaklah apabila hasilnya nampak lembik dan bila dialihkan loyang tu, kuihnya beralun sedikit. So, kalau korang terasa begitu jugak, janganlah panik cam mokcik.

Apapun, cubaan kali ketiga nanti, Kjee akan lebihkan tepung beras dan kurangkan sikit tepung ubi, Manalah tahu lebih elok sikit rupanya. Hehehe.

Cuma disini, Kjee tak naklah letak nama empunya resipi ini. Hanya dia sahaja tahu itu resipi dia. Okay dibawah resipi yang Kjee dah adjust.





























KUIH GENGGANG
SUMBER: Biarlah Rahsia


BAHAN-BAHAN
500ml santan
90gms tepung beras
60gms tepung ubi
100 gms gula pasir
secubit garam
pewarna merah
loyang 7"x7"
Kukusan (Kjee guna tudung bamboo)

CARA

Sediakan kukusan. Panaskan air kukusan.
Masak gula bersama air. Dah cair, sejukkan.
Timbang tepung dan ayak. Kjee hanya ada stok 60gms tepung beras. Malas nak pergi beli, Kjee tambah 20gms tepung gandum.
Satu kotak santan dicampur air menjadikan ia 500ml. Masukkan secubit garam.
Adun tepung bersama santan, air gula dan tapis.
Bahagi dua. Satu letak pewarna merah. Satu biarkan putih.
Lapikkan loyang dengan plastik. dan letak dalam kukusan.
Curahkan dua senduk warna putih. Kukus selama lebih kurang 5-7 minit atau bahagian atas sudah mengeras.
Ulang dengan lapisan warna merah dan seterusnya hingga habis. Tambah sedikit lagi warna merah kepada lapisan terakhir.
Rasanya tadi ada terlebih adunan putih. Kjee campurkan dengan lapisan merah terakhir.
Kukus hingga permukaan atas kering. Buka penutup dan terus kukus tanpa penutup lebih kurang 10 minit untuk keringkan permukaannya.
Potong setelah betul-betul sejuk. Kjee sejukkan dulu di luar selama lebih kurang 2 jam. Kemudian masuk ke dalam peti ais selama 1 jam baru dipotong dengan spatula atau pisau pemotong plastik.

NOTA:
Kjee guna penutup kukusan bamboo. Jadi, tidak perlu melapik penutup. Kalau tak ada, korang pepandailah lapik kain atau alluminum foil.










JAGUNG MANIS KUKUS

$
0
0







Sajian hari ni paling mudah. Kjee saja buat nak bagi idea kat korang apa yang boleh dijadikan makanan sampingan ketika hari hujan. Maklumlah sekarang cuti sekolah. Kalau hujan anak-anak tak boleh keluar rumah. Dan pasti semuanya asyik-asyik lapar aje kan? Hehehe

Kjee dapat idea ni ketika menonton Food Network kat Astro tadi. Hari ni Kjee demam. So relax jer kat sofa depan TV. Tetiba nampak perserta Guy's Grocery Games masak guna frozen food termasuk jagung manis.

Ewah, terus teringin! Dan nasib baik ada dua peket jagung frozen dalam freezer. UnclePali keluarkan satu peket seberat 500gms. Biarkan ia lembut suhu bilik kira-kira setengah jam. Kemudian Kjee siapkan kukusan.




Biarkan pada suhu bilik selama ½ jam



Kukus 5 hingga 6 minit jer. Guna air mendidih

Sebaik keluar kukusan, terus gaul dengan butter



Jangan kukus lama-lama. Dalam 5 atau 6 minit aje. Tapi masa letak dalam kukusan, air mesti tengah mendidih. Kalau kukus terlalu lama, jagung itu akan menjadi kecut dan kering. Tak sedap. Ini pengalaman Kjee.

Sebaik sahaja keluar dari kukusan, terus digaul dengan butter. Oleh kerana Kjee guna salted butter, tak perlu letak garam lagi. Tadi ada fren FB kata letak sikit susu manis, sedap. Hmmm tak suka kot. Jagung tu dah manis kan?

Itu jer. Ngap tengah panas. Ajar anak-anak remaja kat rumah tu buat. Senang jer.

Ada pelbagai jenama jagung manis ni kat supermarket. Kjee dah lupa harga tapi rasanya dalam RM3 lebih jer.




HUJAN AIRMATA KERANA PAK YUS

$
0
0













Semuanya berlaku tanpa skrip. Selalunya, apabila muncul di atas pentas, mereka ikut skrip. Ada yang nakal, kekadang terbabas adlip (tokok tambah).

Tapi malam tadi, Jumaat 4 Disember 2016, semuanya berlaku secara spontan. Airmata mengalir tanpa henti. Yang tidak dapat mengawal perasaan, samada ditenangkan oleh rakan yang duduk sebelah, terus bangun dan menyorok belakang tirai pentas.

Semua datang dengan tujuan sama. Mengenang seorang abang, seorang adik... yang pergi menemui Penciptanya. Perginya tidak akan kembali. A one way ticket. And they wept and wept and wept, from the start of the programme till two hours later.

Selama dua jam, bukan sahaja abang-abang, adik-adik yang selama ini sinonim dengan gelagat lucu atas pentas, menangis. Tetapi apabila kamera mengalih ke penonton, kelihatan adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang sado dan pakcik-pakcik menangis!

Kjee sepatutnya menonton malam tadi. Tetapi setelah diberi ubat demam dan sakit tekak oleh Nadia, Kjee terus terlena depan TV sebelum rancangan khas Juara Parodi Mengenang Pak Yus, bermula. Mujur Nadia rakam walaupun dia menonton rancangan lain kegemarannya, bila tengok Kjee dah terlena.



'Kembar Siam' yang telah dipisahkan...


And this morning, selepas sarapan, Kjee pun mencari peluang menonton semula rakaman. Bukak FB, semua yang singgah dalam News Feed Kjee, menyatakan kesedihan menonton rancangan itu. Ada yang menangis tak henti-henti. Hmmmm ini mesti aku saksikan dengan mata aku sendiri.

Start sahaja menonton, Kjee tetiba sebak. Tazkirah oleh PU Taha, terus buat air mata Kjee mengalir. Sesak nafas dan terasa insaf kerana masih diberi peluang Allah swt, bernafas hingga ke hari ini.

Kjee sebenarnya tak tahu apa nak expect apabila Adflin Shauki beritahu melalui panggilan telefon ke Nabil ketika rancangan Meletop, Selasa lalu, akan tiada Juara Parodi minggu ini, Hanya akan ada tribute buat Pak Yus.



Semua 'adik beradik' Pak Yus meluru keatas pentas untuk menyanyikan lagu Kau Ilhamku




























Jadi, setelah Kjee menonton rancangan tersebut selama dua jam, Kjee hanya mampu menangis dan mengeleng kepala. Pembikinannya terlalu sempurna! Pilihan lagu-lagu, superb! Kali pertama tengok memang tak puas. Biarlah airmata ku kering walaupun berkali aku ulang tengok!

Masih terngiang-ngiang di telinga paparan 'adik beradik' sepusat sepusing (mak lain, bapak asing-asing) Arwah Yussry bin Edoo, mengenainya. Rancangan itu juga mendedahkan Pak Yus pada sudut lain. Seorang yang sangat ringan menghulurkan bantuan. Dari bantuan kepada mereka yang memerlukan, Rumah-Rumah Anak Yatim dan jugak Rumah Orang Tua-Tua. Semuanya di Perlis kerana disitulah tanah kelahirannya.

Dalam dia menghibur dan membuat penonton tergolek dengan jenakanya yang selamba, arwah Yussry, sebenarnya seorang insan yang sunyi. Dia hanya gembira apabila dikelilingi 'adik beradik' pentas yang sepusat sepusing dengannya.

Dan dari wajah mereka yang berada diatas pentas untuk rancangan khas tersebut, kita dapat menilai siapa sebenarnya Arwah. Beliau seorang insan yang baik hati, penyayang dan cukup sensitif! Sensitiviti yang bukan luar biasa untuk seorang anak seni.

Bak kata Nadia : "Sangat tipikal bagi seorang anak seni yang mengharapkan jasa dan kerja-kerjanya disanjung dalam bentuk Anugerah!"

Kjee berasakan, rancangan ini mengukir sejarahnya yang tersendiri. Belum pernah dalam sejarah industri hiburan, diadakan Tribute seperti ini. Kjee sudah menjadi wartawan sejak pertengahan tahun 70-an. Dan Alhamdullilah, Kjee bangga, martabat insan bergelar Pelawak telah diangkat begitu tinggi.




Mereka yang tidak henti-henti mempamerkan kesedihan atas kehilangan seorang saudara





























Terima kasih dan tahniah Adflin Shauki kerana menggerakkan ini semua. Dan sekalung bunga kepada Astro Warna kerana memberi ruang kepada rancangan ini. Siapa lagi kalau bukan Astro Warna yang menganjurkannya buat mengenang 'baby' pertama mereka! Pak Yus 'dilahirkan' menerusi Pertandingan Raja Lawak anjuran Astro Warna.

Kjee bukan follower Juara Parodi. Kjee hanya menonton minggu pertama dan kedua. Selepas itu, Kjee tak tahu apa yang terjadi. Ramai jugak, khabarnya, tidak lagi menonton selepas minggu kedua.

Tetapi, rancangan khas mengenang Pak Yus ini, Kjee rasa telah berjaya menarik jutaan orang menyaksikannya.

Besarnya pahala Adflin Shauki (idea dan konsep), Penerbit Adyman Sulaiman, Penerbit Bersama Adam Ilyas, Azrin Ahmad Kadri, Pengarah Alzam Syamsul Aksan dan petugas di Astro Warna kerana telah berjaya mendapatkan jutaan doa dan bacaan Al Fatihah buat menerangi kubur arwah Pak Yus.

Janganlah ada yang bertanya, kenapa hanya dibuat untuk Pak Yus. Kenapa tidak kepada pelawak lain yang telah meninggalkan kita.

Jawapannya sangat mudah. INI LAH REZEKI YUSSRY BIN EDOO. Noktah.

ALFATIHAH. MOGA DIAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSANYA DAN DILETAKKAN DI SISI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. AAMIINN.














SUP AYAM JAGUNG MANIS

$
0
0


Abaikan jari jemari king kong. Hehehe




Dah banyak kali Nadia sebut pasal Sweet Corn Soup, tiap kali kami melintasi sebuah restoran di Setapak yang kini sudah tiada. Kalau ke restoran tersebut, Nadia mesti order satu mangkuk  dan makan sorang-sorang. 

Beberapa hari lepas, masa Kjee buat Jagung Manis Kukus, Nadia pun cakap sorang-sorang.. "Sedapnya Sweet Corn Soup". Dari kecik dia ni memang suka cakap sorang-sorang. Bela baka agaknya. Hehehe.

So, Kjee pun cam biasa, google. Jumpa banyak resipi Sweet Corn Soup kat internet. Ada yang Chinese style, ada yang Mat Salleh style. Tapi, Kjee pilih satu Chinese style dan cam biasa, tokok tambah untuk sesuaikan dengan citarasa Nadia.

Taklah banyak diubahsuai. Cuma Kjee guna air rebusan ayam. Kjee bubuh ayam carik untuk sup ini. Yang makan di restoran, tak bubuh ayam carik. Tapi, kita yang buat kan? So suka atilah kita nak letak apa. Karang Kjee bagitau apa yang yang sedap kalau diletak dalam sup ni.

Pada Kjee, sup ini is very healthy. Tak ada guna minyak langsung! Main lebur jer semua dalam periuk!











Oleh kerana Kjee nak guna ayam yang dicarik-carik, Kjee rebus satu keping ayam (bahagian thigh) yang ada sikit sahaja isi. Rebus sampai ayam tu masak. Kjee rebus dalam lebih kurang 3 mangkuk air. Dah siap ayam tu di rebus, sup tu tinggal dua mangkuk. Tapis ambil airnya untuk buat stok. Ayam tu dicarik-carik sampai halus.

Stok ayam diletak dalam periuk. Panaskan dan masukkan 1 tin jagung manis berkerim. Didihkan. Masukkan jugak 1 kiub ayam. Kjee guna Knorrs.

Sementara tunggu stok dan jagung tu mendidih, Kjee bancuh dua sudu tepung jagung dengan 4 sudu air. Kemudian pecahkan dua biji telor dan pukul manja-manja.

Apabila sudah mendidih, perlahankan sedikit api dan curahkan air tepung jagung. Kacau pantas-pantas. Bila dah pekat, cepat-cepat tuang telor ke dalam sup tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga telor kelihatan bertali. Masukkan ayam carik dan kacau rata. Padam api.









Kjee tak letak garam sebab chicken cube sudah cukup rasa. Tapi kalau nak letak kicap cair, pun boleh lah. Kalau nak letak lada sulah pun orite.

Harus dihidang panas-panas. Serve immediately.

Kalau korang yang biasa makan sup sharks fin, rasanya sikit lebih kurang ler. Cuma, oleh kerana Kjee guna jagung manis, maka rasanya ada sedikit manis.

Cubalah buat. Insya Allah anak-anak, suka.

Ehhh tengah menaip ni, Kjee terfikir, kalau letak telor asin (yang kuning jer) pun sedap. Of course, telor asin tu direbus dulu, pastu luningnya sahaja dilenyek-lenyekkan dan tabur atas sup sebelum makan. Hmmmm mesti buat camtu lain kali. Got lots of home made telor asin. Hehehe.





KARIPAP TELOR REBUS BY ACCIDENT

$
0
0






By accident? Tak sengaja? Yup. Hari ni memang Kjee plan nak buat karipap sebab stok karipap beku dah habis. Actually, kena buat yang lain sebab yang ada hari tu (sebelum habis) karipap daging. Takkan Kjee nak makan karipap daging sorang-sorang dan biarkan UnclePali tengok aje kan?

So, pagi tadi Kjee buatlah inti karipap ayam. Kjee tak cadang buat banyak sebab inti guna ayam tak boleh simpan lama macam daging. Itu kata arwah Bonda lah but Kjee rasa cam okay jer masuk freezer.

Anyway, oleh kerana kena buat sorang-sorang sebab Nadia kerja and UnclePali tak ada, maka itu antara sebab Kjee tak bercadang buat banyak. Badan pun tak sihat. Suara hilang sejak masuk Gegar Vaganza  beberapa hari ni. Sampaikan ada appointment dengan satu stesyen TV pun terpaksa kensel, Ini betul punya citer. Bukan poyo. Korang tak percaya tunggu nanti aku masuk TV. Hehehe.

Apabila bukak pantri, alamak marjerin planta elek. So whatsapp UnclePali suruh beli masa dia balik nanti. Kjee siapkan inti guna 6 biji sedang-sedang kentang, tiga keping isi ayam bahagian dada dan sebiji bawang besar. Buat inti berempah yang biasa Kjee buat dan bila siap, letak daun sup. Baunya harum tau.








Tengok inti yang dah siap, Kjee tahu memang tak cukup untuk buat 50 biji (1 kilo tepung). So Kjee buatlah lebih kurang 750gms tepung. Resipi yang selalu Kjee guna ialah 1 kilo tepung gandum, 1 cawan minyak (minyak jagung) dipanaskan dengan ½ cawan marjerin planta dan 400 ml air. Since Kjee guna 750gm tepung jer, Kjee adjust minyak, marjerin dan air ikut banyak tepung tu.

UnclePali balik. Kjee terus uli pastri untuk buat karipap walaupun dia protes jangan buat, sebab Kjee tak berapa sihat. Hmmmm bila tekak dah teringin, hujan petir pun sanggup ku redah. Hehehe.

Lepas rehatkan doh lebih kurang ½ jam, Kjee pun buatlah karipap sampai habis inti. Kjee intai dalam bekas dan nampak doh ada dalam 6 biji lagi. Hmmm nak buat inti Sardin, naya kalau UnclePali ternampak. FYI UnclePali ada gout dan pantang daging dan sardin.

Tetiba teringat karipap telor rebus! Jeng jeng jeng.








Kjee rebus 3 biji telor ayam. Kemudian dadu dua biji kentang kecik dan 1 labu kecik bawang merah. Kentang terus Kjee rebus. Telor siap masak, Kjee buang kulit dan dadu. Kemudian tumis bawang yang telah didadu dalam sedikit minyak jagung.

Apabila bawang dah lembut, Kjee masukkan kentang, sedikit lada hitam tumbuk, ½ kiub ayam Knorrs dan dalam dua sudu besar mix vege (sukati nak letak atau tak). Masak sampai semua sekata. Masukkan telor, gaul seketika dan sejukkan.

Kjee fikirkan nak buat 10 biji karipap saiz biasa tapi malas. Actually dah penat buat karipap inti ayam tadi. So, Kjee jadikan 6 biji sahaja. Itu inti telor rebus ada lebih. Boleh ratah.

Wah sedaplah percubaan pertama ni. Rasa macam makan karipap Ikea! Mesti buat lagi lain kali sebab UnclePali suka telor rebus dalam karipap.

Abaikan gorengan yang tidak cantik sebab mokcik dan letih. Jugak karipap itu tak cantik kelimnya, But who cares! Bukan aku nak bagi makan the queen!! Janji aku suka dan sedap! Hehehe.

NOTA KAKI:
Bole letak ayam atau udang.







KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS

$
0
0







Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni.

Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee buat lah jugak tadi. Tapi kali ini Kjee buat bersama steam chicken. Hah  ayam kukus. Dulu-dulu, kalau buat Kjee letak udang besar-besar dan fish balls.

Ini first time Kjee try buat makan dengan steamed chicken. Ala-ala Pappa Rich gitu. Mesti ada korang yang pernah makan kat restoran tu. Tapi Kjee dah lama tak ke sana dan makan Kway teow soup dia orang. Entahlah, the last time pergi, ayam dia ada bau hanyir sikit. Full stop.

Tadi Kjee ke pasar dan beli dua rangka ayam. Kemudian Kjee beli chicken thighs kat Ayam Mas. Ayam Mas tak ada jual rangka ayam. Balik rumah terus cuci rangka ayam dan rebus lebih kurang dua jam.

Sejam setengah kemudian, Kjee letak bamboo steamer atas periuk rebusan ayam. Ayam yang telah Kjee perap dengan sedikit garam, diletak dalam pinggan dan dikukus.. UnclePali kata cerdik. Isyhhhh mestilah. Hehehe. Ayam siap kukus, sup pun dah masak kan? Tepikan bamboo steamer.









Kjee cincang 5 ulas bawang putih halus-halus dan goreng guna sedikit minyak jagung campur sedikit minyak bijan. Apabila sudah keperangan-perangan (jaga jangan hangus nanti pahit), Kjee keluarkan bawang putih dan letak dalam mangkuk kecik. Minyak bersama sedikit bawang putih, Kjee curah dalam stok rangka ayam tadi. Didihkan semula.

Didalam stok tersebut (tak perlu keluarkan rangka ayam), Kjee letak lada hitam. Kjee guna jenama Ajishio. So its Ajishio Black Pepper. Kjee letak dalam dua sudu. Kemudian Kjee tambah jugak fish sos atau Nampla iaitu kicap cair Thai. Biar secukup rasa. Perlahankan api. Kalau suka boleh letakjugak dalam dua inci halia yang diketuk-ketuk.

Dalam mangkuk, letakkan segenggam kueh tiau halus. Kena jenis halus baru sedap. Kemudian letak sejemput taugeh dan kucai. Kalau tak suka kucai, boleh jugak letak sawi (celur sikit dalam air panas).

UnclePali tolong cincang ayam kukus. Kalau Kjee cincang, habis hancur berderai. Hehehe. UnclePali susun ayam tu bersama daun bawang dan cili merah hiris.








Tuangkan sup yang tengah mendidih kedalam mangkuk yang mengandungi kueh tiau, taugeh dan kucai. Kjee jugak kukus hati ayam bersama ayam tadi. Hiris-hiris dan letak dalam mangkuk bersama kueh tiau.

Sup yang panas akan melecurkan taugeh dan kucai.

Makan dengan cili merah atau cili padi yang telah direndam dengan kicap cair. Jugak letak sedikit bawang putih goreng didalam mangkuk. Sedap.

Itu jer Kueh Tiau Sup versi Kjee. Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu, ini antara menu favorite.

NOTA KAKI:
Kalau tak ada AjiShio Pepper, letak lada hitam tumbuk. Tapi kalo letak, sedap.












BABY KAILAN IKAN MASIN

$
0
0








Sayur bukan resipi favorite semua orang. Tapi, Kjee dan Nadia tak boleh hidup tanpa sayur. Makan nasi tanpa sayur rasa macam tak lengkap hidangan.

Ini antara a must order kalau pergi Restoran Tomyam. Kailan Goreng Ikan Masin. Kjee suka sayur kailan yang masih kecik. Yang dah tua, daunnya pahit dan batangnya keras. Justru, Kjee akan beli hanya Baby Kailan.

Tak susah memasaknya. Cuma Kjee pernah dinasihatkan oleh seorang kawan berbangsa Cina supaya rendam lama sikit sayur itu sebelum dimasak. Khabarnya, penanam sayur letak banyak racun serangga. So, Kjee selalu rendam sejam dua dan bilas dengan banyak air.

Walaupun baby kailan, namun pasti ramai buang batangnya kerana kelihatan keras. Kjee suka sangat batang kailan. Dibuang kulit luar dan dihiris serong.

Kjee hanya guna bawang putih dan sos tiram untuk menggorengnya. Tumis hirisan bawang putih (kjee suka letak hingga 6-7 ulas), kemudian masukkan dulu batang sayur. Apabila sudah berubah warna, baru masukkan dedaunnya. Masukkan sos tiram, Goreng hingga dedaun lembut dan letak dalam pinggan. Titiskan sedikit minyak bijan.

Kemudian Kjee goreng ikan masin. Kali ni Kjee guna Ikan Masin Gelama yang telah dijeruk. Goreng sampai garing, ramas-ramaskan isinya dan tabur atas sayur ketika hendak dihidang.

Itu jer. Kjee dan Nadia selalu ratah aje sayur ini.






POPIA GORENG VERSI MUDAH

$
0
0







Selera kalau musim demam memang tak menentu. Apabila terpandang kulit popia lebihan buat popia simpul aritu, teringin pulak nak makan Popia Goreng. Tapi kureng rajin nak buat. Hehehe.

Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali beli sengkuang sebab nak sejukkan badan makan sengkuang. Itulah cara orang dulu-dulu sejukkan badan. Tapi UnclePali beli sengkuang kecik. Besar penumbuk jer. Actually dalam hati dah terfikir nak buat Popia Goreng dan makan lebihan sengkuang tu mentah. Tapi dek kecik sangat, kena pilih antara satu.

Maka terjadilah Popia Goreng sebentar tadi. Ini Popia Goreng paling simple yang Kjee buat setakat ini. Simple sebab tak ada carrot. Selalunya kalau buat Popia Goreng, Kjee akan masak sengkuang dengan carrot. Letak udang. Busuk-busuk pun letak udang kering. Tetapi dek kena masak harus berpantang demi UnclePali, maka Kjee letak ayam. Ayam pulak direbus atau digoreng baru dicarik-carik.

Hari ni Kjee buat short cut. Kjee ricik ayam halus-halus. Sengkuang Kjee hiris mancis. Kjee tak suka sagat sebab nanti akan terbit banyak air. Habislah rasa manis sengkuang.









Tumis bawang-bawang dalam sedikit minyak. Bila dah layu, masukkan ayam dan goreng sampai ayam kecut. Masukkan sengkuang. Bila sengkuang dan lembut, masukkan lebih kurang satu sudu besar sos tiram (Kjee guna sos tiram vegetarian) dan ½ kiub ayam Knorrs serta sedikit serbuk lada hitam. Nak letak satu pun boleh ikut kemasinan yang dikehendaki.

Masak sehingga sengkuang lembut. Sejukkan.

Kemudian Kjee buat telor dadar kosong guna 2 biji telor ayam. Letak garam dan lada hitam sikit jer. Goreng nipis-nipis dan hiris nipis.

Apabila inti dah sejuk, bentuklah jadi popia. Goreng guna minyak panas. Kalau minyak tak panas, nanti popia serap banyak sangat minyak.

Makan dengan sos cili. My lunch hari ni. Hehehe.

NOTA KAKI:
Selain letak carrot, boleh jugak letak mix vege. Arwah bonda dulu letak taucu gantikan sos tiram. Mungkin zaman dia, sos tiram belum lagi diguna meluas.












BUBUR LEMAK DAGING SPECIAL WITH TELOR MASIN

$
0
0






Inilah yang sepatutnya Kjee masak dan makan sejak dua tiga hari lepas. Sejak Kjee kena flu. Tapi bubur ini yang dulu Kjee gelar Bubur Lambuk Special, tak pedas lah. Tekak Kjee sejak kena demam selsema, asyik nak makan pedas-pedas jer.

Hari ni Kjee buat untuk dihantar ke rumah kakak kesayangan Kjee, Kak Mazia yang suka sangat bubur ini. Kita dah bagi dia resipi tapi dia kata tak sama cam Kjee buat. Nak manja dengan adik dia lah. Kami bukanlah adik beradik kandung tapi sepusat sepusing. Mak lain, bapak asing-asing. Tapi kalau korang tengok wajah dia dan saiz, memanglah tak ada sapa syak kami bukan adik beradik. Hehehe.

Kak Mazia, tauke Mazia Katering kini sudah berpindah berhampiran rumah Kjee. Lebih tepat rumah dia bersebelahan dengan rumah Dato Ibrahim Ali. Semalam Kjee ziarah Kak Mazia buat kali pertama selepas dia berpindah awal bulan ni. Pandang aje muka Kak Mazia, Kjee teringat betapa sukanya dia kat bubur yang Kjee buat ni. So, sakit-sakit pun Kjee slow-slow buat. I love her so much! Kami sudah berkawan hampir 20 tahun!










Bubur ini special buat Kjee kerana ada banyak kenangan disebalik Kjee membuatnya buat kali pertama dulu. Tak mau ceritalah. Nanti boleh nanges.

Nadia suka sangat makan bubur ini. Walaupun masa tu dia baru sekolah rendah tetapi dia boleh bedal sampai 8 mangkuk kecik!  Dan Kjee pernah jamu pada seorang rakan makan bubur ini. Kjee tengok dia makan pelan-pelan jer. Kjee tanya kenapa? Tak sedap ker? Nak tahu apa jawapannya?

"Sayang nak makan laju-laju. Sedap sangat nanti cepat habis." Al Fatihah buat Aida Johari..

Kenapa Kjee kata bubur ini lain dari yang lain? What's so special? Well, orang lain makan bubur, telor masin direbus kan? Pastu dibelah dua atau empat dan dimakan dengan bubur. Kjee pulak, ketika bubur itu sedang elok mendidih selepas bubuh santan, Kjee akan pecahkan satu persatu telor ke dalam bubur tu. Pelankan api dan biarkan kepanasan bubur masak telor tu. Hah pernah dengar orang buat?









Masin? Isyhhh hari ni Kjee letak 10 biji telor asin (Kemain lagi. Mentang-mentang telor asin home made) tetapi Kjee masih tetap tambah sedikit garam bagi mengimbangi rasa bubur. Kjee pun pelik kenapa telor asin tu tidak boleh membuatkan bubur Kjee ni masin.

Ketika Kjee meniaga dulu tak habis-habis mengimbau kenangan dulu,  Bubur Lemak Daging ini antara yang terlaris. Masa Kjee meniaga kat Pasar Juadah, Taman Melawati pulak, ada seorang abang ni, hari-hari belikan satu mangkuk untuk anaknya. Kalau dah habis, boleh tengok lah kekecewaan di wajahnya. Ewah. Hehehe.

UnclePali baru balik dari menghantar bubur ke rumah Kak Mazia. Kata UnclePali, Kak Mazia asyik tersengih-sengih sambil ucap syukur. Begitulah sukanya Kak Mazia kalau dapat bubur lemak daging ni. Walaupun dia tauke katering, lauk yang paling sedap diletak depan dia pun dia tak heran, kalau dapat bubur ni. Amboiiii terover pulak aku.

So, baik korang cuba buat. Resipi korang INTAI SINI. Kena ikut betul-betul cara Kjee buat yer. Hehehe.

NOTA KAKI:
Kena masak sampai bubur tu halus tau. Selagi tak halus, bubuh air lagi.





SARAPAN DENGAN POORI KILANGU

$
0
0







Kejadian sarapan tadi. Kali ni Kjee buat resipi hantam sahajalah labu. Kjee tak ada stok tepung atta dari India. Jadi sejak dua menjak menggunakan tepung tempatan, Poori tak mau gelembung.

Ada kawan beritahu, mesti campur tepung gandum dan tepung Atta. Tapi Kjee tak ingat ratio tepung gandum dan tepung Atta. Jadi, Kjee letak 1½ cawan tepung gandum dan ½ cawan tepung Atta. Kemudian Kjee letak 1 sudu kecik baking power dan secubit garam. Gaul sampai rata. Make a well in the centre. (buat satu perigi di tengah-tengah. Hahaha)

Kjee panaskan minyak untuk goreng poori. Apabila minyak sudah panas, Kjee perlahan api dan ambil satu sudu besar dan curahkan ke well in the centre of the flours. Kacau cepat-cepat guna garfu. Kemudian tuang air lebih kurang ¾ cawan dan jadikan ia doh. Kalau terlalu lembik, letak sedikit tepung pada tangan dan uli seketika. Jangan lama sangat. Lebih kurang tiga atau empat minit.

Kemudian naikkan kembali suhu minyak.

Kjee ambil doh, bagi dua, Kemudian bagi tiga. Buat bebola kecil, dicanai nipis. Nak test minyak sudah cukup panas, ambil secubit doh dan letak dalam minyak. Suhu minyak sudah mencukupi seandainya doh itu timbul.

Masukkan doh yang telah dicanai. Ia akan mengelembung. Balikkan dan apabila sudah cantik keperangan, diangkat dan tos atas tisu dapur.

Kalau minyak itu cukup panas, poori tidak akan serap minyak.

Hidang dengan apa jua lauk yang korang suka. Sambal sardin ataupun Poori Kilangu pun sedap. Resipi Poori Kilangu KLIK SINI.





ASAM PEDAS IKAN PARANG

$
0
0







Kjee jarang-jarang masak Ikan Parang walaupun itu antara ikan kesukaan Kjee. Sebabnya, Kjee tak nak tengok Nadia dan UnclePali terkial-kial makan kerana ikan itu banyak tulang. Heran jugak bila UnclePali akan hanya jamah sikit kalau Kjee masak Ikan Parang. Tapi kalau Ikan Terubuk, memang pantang tengok!

Tapi hari ni Kjee selfish. Ahh lantak lah kalau Kjee sorang yang makan kan? Asyik meleleh air liur tiap kali nampak ikan parang. Tapi tadi Kjee whatsapp foto lauk asam pedas ikan parang, Nadia dah drooling. Ada ler kawan nak teman Kjee makan malam nanti. Hehehe.

Tak tau kenapa Kjee rasa Asam Pedas Ikan Parang yang Kjee masak arini sedap sangat. Ewah. Sendiri puji apa salahnya kan. Boleh hirup kuahnya. Why? Mungkin sebab teringin sangat nak makan Asam Pedas Ikan Parang.

Kjee masak cam biasa jer. Macam selalu-selalu. Tak ada kelebihan. Ohh ada. Kjee letak tomato. Kjee memang tak suka letak tomato dalam Asam Pedas. Tapi hari ini, terkecuali. Mungkin sebab ada stok dalam fridge. Arwah mak letak sos tomato dalam botol. Lagi haru. Hehehe.

Kjee gandingkan Asam Pedas dengan Telor Asin home made.  Stok dah tak banyak. Nak kena order telor itik dari LubukMas Farm minggu depan. Kalau korang tak tahu cara nak buat Telor Asin, KLIK SINI.










Pastu UnclePali tolong petikkan pucuk daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass. Sejak dua menjak ni, Kjee main kunyah jer daun tu. Kalau ada sambal belacan, memanglah sedap. Tumbuh lebat di depan rumah. Elok untuk segala jenis penyakit terutama kanser. Sediakan payung sebelum hujan. Nak tau lebih lanjut, tolong goodle yer.

Itu jer lauk hari ni. Siap jer masak, terus makan. Hehehe.

Untuk resipi Asam Pedas, korang KLIK SINI.  Kalau orang Melaka, dia orang campakkan jugak daun limau purut selain daun kesom.









Viewing all 1833 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>